Saturday, October 26, 2013

Friday, October 25, 2013

Cerita Aku: Program Anak Angkat EHSAn (OPKIM) Part 1



Assalamualaikum and annyeonghaseyo!!

Minggu lepas,aku baru ja balik dari program anak angkat (OPKIM) anjuran persatuan aku, Environmental Health Student Association (EHSAn). Kira aku sambut hari raya aidiladha dengan famili angkat la. Kami buat kat Sik. Ada 3 kampung yang terlibat: 

1. Kg.Kuala Krik
2. Kg.Betong Dalam
3. Kg.Kenanga 

Aku dapat famili angkat kat Kg.Betong Dalam. Best la weh.Sejuk sentiasa. Maybe dengan faktor yang selalu hujan kot. Kami buat program ni 4 hari 3 malam. Memang sat sangat la. Sepatotnya seminggu tapi nanti ada yang menangis pulak tak dapat balik raya. Hahahaa.

Hari pertama kami sampai tu,aktiviti dengan famili angkat sampai malam. Oh yeah..Aku dengan 3 orang lagi kawan dapat keluarga En.Mutalib. Baik dan ramah dengan kami. Memang layan kami macam anak betul. Nak pi mana-mana pun sebut ja,nanti abah dengan mak hantaq. Hehehe.

Day 2: Hari Kesihatan dan "Search & Destroy"

Pukul 7.30 pagi, kami dah kena berkumpul kat depan Klinik Kesihatan Kg.Betung. Sebelum tu,kami melantak nasi lemak 2 bungkus sorang. Alhamdulillah sedap giler. Abah dengan still baju melayu dan kain pelikat hantaq kami pi klinik. Bila sampai sana,tak dak sorang lagi pun. *sigh*






Pagi tu ja,kami buat senam robik dengan students darjah 6 dan budak2 tadika.Omaiii.. comel tau! Dari jauh,siap lelambai kat depa lagi tapi buat tak tau ja kat aku. Ok taperr.. siap kena buli dengan aku satgi. Huauhuaaa.. *evil laugh*













Selesai aktiviti pagi dengan budak2 yang comel2 belake ni.. aku just tolong mana yang patot dan kacau adik2 tadika ni.Hehehehhee..best weyh!

Petang tu,kami buat "Search & Destroy". Ni aktiviti membasmi pembiakan nyamuk Aedes dengan aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan some groups dan kena pi rumah ke rumah untuk bagi guni dan sedikit penerangan pasal Aedes dan Denggi. Dan satu-satunya group aku ja yang kena bersihkan surau. Sori tak ada gambaq untuk slot ni sebab aku malas nak bawak kamera time kena gotong-royong. Memang tak jalan kerja la jawabnya nanti. Hahaha.

Malam tu pulak,kami buat proram Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Ni untuk students form 4 dan form 5 yang akan melanjutkan pelajaran lepas SPM nanti. MDAB ni macam program pra-diploma for those yang tak dapat lanjutkan pelajaran untuk program diploma,asasi or matriks. Ni la peluangnya dengan apply borang MDAB :))

Day 3: Persiapan raya Aidil Adha.

Hari ni memang best sebab tak aktiviti.Just buat persiapan raya dengan famili angkat. Tapi kami waktu pagi tu,kak angkat kami,kak Manja bawak pi jalan-jalan kat kampung. Apa lagi, naik motor ramai-ramai la. Memang tak la aku nak jalan kaki sebab jauh beb.









Petang tu,kami pi ronda lagi tapi kali ni pi dengan mak dan abah. Kami pi ladang anggur tapi sayangnya dah tutup. Huarghhh.. tak dak rezeki nak masuk sana. Bergambaq kat luaq pagar je la :')







Ok tak pa..ada rezeki,kami singgah lagi..huhuu :))

Malam tu,kami buat ketupat pulak. Kalut sikit la sebab waktu siang dok bersuka-ria.Hehe.. Ehh jadi la jugak kami buat ketupat even errr..sejam untuk siap sebiji ketupat palas. Baru nak belajaq weyh ^^,






Then,sambutan hari raya Aidil Adha di Kg. Betung Dalam ni. Di lain entry la ye.. Panjang sangat dah ni.Ngehngehngeh...ok bye..

Assalamualaikum :))

Next---> Cerita Aku: Program Anak Angkat EHSAn (OPKIM) Part 2

Tuesday, October 1, 2013

Hai final examination..welcome back!!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo!

Aku tengah final exam sekarang ni. Paper 1st aku start 25 September minggu lepas. Aku baru selesai 4 papers. Lagi 5 papers yang nak kena pulun ni. So memang aku busy sebab jarak antara exam lebih kurang sehari ja. Memang kena study awai-awai tapi aku ni kepala tak boleh study awai sangat. Paham-paham je la bila aku start study.Hahahaa..

Yeahhhh..thats me -_-"

Students...well u all already know it. Sebulan sebelum final exam bertandang tanpa dijemput, dah berbakul pasang niat nak study awai la,buat notes then tampal kat dinding la. Termasuk aku jugak tapi seminggu sebelum start exam, aku sibuk dok siapkan lab report dengan assignments. So azam tu memang nampak samar-samar sikit. Kira ok la aku pasang jugak niat even nampak macam tak jalan seperti yang diharapkan. Kekekeeee..

Reaction lepas jawab exam.. Damn  me!!

Kalau aku bosan sangat mengadap buku, then aku melukis pulak. Pas melukis, aku upload kat Instagram. Baru buat kan so memang agak jakun sikit. Segalanya nak letak kat situ. Tapi tu bila aku bosan gila la. Tak bosan sangat,aku pi tidoq. Kepala macam nak meletup sakan. Sekian.. :))

p/s: Doakan aku beb..Moga aku dengan kawan2 boleh jawab dengan baik untuk final ni. Wish good luck kepada yang menduduki final examination jugak! ^^,