Assalamualaikum..
Sejuk betul cuaca la ni. Pukul 10 pagi pun, terasa macam pukul 2-3 pagi. Aku kadang-kadang pakai stoking dalam bilik. Pastu, sanggul kepala.Dah nampak gaya berpantang derr.. Haha..
Aku suka flashback memories dedulu.. Memang betul la jiwa aku macam era The Beatles. Tak sangka terjumpak gambar masa sekolah kat MRSM dulu. Muka budak-budak habis. Ehh memang la.. nama pun budak sekolah. Aku curik gambar2 ni kat page group geng aku. Ececeh..bukan gang sangat la tapi bestfriends.
Nampak tak muka excited tuu? Maklumlaa.. dah merdeka habis SPM. Yeahh!! But now, semua dah terbang bawa haluan masing-masing. Aku sendiri tak cukup kaki tangan nak habiskan study aku ni. Penat tapi tu la dugaan dalam hidup ni.
Kami kawan baik sejak Form 4. Homeroom kami pun dekat-dekat ja (CA09 & DA09). Kalau ada event yang melibatkan aktiviti dengan homeroom, mula la masing-masing gaduh-gaduh manja tapi sekejap je la gaduh pun. Sapa tak sayang homeroom beb..Hehehe
(Homeroom = keluarga pelajar)
Hajar = UTeM
Asmieza = UiTM Merbok
Izana = UiTM Pulau Pinang (dah habis praktikal. Tunggu nak graduate)
Wanie = UKM
Fatin Fitri = University of Alexandria, Mesir.
Aku = tercampak di UiTM Pulau Pinang
Time kat maktab, kami jaga sesama kami. Study, makan, jalan-jalan, gaduh.. semua buat sama-sama. Asal malam hujung minggu, lepak makan maggi sambil bergosip. Kadang-kadang kalau homework or latih tubi subjek banyak sangat, memang bertapa dalam kelas sampai malam. Aku prefer study dalam bilik aku ja. Haaha..
Pictures credit to Asmieza ^^,
p/s: Semua gambar diambil time habis last payperrr SPM (2010) .. muka hepi tapi dalam hati, sedih ja beb sebab nak berpisah dah.. TT..TT
Sekian.. Assalamualaikum.. :)
Baca ini jugak!
#1 Story: Merbok...Here I Come!
#2 Story: Tugas sebagai Pelajar bermula!
#3 Story: Form 5 yang super busy + Sukan pertama!











