The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Just 11 things about me :)





Annyeonghaseyo!!

Jeng..jeng..jeng!! Hari ni aku nak  main game. Yep game tag-tag tapi kali ni aku tak ikot rules yang sebetulnya. Tak sempat aku nak cari blogger untuk tag.Hehehehe..

Thanks to Kak Nana dan Budak Vanilla sebab tag saya! Hahaha..ingat jugak kat ceq noh.Ok jom start!

11 things about me

1.  Suka yang simple-simple ja. So boleh tengok la keadaan blog aku ni. Hehehe.

2. Aku suka berkawan. Tapi aku tak pandai nak start perkenalan tu. Thats why kadang-kadang ada yang kata aku sombong. TT_TT

3. Bukan k-popper yang tegar sebab aku just minat satu group ni ja iaitu Big Bang. Paling aku minat,G-Dragon.

4. Aku suka baca buku yang ada unsur fantasy dan fiction. Ala-ala magic blackout fairytale tu. Tapi kalau terlebih rajin,aku baca ja buku pasal peperangan dan sejarah hidup tokoh-tokoh terkemuka.

5. Suka amik tau pasal gadget-gadget yang terkini di pasaran.

6. Aku jenis yang tak suka bershopping.Window shopping pun lagi la tak.Buat penat kaki ja. Hahahaha.Ini kenyataan yang benar.Mohon PERCAYA! ^^,

7. Tak suka makan coklat. Tak tau kenapa tapi akan rasa mual bila makan coklat. Dan hal ni menyebabkan kawan-kawan pandang pelik kat aku. Manusia apakah yang tak makan coklat???

8. Aku ni jenis sempoi. So aku lebih suka guna "aku". Tak formal sangat. Hehehe ^^,

9. Aku tak suka budak-budak. Kalau baby,yes aku suka :)

10. Orang selalu cakap aku ni jenis kasaq tapi hakikatnya,aku ni lembut di dalam. Belum kenai,belum tau -_-".. Depa tengok luaran ja.Selalu salah paham.Huhuuuu..

11. Karakter aku dalam blog sama ja dengan dunia realiti ni. Tak dak beza sangat. Tapi kalau jumpak face to face dengan blogger lain,aku akan jadi kucing betina yang malu-malu badak.Hahahahahaha :P

Ok sekarang untuk jawab soalan yang dah ditag oleh 2 orang blogger iaitu Kak Nana dengan Budak Vanilla.


:: Soalan Kak Nana::

1. Hari Ibu ni awak sambut ke? Awak nanti bagi hadiah apa?hehe

Saya tak sambut Hari Ibu. Tapi akan bagi hadiah jugak sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Hadiah bunga yang dibuat sendiri oleh saya dan adik :)

2. Awak panggil ibu/mak/mummy/mama/ummie/ama?

Panggil mak. Tapi kalau nak manja dan gedik-gedik dengan mak,panggil mummy. Hehehe.

3. Awak anak abah ke anak mak? baik mengaku..hoho

Saya anak emak dan ayah ^^, ..Serius tak tipu.Heeehehe

4. Dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia,yang mana awak teringin sangat nak pergi?

Ingatkan negara tadi.Baru nak list panjang-panjang. Haha. Saya nak pi Terengganu. Opssss!!Hehehe

5. Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia? (teka teki sikit..hehe)

Errrrr... otak slow sikit kalau suruh pikiaq pasal teka-teki ni. Jawapan dia pa,kak Nana?Hehehehe

6. Awak kuat makan tak? hee..

Memang kuat makan pun. Serius! Kuat makan angin. Pastu lepas makan,mesti la nak buang kan? Kekekeke

7. Awak belek-belek blog saya,ada tak kurang apa2? hehe..jangan risau me tak marah..

Tak dak pa yang kurang. Semua ok ja. Ringan,kemas dan sedap mata memandang :)

8. Dalam kalangan famili,awak mesti ada nama manja kan? hehe..

Huhuuu..sob3. Saya tak nama manja. Tapi kalau kawan-kawan,banyak nama manja yang depa bagi. Antaranya,CB (Cik Bebel).Kureng asam jawa punya kawan -_-'

9. Raya tahun ni tema apa? haha.. :P

Turquoise maybe?? Tak bincang lagi dengan suami famili. Hahaaha

10. Awak suka sukan/game apa..? Aktif tak dalam sukan masa sekolah/u?

Memanah or boling. Tak aktif sebab saya ratu lilin.Dok bawah khemah ja sambil ditemani air 100 Plus beberapa botol. Kalah atlit tau. Hehehe

11. Soalan-soalan saya susah tak? hee..~

Ehhhh..susah gila. Hahaha.Tak da la. Soklan yang sempoi dan boleh dok gelak sorang-sorang time nak tulis jawapan.Hahaha ^^,





::Soalan Budak Vanilla::


1.  apa pendapat korang pasal blog BudakVanilla nie. *bagi komen membina sikit nanti belanja cekedis seketul*

Seketul ja cekedis?Pun boleh.Hahaha.. Blog awak comel dan cantik. Pastu, susunan kemas ja :))


2. bagi pendapat korang macam mana perangai BudakVanilla berdasarkan cara penulisan dalam blog nie. :)

Seorang yang happy-go-lucky? Kalau silap,mohon maaf.Heehhehehe :)


3. apa hobi dan cita2 korang masa kecik2 dan sekarang? bandingkan. hee

Masa kecik2:
Hobi---> Main kereta lumba dan polis tembak-tembak dengan jiran sebelah rumah.
Cita2--> Angkasawan...pergghhh tak tahan dengan jawapan ni.Hahahaha.

Sekarang:
Hobi---> Makan,tidoq,online... -_-"
Cita2--> Pegawai Kesihatan Persekitaran or Doktor Kesihatan Awam ^^,


4. korang suka baca buku apa? novel? komik? buku ilmiah?

Novel fantasy macam Harry Potter dan seangkatan dengannya. Lepak dengan komik or novel time tak dak sumber bacaan lain. Lain kata,bila terdesak dan  boring sangat2.Hehehe.


5. apa yang korang tau pasal anime. muehehe

Anime ni mata-mata depa comel dan besaq2 belaka. Muka pun runcing ja. Dan anime ni mai dari Jepun.Kekeeke ^^,


6. mimpi manis korang yang paling korang ingat? :)

Aku  dengan sorang mamat ni buat kerja rumah sama-sama. Aku tak kenal lelaki ni dan tak pernah jumpak sebelum ni tapi yang pastinya kami dah kawin time tu sebab tinggal serumah dan ada parent aku sekali. Perasaan aku time dengan lelaki tu,rasa tenang dan happy ja. Bila bangun,situasi tu aku ingat tapi muka lelaki tu hilang terus dari ingatan aku. Petanda apakah??


7. kalau diberi peluang nak pergi mana2 tempat didunia. korang nak pergi mana n kenapa 

Negara Perancis sebab ada Eiffel Tower. Aku nak tengok romantik sangatkah bila pi sana? Nak try rasa tengok.Hahahaa.


8. kalau lah wujud si pari2 yang menunaikan tiga hajat korang. apa tiga hajat tu?

a. Semua benda kat dunia ni free dan tak payah pakai duit. Senang tak payah susah pasal ptptn ka,minyak harga mahal ka..apa-apa ja la. HEHE

b. Apa benda yang aku nak,semua dapat dalam sekelip mata. Macam petik jari, terus muncul. Tudiaaa..dongeng gila -_-"

c. Aku nak semua orang sayang aku dengan ikhlas. Bukan sebab benda or apa-apa ja :)


9. kalau korang diberikan peluang untuk jadi satu watak dalam filem yang korang minat. agaknya watak siapa tu dan filem apa? :D

Watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter. Kahkahkah!


10. Sebelum tido malam2 korang suka buat apa? sebab?

Baca buku yang tebal-tebal sikit.Lepas tu,baca doa tidoq dan ayat Kursi supaya terlindung dari gangguan syaitoonn..


11. nyatakan beberapa perangai korang yang dirasakan pelik tetapi benar *hehehehe*

Pelik?? Rasanya banyak tapi malu pulak nak sebut di sini.Hehehe ^^,



Selesai sudah menjawab soalan-soalan yang ditag oleh Kak Nana dan BudakVanilla. Sori la tak dapat nak ikot rules sebab tak sempat nak cari blogger untuk ditag. Hehehe.. Tapi seriously soalan depa ni memang best!

Ok sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))



©