The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Part 3:Kem BPC di Titi Hayun,Yan

Assalamualaikum..

Lepas lawatan ke Ipoh,esoknya kena pi kem pulak!Benda yang aku memang tak suka pi sejak sekolah rendah.Kem tu 3 hari ja start 18hb sampai 20hb Januari.Kem yang aku pi under kor iaitu Badan Pertolongan Cemas (BPC).Kem kat Titi Hayun,Yan,Kedah.Pernah dengar tak?Hampa google sendiri la.Hahahaa.

Aku credit semua gambar ni from Sariyah a.k.a Yaya :)) Tenks


Kat Sri Perigi

Group Yaya tengah buat praktikal

Masak sardin untuk survival

Pertolongan cemas yang diberikan kalau dalam hutan.sempoii... :))

Kena jalan jauh ikot highway nak ke sri perigi dari kem kami.Memang penat gilaaaaaaa!

Tak tau berapa kilometer lagi... -_-"

Muka excited nak balik *last day*

Komander Jibril tengah performing lagu apatah..heheehe
Sebelom malam last day tu,semua komander dengan jurulatih kami buat prank befday kat sorang girl ni.Memang malam tu gila hot la.Dengan sekali dengan kami kena tempias prank tu.Komander mengamuk la sebab depa tangkap girl ni tengah date dengan sorang budak lelaki kat titi waktu malam.

Yang sengalnya,budak lelaki tu pun pelakon jugak!Pandai gila trick budak girl yang kena prank tu ikot dia pi titi.Hahahaha..ingatkan betul-betul la depa dorang ni kena hantar balik u sebab buat kesalahan berat gila.Kawan-kawan girl tu pun ada yang dah nangis teruk. 

Lampu tiba-tiba blackout..tiba-tiba dengar komander dengan jurulatih kami nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu.Memang time tu,HUAAAARGGHHHHH!!Terkena!Girl yang kena prank tu lagi la cuak.Malu muka dia beb kalau benda tu betul-betul jadi.Tapi,thanks to guy yang pandai gila berlakon jadi mamat muka tak bersalah sebab kantoi dating.HAHAHAHA.

Macam-macam aktiviti kami buat.Yang tak boleh blah time buat usungan mangsa dalam sungai guna pengusung.Bila dengar ja jeritan "Letupan!Letupan!Letupan!",semua kena meniarap tak kira atas tangga ka,atas batu ka..yang dalam air tu paling kesian..Hehehehe..

So sapa cakap kem tak best?Best la kalau kita join dengan ikhlas.Hehehehe..Ok sekian :))
Part 2: Sehari Geng Envi ke Ipoh

Labels: , , , , , , ,

©