Friday, September 18, 2015

Tak dapat sambung belajar? Dongibab dude!




Assalamualaikum..

Baru-baru ni dah keluar result untuk rayuan penerapan diploma/asasi ke Degree. Dan masih ada jugak yang tiada rezeki untuk sambung belajar. Bohong la kalau tak kecewa kan? Aku boleh paham perasaan hampa semua sebab aku pun pernah melaluinya dulu. Ok lemme start the story..

Cerita bermula bila aku dapat tawaran untuk sambung belajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dalam Asasi Sains Hayat selepas SPM.  Mak ayah sokong aku untuk belajar kat sini dan memang buat aku bersemangat nak belajar! Semester pertama, aku boleh carry on lagi dengan subjek yang tough bagi aku. Lepas dapat result final exam semester 1, cukup-cukup makan ja. Subjek Biology dan Chemistry aku paling ok pun. HUHU..

Masuk semester kedua, dugaan besar aku kena hadapi. Lagi sebulan before aku nak final exam sem 2, aku kena demam denggi. Ya Allah, sakit tu memang tak boleh nak gambarkan. Mak ayah jauh kat kampung, buat aku makin lemah kat sini. Lepas 3/4 hari aku demam, mak ayah datang KL dan ambik aku bawak balik Kedah. Sebab risau tak dak siapa nak jaga aku kat sini. Hampir 2 minggu aku tak pi kuliah. Lagi 2 minggu nak exam, aku balik ke PASUM. Dan aku makin suffer sebab tertinggal kuliah yang sedia maklum sangat express dan banyak topik aku kena cover dalam masa 2 minggu! Otak pun still blurr blurr, memang susah aku nak study balik dan cover topik baru. And finally, aku masuk dewan exam dengan otak yang masih tak full dengan ilmu-ilmu yang dah belajar dan belum belajar akibat tertinggal kelas. 



Nahhhh... aku failed subjek Calculus dan dapat C+ untuk Fizik. Pointer aku jatuh teruk akibat failed paper Calculus dan hancur harapan nak sambung degree. Sebenarnya, aku buat preparation awal-awal selepas aku habis final exam sem 2. Aku mohon UPU untuk diploma sebab takut in case, aku tak dapat degree. Lepas dapat jer result exam, aku hanya mampu berdoa agar dapat diploma sebab aku nak cover balik apa yang aku tak mampu nak capai dulu. Alhamdulillah, aku dapat diploma Kesihatan Persekitaran di UiTM Pulau Pinang. Selepas berhempas-pulas selama 3 tahun, akhirnya aku berjaya habiskan diploma ni. Dan bulan November 2015 nanti, insyaAllah aku akan berkonvo dengan segulung diploma.

Sekarang,alhamdulillah rezeki aku untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran di UiTM Puncak Alam. Dengan semangat dan azam baru, aku nak berjaya grad dalam kelas pertama dan dapat Anugerah Naib Cancelor (ANC) untuk degree ni. InsyaAllah mudah-mudahan. Even aku terlambat sambung degree sebab kawan-kawan asasi aku semua dah final year dan ada yang tengah tunggu konvo jugak, tu semua tak patahkan semangat aku untuk terus mengejar ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.



So, apa yang aku cuba nak sampaikan di sini ialah, jangan sesekali putus asa! Sebab mungkin Allah dan rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Biar lambat daripada orang lain, tapi kita ada keazaman nak mencari ilmu dan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Sentiasa percaya dengan perancangan Allah sebab setiap yang berlaku ada hikmahNya.

Kita keluar daripada mood sedih-sedih dan serius merius ni. Hampa nak tau, peluang belajar tu sentiasa ada. Kita ja kena rajin cari dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan. At least, still boleh mohon untuk pengambilan sesi lain. Kalau tak dapat degree sebab MUET tak ok, so hampa ambik balik MUET untuk dapat band yang lagi ok. Sebab mostly kawan-kawan aku yang tak dapat sambung disebabkan MUET diorang yang tak capai standard untuk memohon kos yang diminati. 



Sekian saja coretan aku yang mungkin agak hambar tapi aku harap apa yang aku tulis ni dapat memberi sinar harapan for those yang tak dapat sambung belajar. Aku kena sambung balik study Biochemistry. Kata nak dapat ANC kan?? HEHEHE ^^,

Assalamualaikum...






Wednesday, September 16, 2015

Last minit punya orang!



Assalamualaikum..

Aku nak luahkan perasaan tak puas hati terhadap satu jenis perangai. Perangai bagitau pasal something or event last minit!

Kalau buat time selepas kuliah kira ok lagi kan sebab still dalam kampus. Tapi kalau buat event time weekend or time free tak kelas (especially hari jumaat sebab sambung terus ke weekend), bukankah akan meninbulkan masalah kepada yang dah merancang untuk balik rumah atas sebab-sebab tertentu??

Organisation of event pun kena ambik serius sebab ni melibatkan masa orang lain. Bukan main redah ja buat, lepas tu baru nak beritahu hari ni (katakan event tu berlaku esok). Sebab apa aku cakap pengurusan event ni penting? Sebab mana la tahu orang tu dah planning something dengan family dia ke, dia ada hal nak kena buat ke, tapi tetiba ada meeting/program. Dah la wajib dan lagi tak bagus kalau tak boleh nak tolerate untuk tak pergi. Bila kita cancel jer aktiviti kita untuk join meeting/program tu, tetiba dapat mesej CANCEL! Berapiiiiii jemah oihhh!




Kesimpulannya, buat la perancangan betul-betul dan inform 1 week earlier sebab senang kita nak merancang jadual kita. Maaf kalau ada yang terasa dengan post ni sebab ni semua based on my observation kat tempat aku ni. Nak habaq direct, nanti sentap pulak so biarlaa dia baca sendiri luahan hati junior ni. Ehhh bye!

Assalamualaikum.





Saturday, September 12, 2015

Say HAI to PALAM!



Assalamualaikum..

Bertemu kembali di blog yang suram nan permai ni. Sesuram mood penulis blog bila wifi kolej asyik-asyik disconnect! 

Saja nak habaq kat hampa semua. Aku la ni sambung belajaq kat UiTM Puncak Alam dalam kos Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran selama 3 tahun. Jimat la setahun kat sini sebab aku dapat penerapan diploma. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk aku mencari ilmu dan mengecapi kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. Waaahhh wahhhh ayat puitis gituuu.. hahaha

Sejak aku daftar kat sini (6/9/2015), rasa semangat nak belajar tu masih ada. Even before masuk sini, still 50/50 nak sambung atau tak. Bila dah dok pikiaq panjang tu, so aku ambik keputusan untuk teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Cewaaahhh (^^,)



Aku dapat update blog ni kira nasib aku sangat baik la sebab wifi memberikan kerjasama yang kukuh untuk terus connect dengan lappy aku. Kalau tak, jangan harap la nak dapat 2 bar malam-malam macam ni. Hahaha

Sekian bebelan malam ni. Assalamualaikum :D