The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Netbook yang tertelan air sirap -_-"






Annyeonghaseyo!!

Aku tengah bersedih ni. Dan kesedihan ni la punca aku tak berupdate blog 3 hari ni.. Ni berkaitan dengan netbook kesayangan aku. Dan kucing aku jugak terlibat dengan kes ni. Ok meh aku bagitau.

Time aku tengah sedap dok buat aiskrim kat dapur,aku dok la sambil tengok cita Harry Potter. Sebab boring punya pasal,aku angkut netbook masuk dapur sekali. Ye la. Buat aiskrim punya la lama. Kena dok statik kat satu tempat.

Sebelum tu,aku letak ikan kat kabinet tepi sinki. Nak masak la lepas tu,kononnya la. Kucing adik aku ni,Si Putih memang selalu buat aku naik darah. Dalam aku dok leka buat keja,tetiba ja kucing aku ni panjat untuk makan ikan. Mau terkejut dan aku terus nak pecut lari selamatkan ikan tadi.

Nasib tak baik bila aku tersepak sejug air sirap time berlari ke sinki. 

Paling malang,air sirap tu tertumpah atas netbook aku. Warghhhhhhhh!! Blackout terus netbook. Paling sadis bila angkat netbook,bercucuran sirap meleleh jatuh. Aku tengok Si Putih macam nak rebus dalam air hangat ja time tu.



Kesian pulak aku tengok Si Putih. Maybe dia lapaq tahap maksima tapi aku rendam ikan tu pun untuk dia jugak. Haiyaaaa.. Terus aku amik netbook dan simpan dalam bilik. Sedih gila time tu.

Aku moody sat seharian. Aku tak salahkan Putih sebab dia kucing kot. Mana ada akal. So kita sabar je la. Memang aku jarang nak update blog pakai komputer rumah ni. Malu la nanti mak ayah tengok kita update apa. Hehehheehhehe..

Ok tu ja aku nak habaq pun. Sekian.

Annyeonghi gyeseyo :)


©