The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam: Welcome Juniors!





Annyeonghaseyo!!

Well..dah keluar dah pun result UPU untuk pengambilan 2013 kan? Aku tau pun agak lambat sikit. Hehehee.

So sapa yang dapat kos kat Uitm Pulau Pinang Kampus Bertam? Konpem ni yang dapat kos sama ada kos Kesihatan Persekitaran, Teknologi Makmal Perubatan or Farmasi. Tahniah ya adik-adik. Kami warga Kampus Bertam mengalukan kedatangan anda semua. Hehehe.

Ok aku nak cerita serba sedikit pasal kampus ni. Pasal kampus Permatang Pauh tu nanti hampa tengok sendiri la time minggu Destini Siswa or MDS or boleh baca di sini tapi ni time waktu malam la. Pembantu pelajar akan bawak hampa tawaf satu kampus nanti. Dan aku nak pesan,pakai kasut sukan sampai habis MDS kalau tak mau kaki tu melecet teruk. Hahaha.Serius ^^,

Nanti dah start kuliah,hampa kena naik bas untuk mai Bertam ni. Kita tak dak kolej lagi Tapi jangan risau sebab kolej tengah dalam pembinaan. So sekarang ni,sabar banyak-banyak kena bangun awal-awal pagi untuk naik bas pukul 7. Kampus ni kecik ja so memang hampa akan selalu bertembung dengan kawan-kawan dari kos lain. Sampai hampa boleh tau la diorang tu amik kos pa. 

Paling best belajar kat kampus Bertam ni, semuanya dalam air-cond! Termasuk tempat makan. Mostly student akan bergerak dalam bangunan ja. Memang tak akan kena panas matahari kecuali nak pi beli makanan nanti kat kafe.Tu pun sebelah bangunan akademik ja. Tak jauh pun. Sebab tu la,kalau ada kelas tiba-tiba kat Permatang Pauh,mengeluh sakan sebab panas yang terik. Ni la orang panggil "MENGADA" sebab selalu dalam sejuk ja. Hahaha.

Kemudahan dalam kelas memang standard terbaik! Semua kelas ada LCD dan ruang kelas yang lebih besar. Memang selesa la. Dan jangan terkejut kalau time hampa tengah membuang hajat di toilet,akan terdengar lagu terpasang kat speaker di siling toilet. Rupanya, radio terpasang kat speaker. Aku pelik jugak tapi buat tak tau je la. Kadang-kadang kalau lalu kat kaki lima depan kelas,memang jelas akan dengar lagu. Nice right? Hanya di Bertam. Hehehehe :))


Yaya is going somewhere....untuk beli cekedis.heheehhe..
Btw,ni laluan untuk ke lab :)



Nobody!!Memang laa..time ni suma ada kelas. Aku ja kaki rayau.Hahaha.
Ni lab untuk student farmasi..For student MLT dan Envi, lab kat tingkat atas.


Sebenarnya,kampus ni mula beroperasi tahun 2011. Memang baru sangat la. Dan aku adalah batch yang kedua. Barang-barang pun masih baru dan bau plastik tak hilang lagi tau. Environment sekitar kampus ni masih ok dan tak tercemar lagi dengan pembangunan yang maha pesat. Bak kata,masih dalam proses membangun. 

Sesi buang masa beramai-ramai dengan bergosip!Hehehee..
Aku nak tunjuk gambar keadaan kelas sebenarnya...erkkkk



Ni baru betul gambar kelas.. Kemas ja.Kekeke..





Yang tu ja kot yang sempat aku kongsikan. Nak letak banyak gambar lagi,terasa malas nak edit banyak2 la pulok. Dan loading pun lambat ja nanti. So hampa mai sendiri la nanti dan rasakan macam mana belajar di sini. Serius best gila sebab akan rasa macam duk dengan 1 famili yang besar. Lecturer memang sporting habis dengan student. Memang berbeza sikit dengan Kampus Permatang Pauh sebab kat sana sesak dengan ramai student engineering dan perhotelan. Di Bertam,tak sampai 1000 orang pun. Jiwa tenang sikit dengan tak ramai orang sangat. Hahahaha :))

Ok selamat menyambung pelajaran dengan pilihan kos masing-masing. Buatlah keputusan yang bijak ok?

Sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))




©