Wednesday, December 7, 2011

Cakap besar:Deactivate FB sehari ja.


Assalamualaikum..

Semalam,saya dah deactivate FB buat kali kedua.Tapi kali ni,ni yang paling sekejap dan tak sampai 24 jam pun,dah activekan balik.Haishhh..susah benor nak disiplinkan diri ni. Dulu,boleh la tahan lebih kurang sebulan deactivate tapi kali ni,tak menjadi la. See?? FB ni memang boleh buat jadi ketagih tau.Tapi saya tak la parah sangat sampai selalu nak on9 siang ke malam dan malam ke pagi2 buta.Ohh no...lebih baik tidor.Hahaha..

Saya tak sampai hati nak deactivate ni bukan apa.Banyak maklumat-maklumat yang terkini dipost dalam group PASUM. Nanti terlepas pulak.Tak apa laaa..hadkan diri ni bila nak on9.. 

Tak ada benda dah nak cakap atau bergebang.Kekeringan idea pulak malam-malam ni. Just nak tulis kat sini,kalau dah tak mampu nak buat,jangan paksa diri nak buat.Haha..Macam kes saya ni.Tak mampu nak deactivate fb,tapi buat jugak.Last2,on9 balik.. apaaadaaaaa... cakap tak serupa bikin ja.Ngeh3..

Saya hepi jugak hari ni.Tak sangka rupanya saya dah menang satu contest yang saya dah join hari tu.Tenks to abang Jalal..terharu seyhh...hehe..



p/s: Melintas idea di kepala,nak design tshirt sendiri..*tetiba"

Sunday, December 4, 2011

Ok..Dah jadi robot lepas ni.

Assalamualaikum..


Ok.Minggu ni dah start rutin hidup yang sesak dan meletihkan.Kelas lab dan kelas tutorial dah start macam biasa jugak selepas 2 minggu ada masa free and kuliah saja.Kena balik pukul 5 macam selalu,bukan pukul 1 dah.Nak ber-online2 pun maybe tak sempat.Apatah nak update blog pun,memang sangat jarang2.Nak layan cerita korea pun,lagi-lagi la tak boleh sebab akan melekakan saya dan buang masa tanpa disedari. Ye la, bila tengok cerita korea ni, memang kalau boleh nak habiskan semua episod dalam 1 malam ja.TUDIAAAA....terok benor la..Haha.


Blog ni maybe hanya akan dilawati hujung minggu ja.So akan ketinggalan la post2 kawan-kawan ni.Kalau boleh,saya nak jauhkan lappy saya ni masa minggu yang ada kelas. Tapi cuti-cuti pun,tak macam cuti daaa...siang malam bersengkang mata menyiapkan tutorial yang banyak.Kalau boleh,saya nak hadkan masa saya dengan lappy ni.Sebab2:>>


::Bila on9,memang akan melekat lama sangat sampai tak sedar dah berjam-jam mengadap benda alah ni.buang masa yang agak berharga.hehehe..


::SEMESTER 2 ni sangat bahaya.Sebab ni adalah sem last dan result nanti bakal menentukan masa depan yang bakal ditujui sama ada bakal menjadi seorang doktor  atau pun tak.So,kena study betul2.Tak boleh nak main2 sangat dah.Haha.


::Saya jenis bila on9,keja tak akan jalan even buku dah ada kat depan mata.Bohong la kalau kata boleh study dan siapkan keja bila mengadap lappy.Sebab aura nak ber-on9 ni lebih kuat daripada aura buku-buku.Hehehehe...


::Nak update blog,tak ada stories yang nak tulis.Apatah lagi,nak bergebang,lagi la tak da idea.


::Nak insafkan diri.Result semester 1 agak teruk kot sebab kena attend kelas tambahan. So, tak mau berulang lagi for sem 2.Ni kes tak study betul2 dan banyak on9.Ish3..tak tahan dengan godaan lappy ni.


Banyak sebab2 tu.Dah nampak panjang benor post ni hah.Ye la..mana tau kan..lepas ni,post pendek2 ja.Nanti rindu pulak dengan post panjang2 saya ni.Keh3..(tak da sapa nak baca post ang la weyh..bajet pasan gila...(-_-"). ok bye.see in the next post!haha..(^^,)


Oooo yaaa...meh singgah blog dah jadi follower saya ke 300..blog miss one~muni (nama penulis blog macam tu.hehe..)..tenks ye..huhu...


p/s:kalau boleh,selalu la singgah blog ni.Tak la sunyi ja kan.Hehehe...tq 4 reading!

Friday, December 2, 2011

Susah sangat ke nak lupakan dia?

Assalamualaikum..


Ada benda yang dah buat saya jadi geram.Pasal perempuan.Even,saya sendiri pun girl tapi bila tengok others girl buat benda yang tak sepatotnya,rasa geram tetiba.Terutama yang baru love break.Haisshhh..susah benor ye nak lupakan dia?


Girls...
Kalau lelaki tu dah mintak break,maknanya dia dah tak mo kat kamu or dah rasa tak serasi.Jangan still mengharap lagi macam orang tunggu bulan jatuh kat atas riba ja.Buang masa ok.Daripada dok bersedih memanjang sampai orang yang tengok pun dah naik menyampah,baik buat benda yang berfaedah dan bagi manfaat kat diri sendiri.Lagi satu, banyakkan berdoa agar dapat jodoh yang lebih baik daripada dia..(^^)


Girls...
Jangan la buat something yang akan menampakkan diri kamu tu seorang yang terhegeh-hegeh. Sori untuk bahasa yang agak lantang but this is true..Apa la agaknya kalau lelaki tu pikir kalau si ex-girl ni asyik dok mesej2,calling2??Ok la kalau nak kata dah jadi kawan. Tapi ada ke yang pikir sebab atas dasar kawan or nak try balik sambung ikatan yang dah putus tu?Kalau dah sayang sangat2 sampai susah nak lepaskan lelaki tu,memang konpem la nak lelaki tu jugak kan?Sampai dah tak nampak orang lain?Susah2 kalau macam ni..padahal lelaki tu dah cari pengganti,right??


Girls...
Plissssssss...jangan jadi PLAYGIRL!!Tak payah la dok pikir kalau lelaki boleh jadi playboy, why not girl?Ni tak,frust melampau-lampau sampai nak balas dendam balik kat ex tu,apa kes,sis??Dah tak ada jodoh,terima je la..Maybe Allah dah aturkan jodoh yang lebih baik. Apa yang saya nampak,banyak girls yang kapel dengan banyak lelaki sebab nak tunjuk kat ex dia yang dia masih laku and rugi break dengan dia.Cesss...pemikiran cetek betul.Ni apa yang saya tau la.Kalau sebab lain,tak tau la pulak kan..


Mintak maaf banyak-banyak kalau terasa di hati atau menusuk di hati dengan kata-kata saya kat atas ni.Sebab dah tahan sangat dok pendam dalam hati ja.Saya tulis ni sebab benda ni berlaku di depan mata.Siapa dia?Biar la rahsia..Harap dia dapat berubah dan fokus dengan study.Tak payah dok pikir dengan benda-benda macam ni overdose sangat.Dah macam orang meroyan pun ada jugak tapi tak nak la dia jadi macam tu.Harap sedar sendiri..




p/s:Hari ni mulut terlebih bisa daripada biasaaa.....hati tengah panas la katakan.Mintak maaf..

Tuesday, November 29, 2011

Super Junior wins 3 awards in MAMA 2011!

Assalamualaikum..


Memang super hot la tadi.saya tengok live streaming Mnet Asian Music Awards 2011 (MAMA 2011).saya dah jangka yang super junior akan menang besar malam ni.sebab depa memang da best!woww..1st time saya post pasal Super Junior..hehehe..jangan nak termuntah kat sini pliss..just joke.nasib baik Leeteuk tak buat drama air mata masa terima awards tu.. tapi member lain dah meleleh air mata time amik awards album of the year.touching~~


Awards yang Super Junior dah menang:
- Best Male Group
-Singapore's Korean Singer Populariting Award
-Album of The Year-Mr.Simple


gambar sebelum MAMA 2011 start
TAHNIAH SUPER JUNIOR..FIGHTING!!

p/s:artis lain tak amik tau pun..soriiii..~~hehehehe..


Friday, November 25, 2011

Sue ask me to talk about 'him'.

Assalamualaikum..


1st at all,nak bagi amaran awal.Ni post yang boleh buat sesiapa yang baca akan termuntah segala warna.Haha..my fren,Sue Chang cadang (cabar) kat saya untuk buat entry post pasal someone.cesss....Sebab nak update,tak tau nak tulis apa.No idea.Ok2 post ni tak dak kaitan dengan cintan-cintun segala bagai.


Saya selalu kadang2 dok usha seorang mamat poyo style ni.Alaaa...satu group la katakan tapi tak sama kelas.Nasib baik.Haha.Kalau tak,tak jadi keja la nanti.Saya tengok,dia ada gaya tersendiri. Bajet macho pun ada jugak kadang2.Sekali imbas tengok,pergghh... macam Airel Zafrel.




Rasanya,saya suka mamat tu sebab dia ada iras-iras Airel kot.Ngeh3..Lagi satu,orang tu dah ada makwe laa...haishhh..macam mana saya tau?Of course kat FB.Selalu jadi stalker kat page dia.Tu la.Tak private lagi FB tu.Status in relationship gitu tau.Memang cun la awek dia.Padan la dengan orang tu pun.Sama hensem,sama cantek. Tapi rasanya,orang tu pun ada skandal dengan girl kelas dia.Oppsss...haha..kantoi sudaah.. Malas nak tau gosip2 ni.Huhu..


Sue Chang and Adawiyah,seriously aku tak tau nak gebang pasal dia.Ni kes menyahut cabaran la ni.Haha.Sebab aku tak minat serius pun mamat tu.Hahahahahaa..tak macam korang berdua..dah berpunya.huhuhuuuu....


p/s: Penah jadi kes macam ni ke time dolu-dolu??hehe..

Wednesday, November 23, 2011

Serius nak mengamuk!

Assalamualaikum..


Hari ni,memang masa agak free sebab kuliah time pagi ja.sempat la nak update n jengok blog kawan2 kan.hehe..tapi sejak kebelakangan ni,kira lepas balik cuti final sem 1 la,rasa sakit hati dan nak mengamuk macam drakula pun ada jugak.INTERNET WIFI dah jadi slow tahap gastropoda (snail garden).nak tengok bola time final malaysia lawan indon tu pom tak lepas. tersekat-sekat tonton tv3 tu tau.sekarang ni pun,nak loading blog,tok sah dok kata apa-apa la.lebih2 lagi blog yang banyak sangat widget dia..memang tahap slow dia tahap negatif la. serius..haha..


Sebab tu saya malas nak bukak blog ni.Kesabaran yang dah disemai dalam diri ni nak nipis dah.kena bagi tebal balik,banyak berdoa,dan jarangkan diri untuk online buat sementara waktu.yang lagi makin panas telinga ni,dengar cerita...ada someone dah curi line wifi kat kolej kami ni.pergghhh...selfish gila!come on la guy..nak main game pun,or apa-apa ja la yang ang nak buat,pikir orang lain sama k..ish3..bawak-bawak banyak bersabar la dengan orang macam ni..(-_-'').sori kawan-kawan yang dah tinggalkan jejak kat domoshout tu.saya tak dapat pi jejak blog anda balik.sob3..poblem ni la..:(


jangan buat ceq jadi hulk..!


p/s:nak buka page google pun tak lepas tau..haishhh...

Saturday, November 19, 2011

Terima kasih nasihat tu.

Assalamualaikum..


Hari ni,saya bersorak sorang2 dalam bilik bertemankan secawan kopi dan muruku mak yang ditapau balik meraikan kejayaan Malaysia melangkah final bola sepak.haha..walaupun layan bola sepak sorang2,tapi tak pa la.asalkan dapat tengok.hehe..


Baru-baru ni,saya tengok kat chat box tu,ada seorang gurl yang hantar mesej.dia tulis ringkas ja.malas nak tempek gambar tu kat sini sebab penulisnya bagi link entah apa2. lebih kureng macam ni la ayat dia.
"Post awak menarik.tapi kena publishkan.tak la nanti macam syok sendiri menulis sorang".
Perggghh..memang time baca ni agak terkesima sat.tapi saya pikiaq positif.macam betol jugak pa yang dia cakap.tapi yang poblemnya,saya ni tulis merepek ja.malu la pulok nak publish kat mana-mana group blogger dalam fb.kalau terasa post saya tu ok sikit,baru la publish.kalau tak,memang saya syok sendiri la menulis.kalau yang sudi baca tu, memang depa terbaek la.huhu..

Saya bukan pa.Saya menulis blog ni suka-suka ja.Tak terpikiaq pulak nak jadi blogger sepenuh masa ni.masa tak mengizinkan.saya ni pun bukan reti sangat nak kejar-kejar trafik ni.just nak cari kawan..kongsi apa-apa cerita.just it..serius...hahaha..tapi saya hargai kat sapa-sapa yang sudi bagi nasihat ni.saya terima ja.don worry..hehe..


p/s:kalau ada masa,blogwalking kat blog kawan-kawan blogger ja yang mampu.huhu..

Friday, November 18, 2011

puas hati sangat2!!hahaha..

Assalamualaikum..


Semalam pasukan Malaysia telah menang menentang garuda 1-0 yang tersungkur dibenam sang harimau.memang puas hati sangat2 dan lega sebab indon ni memang patut dikalahkan. belagak sangat!tapi team malaysia memang dah tunjukkan yang depa ni memang boleh dan semangat kesukanan memang ada.tak macam indon.suka provokasi lebih2.dok mencik sangat malaysia.tak paham saya.harap dapat tengok malaysia masuk final ni dan menang pingat emas..


ehsan utusan malaysia online




Hari ni jugak saya dah sampai dengan selamat di um tercinta ni.cess..hiperbola ja tu. haha. dengan azam dan semangat yang baru nak menempuh semester 2  ni dengan cemerlang. walaupun result sem 1 tak dapat lagi.heehee...dan esok jugak ada MUET!!!alaaa..tension betul guwa.hurmm...pray for me..tq..(^^,)


p/s: syok tengok fb hari ni.semua dok puji malaysia n perli indon.hahahaa..

Wednesday, November 16, 2011

Mak bersemangat buat muruku nak tengok bola esok!

Assalamualaikum..
Annyeong haseyo..


Wahh..mak saya dah bersemangat buat preparation nak tengok bola esok.Siap beli perkakas nak buat muruku sebagai snek untuk mengunyah.Ye la..kalau geram bola tak masuk gol,ada jugak benda nak digigit lepas geram.Hahaha..jokes only.


ehsan google


See?Bersemangat tak saya menyokong pasukan bole sepak kita?hehe..harap-harap malaysia boleh menang esok.chaiyok2!!


p/s: Harap Wan Zaharul main jugak sok.Haha..

Sunday, November 13, 2011

Terpikat dengan Wan Zaharul pulak....

Assalamualaikum..


Tahniah kat pasukan malaysia sebab dah tewaskan cambodia petang tadi.sambil dok tengok game tu,sempat lagi dok usha player team malaysia ni.hehehee...dah lama dah dok tengok player ni main kat padang tapi tak tau nama.lepas dia kasi gol ke-4 tadi,baru tau nama dia.. Wan Zaharul upenya.orangnya kecik ja.sebab tu dapat gelaran Kechik.hehe..




Memang stylo la mamat ni..ish3..cair hati guwa tau..huhu..




p/s: saya tengok bola bukan player hensem ja,tapi skill player tu jugek..hehehe



Nak perfect macam dia.

Assalamualaikum..
Annyeong haseyo..


Bila entah,saya usha my nuffnang. Kat keyword search tu,saya tertarik dengan 1 keyword ni, "nak jadi perfect macam dia".HUUUHH????kenapa nak jadi macam orang lain?diri sendiri tak cukup bagos lagi?


Ish3..memang naluri seorang manusia nak jadi bagos macam orang lain tapi tak payah la sampai nak over perfect k.Jadi diri sendiri lagi bagos. 


"Aku nak jadi macam Angelina jolie.bibir seksi doeh.."
"Dia pandai.ramai orang suka kawan dengan dia.nak jadi macam tu jugak."
"macam model la dia tu.teringin nak langsing macam tu".
"untunglaa ada pakwe/makwe kaya.nak jugak ada macam tu.huhu..".


See?????setiap orang ada kelebihan masing-masing just kadang-kadang tak sedar ja. kena discover slow2..ada orang yang diberi kelebihan dari sudut fizikal,famili @ buah hati kaya raya,badan macam model hot,pandai gila dalam kelas,tapi kita just try jadi diri sendiri. sebab takot kalau over sangat nak jadi perfect macam somebody else,boleh buat kita stress kan????


Saya penah jadi macam ni dulu.tapi lepas berfikir lama-lama,musahabah diri,baru saya sedar,saya ada kelebihan yang orang lain maybe tak nampak.,just nampak kekurangan yang ada pada diri saya ja.tak pa.take ur time..hahaha..(^^,)


ehsan google


p/s: try to be hard person..(^^,)

Mesin kombinasi unik dicipta untuk pemalas basuh baju!

Assalamualaikum..
Annyeong haseyo..







Golongan muda tidak lagi akan memberi alasan enggan membasuh pakaian mereka akibat terlalu leka dengan permainan video.
Ini kerana, seorang mahasiswa warga Taiwan dari Universiti Kingston, London, Lee Wei Chen, 27 telah mencipta alat elektronik unik yang menggabungkan permainan video klasik dan mesin basuh.
Wei Chen mendakwa idea asal penciptaan mesin kombinasi itu tercetus selepas menyedari bahawa selama ini dia telah membuang sebahagian masa untuk bermain permainan video.
Berita lanjut : SINAR HARIAN (GLOBAL)
p/s: nak mesin macam tu jugak kat hostel..haha..

Saturday, November 12, 2011

Jambatan kaca di China

Assalamualaikum...


Annyeong haseyo.hehe..


Penah dengar pasal jambatan kaca di China????
Ingatkan kasut cinderella ja daripada kaca.Haha.









Pelancong boleh menyaksikan keindahan pelbagai spesies tumbuhan yang jarang dilihat, menerusi kaca kristal di bawah kaki mereka dan pe­ngalamannya seperti sedang berjalan di udara. 
Gunung Tianmen turut digelar sebagai ‘Pintu ke Syurga’ kerana pelancong dapat menyaksikan gua besar semula jadi di hampir separuh perjalanan menuju ke puncak.
Perkhidmatan kereta kabel didakwa terpanjang di dunia juga disediakan di tempat pelancongan itu.

Sumber: sinar harian 


p/s:nak rumah kaca.haha..berangan je la..(-__-'')

Thursday, November 10, 2011

Diet untuk jogathon,bukan untuk kesihatan?apadaa...

Assalamualaikum..


Selama 2 minggu cuti ni,saya cuba buat exercises lebih banyak dari biasa.Sebab nanti pihak pasum nak buat jogathon.adoiiii..memang benda yang sangat2 x mau nak melibatkan diri la.serius x suka.tapi wajib,so paksa rela la jawabnya nanti.(-_-")


Sebab diet untuk jogathon ja?Untuk kesihatan,tak amik care pulok kan.Terok la saya ni.Nak wat cam na.Dah spesis malas nak bersenam.Ni nak kena jog jauh gila,tengok peta laluan nak lari tu dah cuak dan terkezuuut beruk tau.Naik semput tengok.Haihhh...macam2 lorh..




Pas ni,nak makan ikot diet yang betoi.Lebihkan makan sayur n buah,nak bagi tenaga nanti. Keh3.Tapi saya dan kawan2 dah plan yg terbaek punya..hehe..apa dia??nanti lepas abis jogahon tu.,baru saya habaq.Lambat lagi.Bulan 12 nanti.Saja buat preparation awal2.(^^)


p/s:Harap-harap usaha ni bukan hangat2 tahi ayam.Hahahaaa...

Wednesday, November 9, 2011

Sweetnya lagu ni..hehe.

Assalamualaikum..


Semalam,saya chat dengan kawan lama saya di facebook.Tetiba dia bagi 1 link lagu kat youtube.Mula-mula x mau bukak link tu sebab takot link nak pekena orang pulok.Haha. Nampak sangat penakot kan.Rupanya,lagu Perfect Two by Auburn.Kawan saya tu suwuh letak lagu ni dalam blog.Lirik lagu ni memang sweet sangat..


Perfect Two- Auburn


Verse1
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'

Chorus
Don't know if I could ever be Without you 
'Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two
 

Verse 2
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 3
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two


Jawab soalan yang ditag lagi.(^^,)

Assalamualaikum..


Waahh..saya kena tag lagi.Hehehe...tenks to Wan Niahix yang dah tag saya.Ok saya nak menjawab soalan tag ni tapi tak ikot rules boleh tak???Heheheee....lets start it!


11 things about me:

::suka sangat2 dengan kucing::
::minat dengan bola sepak::
::layan semua lagu yg sedap didengar::
::kadang2 bila free,layan drama korea::
::tak suka tension.sebab nanti sakit kepala::
::novel hlovate jadi keutamaan bila nak membaca::
::suka kaler hitam,putih,pink::
::tak suka melepak.buang masa::
::tak suka shopping sgt.buang duit::
::nmpak garang tapi tak sangat pun.haha::
::suka blogwalking kalau rajin::

Ni soalan-soalan dari Wan Niahix....----->>>>

1.ape name samaran yang salu korang gune?
cikumi, cb. umi, tieqa

2.Anak yang no brape?
anak sulung.hehe..

3. Siapa artis yang korang paling minat?
Jae Hee,Super Junior,Botak (juvana).

4. Pandai berenang x?
errrr...tak..hehehe...

5. Kalo pergi shopping, salu pergi dengan sape?
pi dengan famili..

6. Antara ibu dan bapa, yang mane korang lagi rapat?
both..hehe...

7. Suke tgk wayang x?
tak sangat..

8. Minuman kegemaran korang ape eyk?
ribena,teh tarik.tp kalau dh dahaga,minum ja air apa pun.haha

9. Korang suke makan makanan yang ade unsur kacang x?
tak..tapi kalau dh termakan,layan ja.hahaha...

10. Betul ke air soya boleh boroikan perut?
ye ke??tak tahu pulok.hehe..

11. Ape korang rase time bace entry ni...
rasa dihargai sebab ada orang sudi tag.huhuhu...

OK dah selesai menjawab.soalan yang simple but best nak dijawab..(^^,).tenks..

Tuesday, November 8, 2011

Sejak bila la jadi angau ni??aishh...

Assalamualaikum...


Ingat tak lagi post yang saya cakap saya tak minat k-pop??kalau perasan la.Haha.Ok nak mengaku dengan serius ni.Sekarang ni dah terpikat dengan mamat k-pop pulek.Selama ni just minat mamat k-drama ja,Jae Hee.Hehe.La ni..????Kalau kawan-kawan saya tau ni,konpem and sah2 kena perli terok ni.cehhh...Huhu.


Dulu,iya-iya cakap tak suka k-pop la,muka macam mamat jambu semacam ja.Adoii... Ok la ni saya suka dengan kumpulan Super Junior.Sebelum ni,susah betul nak jumpak lagu depa ni dalam mp4 saya ni.Dah nama pun tak layan kan.Sekarang ni,sekali dengan lagu dan ahli-ahli dia saya amik tau habis.Hahaha...tu la.Jangan cakap besar sangat.Tengok? Kan dah tersangkut.

Heechul

Donghae

Siwon

Sekarang ni,depa dah keluar album yang baru, album ke-5,A-Cha


p/s :Dah jadi poblem terok ni.Hahaha..my friends,jangan perli aku keyh.hak3

Sayang gila-gila $%#?????

Assalamualaikum..


Hari ni,adik saya tetiba suruh saya baca 1 blog kawan dia punya.Saya yang agak boring ni dengan semangatnya pi la bukak.Gaya adik saya cerita pasal blog ni macam gempak sangat. Tu yang cepat-cepat nak bukak tu.Haha.Tak perli.Ni kenyataannya ok.


Laaa..ingatkan benda apa la tadi.Blog kawan adik saya ni memang cantek.Serius cantek. Ala-ala blog femes gitu.Serius tak tipu.Follower pun boleh la tahan.Tapi mostly post dalam blog ni pasal her boyfriend.Memang nampak sangat sayang gila kaw-kaw punya.Nak naik menyampah ada jugak time baca tu.Tak pa la.Dia sorang ja yang ada bf.Orang lain tak da. Haha.Yang tak tahan,ada 1 post tu,cerita pasal bf dia,punya la bersungguh-sungguh.Time buat karangan SPM tak macam tu kan,dik??Hehe..Kot ye pun,tak perlu laa nak tulis "SAYANG AWAK GILA-GILA #%&@".Tak sopan la adik..Ish3..


Tak pa la.Blog dia.Nak tulis apa-apa pun,tulis la.Tapi yang nak bacanya orang lain.Pemilik blog tu amik SPM taun ni dengan adik saya.So gud luck!Boleh la praktikkan gaya tulisan panjang-panjang tu time jawab paper BM.Tulis yang elok-elok ye adik.HEHE..






p/s:Apasal mulut ni asyik nak perli orang ja ni?ish3...insaflaaa...(-_-")

Friday, November 4, 2011

Makan nasi ambeng

Assalamualaikum.


Hari ni dengan rasminya,saya dan kawan-kawan dah habis final exam sem 1. Kawan-kawan kat  UITM pun dah dapat result masing-masing hari ni.Yang dah berjaya,tahniah ok.Yang tak tu, boleh usaha lagi sem depan.Saya pulok yang dok berdebar tunggu result nanti. Apalah nasib result saya nanti?Tak pengsankah..??hurmm....(-_-")


Ok...tetiba hari ni teringat nasi ambeng.Entah la.Nak kata lapar,tak kot.Walaupun tak makan tengah hari tadi.Hehe..tadi saya saja bukak album dalam lappy ni.Ternampak pulak satu picture ni yang buat saya terliur tetiba tak tentu pasal.Nampak sangat kebulurnya kan.Hehe.


Nasi ambeng yang dilantak oleh saya dan kawan-kawan sampai licin talam.
Just 4 orang ja kot..Pecaya tak??Haha..
Ni time annual dinner maktab saya dulu.Kami buat konsep ala-ala glamorous village stail. Sedap kot nasi tu.Sebab petang tu tak makan.Nak simpan ruang kosong untuk malam tu kan. HAHA..amik ko.Sampai habis kami melantak tau.Tapi best apa makan setalam dengan kawan-kawan.Bila lagi nak merasa saat macam ni.Kan??Love dis memory.


p/s: saya penah tulis post pasal annual dinner kami.Ni cerita dia.Kalau sudi,baca la.Hehe

Jawapan kepada soalan yang ditag! hehe..


Assalamualaikum..hari ni saya ada masa yang agak lapang so dengan senang hatinya nak menjawab soalan tag yang dah ditag oleh member blogger.tenkiu..huhu..(^^,)


Saya jawan soalan tag dari cik munirah yang belom2 dijawab oleh ceq ni..hehe



1.Who is your best friend forever?One only.
Lappy saya.hehe..


2.If you have 5 million cash in your hand,what would you do??
Simpan separuh,bawak parents pi haji.simpan untuk adik2 dan masa depan.

3.What do you think about love?
cinta yang suci


4.What makes you are different with your friends?
err..suka membebel kot.haha

5.Which movies do you like the most?
the cronicals of narnia


6.Had you falled in love before?With who?
yes!with jae hee


7.How many languages do you know?Name it.
hanya bm dan english.bhasa korea coming soon..

8.What is the most important in your life?
my family and friends..


9.Give me 3 things that you love the most?
my family,my lappy and my blog

10.What is your reaction when one boy come to you and he says that he likes you?
jadi blurrrrrr...hahaaahaa..

11.When you feel so stress,what would you do?
pi tidor..pastu,makan..haha



Sekarang soalan dari cik wanie pulok..hehehee...


1. kartun feveret korang dari kecik sampai skrg?
doreamon....huhu

2. bila sedih, korang akan buat apa?
menyendiri sambil layan lagu jiwang.hehe


3. bila marah, korang buat apa?
buat bodoh kat sapa yang dah bagi saya marah.haha


4. adakah first impression terhadap seseorang selalunya betul berbanding sifat sebenar pelaku?
amazing..

5. adakah anda seorang shopaholic?
tak sangat.suka berjimat..hehe..*bajet*

6. 2 words yang terlintas dalam fikiran?
rumah dan makan.haha..


7. 4 impian yang belum tercapai dan ingin dicapai?
-dapat 4 flat setiap sem
-jadi dentist
-bawak parent pi haji
-beli rumah untuk famili
8. 4 sifat lelaki yang anda suka?
-beriman
-jujur
-caring
-romantik

8. 3 habit yang tak boleh nak buang?
-suka tidor
-suka berkira
-marah tetiba..haaha

9. 4 tempat yang korang teringin nak pergi?
-makkah
-pulau jeju
-paris
-melbourne


10. apa yang korang harapkan pada 5 tahun akan datang?
dah habis degree,jadi dentist,balas jasa mak ayah.huhu

11. moment yang takkan pernah korang lupa sampai bila2?
semasa annual dinner 3rd batch maktab dulu.so sweet..




Ok...dah habis menjawab.agak mencabar nak menjawab soalan yang kadang2 terpikir jugak..hhahaaha..tenks sebab sudi tags saya..


p/s: nak packing barang..dah habis final exam,balik kedah laaaaa.....hahahaha...

Thursday, November 3, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Hati ni bukan dekat sini dah


I'm coming homeI'm coming hometell the world that i'm coming home!
Serius cakap.memang la ni dok pikiaq pasal rumah.rindu kat famili...hati dok kira hari ni. lebih kureng 3 hari lagi,balik!hahhahaa...dan lepas tu,cuti final bermula.walaupun 2 minggu ja.tak macam U lain.hampir sebulan cuti.cehhhh...tak pa laaa..(--.)
La ni kena habiskan exam yang baki 2 paper lagi ni..focus3!!hehe..






Monday, October 24, 2011

Awak dah buat saya frust tau!


Assalamualaikum.....

Kenapa awak hari ni sangat menyakitkan hati saya.Saya bangun lebih awal dari hari biasa sebab awak. Awak tak tau kan??Memang laa..sebab saya yang pi jumpak awak tadi walaupun hati tak inginkannya pun.Sebab terpaksa ja.Huuuhhhh....

Oleh sebab dah berbulan tak jumpa awak,so saya bersiap agak ringkas sebab malas nak berhadapan dengan awak.sangat malas ok!tapi dalam kepala saya cuma ingat apa yang saya nak cakap dengan awak satgi.kalau boleh,tak mau terlepas sedikit pun apa yang saya dah rancangkan. awak tengok!saya macam beriya-iya nak jumpak awak padahal dalam hati saya sangat tak menyukainya.sebab awak la ni..hate it!

Bila dah sampai di hadapan awak,awak cuma senyap ja tapi saya yang over ter'excited lebih. Saya cuba mengingat ayat2 dalam kepala saya ni.memang ada yang saya boleh ingat,tapi ada yang tak.Bila saya blurr,awak pun ikot blurr sekali.awak nampak kosong jaaa...ok salah saya. dah abis berdate,saya rasa geram sangat-sangat!sebab awak ni tak membantu saya langsung!

ok fine2..saya start final exam hari ni.paper exam fizik asas 1 hari sangat susah terutama tajuk lens (retina).dah la terlupa formula 1 hal,blurr dengan soalan yang ditanya pun poblem jugak..soalan lens memang saya tinggal kosong..huaaa...hailohh..date dengan paper fizik ni memang buat otak saya cair.dah la 2jam 1/2..memang cair terok la.naseb baek ada air-con..hahahahahhahaaaaa...

p/s: entry ni tidak berkaitan dengan mana-mana orang..jangan terpedaya.hehe..(^^,)

Tuesday, October 18, 2011

dah macam orang sewel daaa...(-_-)

Petang tadi,saya dengan rajin dan bersemangat pergi menjejak kaki perpustakaan yang dah lama tak dikunjungi.Macam biasa la.Bila dah nak final ni,mula la rasa keinsafan yang meluap-luap.Kalau dulu,buat tak tau ja tempat tu.Sekarang ni,hidup saya macam tak tentu hala ja.Ada saja yang tak kena.Dah kena sakit apa la saya ni..(-_-)



Setiap kali saya bangun tidor,mula la dok pikir pasal buku-buku yang belum dibaca. Apatah lagi yang belum disentuh..Rasa nak menelan ja buku-buku tu,buat bbq soup..lagi sedap.. Yang paling tak tahan,kena study subjek FIZIK!Memang dah terbukti lagi bersuluh,saya memang tak boleh menyintai subjek ni.SORRY FIZIK...sob3..lagi parah,asal bukak buku ni,teringat buku yang lain pulok..adohaiiii...macam2 hal la dalam kepala saya ni.Sebab rasa banyak lagi yang tak study.. PADAN MUKA U...HAHA..!(serius dah nampak macam sewel..)
Lebih malang nasibku ari ni,saya terseliuh ketika nak balik dari library.Time nak lintas jalan pulak tu dan ketika hujan lebat.Nasib ada kawan-kawan yang tolong dan bawak saya balik naik teksi.TERHARU SEYHHH.....tapi ni semua tak melemahkan semangat saya nak study dan berjuang sampai habis exam ni..ok dats all..tq!