The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Kisah Pakcik yang menyentap hati kami





Assalamualaikum..

Aku nak kongsi satu cerita yang aku nampak dengan mata aku sendiri. Maybe orang lain pun pernah lalui jugak macam aku. Tapi ni blog aku, so aku nak cerita pun tadahal punya la kan? Hahaa

Lepas aku dah habis lunch dengan housemates aku, then kami pun balik la ke rumah dengan hati yang girang. Alhamdulillah rezeki Allah bagi ni membuatkan kami bersyukur sebab dapat makan. Sebab hujung2 sem, paham-paham je la.Poket kering, jadi mulut pun dok senyap dan jarang nak mengunyah. Ikat perut tu adalah perkara biasa bagi aku sementara nak tunggu elaun masuk. Ok dah ke laut cerita ni. Sambung cerita yang asal.

Masa dok seronok driving even kepala dok pikir report yang berkajang menanti di rumah, tetiba aku nampak someone kat kedai makan tepi jalan. Tersentak aku dan housemate. Orang tu pakaian nampak ok. Tapi.............. ishh sedih la nak cerita.

Ada seorang pakcik (maybe la sebab nampak macam tua sikit) tengah bertinggung sambil makan tengah-tengah panas. Dia duduk bertinggung betul-betul hadapan kedai makan yang berbumbung teduh. Kami senyap perhati pakcik tu. Sebab traffic light nak masuk simpang rumah aku ni boleh tahan lama jugak la.. Jadi kami tengok dengan hati yang luluh. 

"Kenapa tak kasi pakcik tu makan kat kedai.. Teduh la sikit" aku bermonolog dalam hati.

Kesian pakcik tu.. Panas terik. Matahari terpacak kat kepala la katakan sebab lebih kurang pukul 1.30 petang.Aku tak pasti sama ada pakcik tu memang nak makan kat situ, atau dia tak dibenarkan makan kat kedai makan tu (takut orang tak nak masuk kedai dia kot). 

Sedih tengok kalau hampa duduk dalam situasi aku. Masih ada orang yang tak bernasib baik. Tapi at least kasi la pakcik tu kerusi ke apa ke.. Ni aku tengok orang kedai tu pun buat tak tahu jer.. Aku bersangka baik la masa tu. Pekedai tu mungkin dah kasi makanan kat pakcik tu. Hanya Allah yang mengetahui kebenarannya.

Balik rumah, aku hanya senyap ja. Kepala masih berpikir pasal tu. Ya Allah, sungguh aku bersyukur dengan nikmat yang Kau beri ni... 

Sekian.. Assalamualaikum..










©