Wednesday, May 1, 2013

#3 Story: Form 5 yang super busy + Sukan pertama!



Form 4 berlalu cepat sungguh.. Pejam celik,pejam celik,dah masuk Form 5. Dan dah masuk jugak era SPM. Cuak berdouble-double.

Homework makin bertambah. Belum lagi masuk Gerak Gempur setiap prep petang. Malam ja boleh buat homework dengan study. Insaf banyak la bila masuk Form 5 ni. Jarang dah bergosip bagai. Semua dok pulun dan fokus kat study. Sampai bising sikit, pun,tak boleh.

Benda yang lawak sekali bila prep malam. Semua student Form 5 study dan memang aura tension tu kuat ja.

Bila ada junior-junior yang buat bising,nanti mesti akan dengaq satu jeritan nyaring. Sah la LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) tengah bengang sebab bising sangat! Kan dah kena.Hahaha.

"Boleh TOLONG DIAM,tak? La ni waktu prep,bukan waktu untuk bising!"kata abang Form 5 yang jugak seorang LDP :))


Pemandangan sekitar maktab


Aku pun dah masuk mood stress. Subjek Form 4 dah la susah untuk aku. Tak cover lagi sebab dok busy dengan subjek Form 5 punya. Aku pun jarang dah spend masa untuk tidoq lebih-lebih macam dulu. Sebab asyik dok teringat buku ja. Haissshh..Terok bebenor.

Dalam dok busy study,kami tak pernah lupa untuk terlibat dalam aktiviti maktab. Masa Form 5,maktab aku buat kali pertamanya adakan Hari Sukan. Sebab sebelum ni tak pernah ada hari untuk sukan sejak tahun 2007.

Bagi aku,memang agak leceh sebab aku dah la malas nak join main bagai ni. Masa mula-mula masuk dulu,syok tak terkira sebab tak dak hari sukan.

Hari Sukan yang 1st time diadakan di MRSM Merbok (tahun 2010) ni,memang la agak serba kekurangan sebab masih dalam penambahbaikan untuk masa akan datang. Tapi tak pa sebab still best! Batch pertama la katakan yang buat ni.Hahahaha


Merah!Merah!

Pembahagian rumah sukan ikot homeroom. Homeroom aku masuk rumah merah. Tapi aku penyokong rumah biru. Nampak tak aku khianat kat situ? Well..aku sokong orang sebenarnya. Kekekekeeke :P

Maybe sebab ni 1st,so budak-budak ni aku tengok macam excited semacam ja. Syok ka? Aku asyik tengok jam ja,bila la nak habis ni...Hahaha. Aku mengaku aku memang tak dak semangat kesukanan -_-"

Paling tak tahan,aku tukang jaga beg budak homeroom aku,si Ali Khuzaifi. Naya kau sebab dia atlit so banyak acara yang dia rembat masuk. So mau tak mau,aku tolong la :))


Ali Khuzaifi ,si atlit tegar -_-"
Abah2 homeroom tengah berentap tarik tali!
Aku ni dah macam fotographer yang tak bertauliah,ok.. Panas terik sanggup aku redahi demi sekeping gambar yang banyak kenangan bila dah keluar dari maktab nanti :')


Our daddy homeroom sangat sporting kalau bab bergambar!Hahaha :))



Penyebab aku menyokong rumah biru.HAHAHAHA ^^,

Ehhh..ni no scandal-scandal ok! Just have a fun...Well,zaman kegatalan la katakan. Kekeke..

Ok tu ja.. Nanti aku nak sambung part Minggu Aktiviti yang ohsem! Hehehe..

Sekian.. Annyonghi gyeseyo :))


Entry lepas:

#1 Story: Merbok..Here I Come!
#2 Story: Tugas sebagai Pelajar bermula!




3 comments:

Unknown said...

kita serupa la..pemalas yang amat dalam sukan.hehe..puteri lilin satu hal satu lagi sebab kan skolah campur2 lelaki prempuan so kita malu2 kucing juga la..ahaha..

well,akak rumah biru..tapi kalau ada majlis ke apa2 aktiviti yg kena beratur ikut rumah sukan sendiri akak melencong masuk rumah org lain..ahaha..ikut kawan lorh..

Tempoyak Goreng said...

nice bro..

Dahlia Daffodil said...

nana liena: sy pn segan nk join dlm acara sukan..mmg malu gila.x tau knapa.hahahaha.mmg kita ni bleh msuk kategori puteri lilin.nk dok bwh khemah ja.hahaha

tempoyak goreng: tenks bro :)