Friday, November 30, 2012

Oppss Sila Beringat Sendiri!

Assalamualaikum

Hai my sweeties... ^^,

Buat peminat kpop yang selalu tengok Inkigayo ke,Music Bank ke..apa-apa jela,mesti tau kan pasal Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2012?Kalau tahun lepas kat Singapore,tahun ni kat Hong Kong pulak.Ada live streaming ok kalau berminat nak tengok.Klik kat sini ye untuk live streaming.Tapi aku ada benda yang nak dikongsi untuk hampa.Scroll sampai bawah ye.







Layan,layan jugak..solat jangan lupa ye.hehhehe
Buat yang wajib dulu,solat tak tunggu kita.Renung-renungkan ^^,

*planet mitoki ada internet tak ea?*
p/s:Aku harap wifi kat rumah aku ni ok ja petang ni dan no probs masa live streaming nanti.HEHEHEHEHE...SALAM JUMAAT ^^,

Thursday, November 29, 2012

Diperli Dalam Twitter sebab Safee -_-"

Assalamualaikum

Hai my lovely sweeties..!
Semalam bola sepak Malaysia lot lawan dengan Laos,memang twitter hangat gila.Time Harimau Malaya jumpak Singapore pun,lagi-lagi la hot sebab kalah.Tapi alhamdulillah sebab Malaysia menang 4-1 dengan Laos.Aku sambil tengok bola,tangan laju ja jadi pengulas kat twitter ni.Hahaha..bukan pa.Best kot.

Tapi yang tak berapa nak suka sangat laa..aku tertweet pasal Safee Sali semalam sebelom dia jaringkan gol kat minit berapa entah.Aku geram la sebab banyak peluang dah lepas. Dan aku pun tweetlaa macam ni:

Tweet untuk gol yang tak jadi kali 3



Tweet untuk gol tak jadi kali ke 6



Lepas Safee Sali sumbat gol untuk cubaan ke 7,aku tengok satu tweet ni macam tuju kat aku ja even tak dimention pun.Hahahaa.. *terasa*



Cehhhh...debah punya orang oihhh!Hahaha..termalu aku sat ok!


Bila semangat bola ni,macam-macam boleh buat.Nasib aku tak bet nak bog**l depan PV kalau Malaysia menang.Itu namanya bengap tahap ngekssss -_-"

Ok sekian.. :))

Tuesday, November 27, 2012

Aku nak dunia fantasi macam Chalkzone!

Assalamualaikum


Hai my sweeties..!
Aku suka tengok kartun kat tibi sebab adik aku yang bongsu tu suka kawal remote dan bukak channel kartun ja.Thats why aku terpaksa layan sekali dengan dia.Hahaha..Tapi kartun yang aku suka tengok selain dari Spongebob ialah Chalkzone!Penuh dengan fantasi la kartun tu.


Bila masuk dunia chalkzone,semua benda yang dilukis akan hidup.Aku lukis rumah pun nanti rumah tu bergoyang menari-nari depan aku.Lukis senapang,boleh amik dan tembak orang yang aku tak suka.Walaweyhh..bahaya ni!ahahahaa...


Tengok...boleh bercakap dengan ulat beluncas.Punyalaa fantasinya.Sangat tak boleh blah tapi apakan daya,just kartun.Heeheehee


Aku rasa cerita ni just nak timbulkan daya kreatif dalam kalangan kanak-kanak.Tapi kadang-kadang melampau jugak untuk umur yang macam aku ni hah.Suka berimaginasi sendiri bila melukis.Mulalahh dok pikir kalaulah boleh lukis macam dalam chalkzone tu.Semua benda hidup bila dilukis. Hhahahaha...hadoihh.Walaupun kartun ni dah lama pun,aku still suka tengok. The Fairly Oddparents pun aku suka tengok jugak.Dah mengalahkan adik aku ja yang kaki kartun tu.

Ok sekian... (^^,)

Monday, November 26, 2012

Top 10 Lagu untuk "Best Friend"

Assalamualaikum

Hai my sweeties!
Kalau dulu aku buat entry pasal lagu sedih yang dilayan time feeling mode.Haaa..la ni aku nak tulis pasal lagu untuk kawan baik.Aku kadang-kadang tuju lagu kat kawan-kawan aku even bukan best friend pun sebab kita kena hargai kawan-kawan kita dalam apa cara pun. And I love all my friends,dari tadika sampai la U sekarang ni.. ^^,











Coming next:Breaklove Songs

Sunday, November 25, 2012

Yang gedikss jadi tagline

Assalamualaikum

Hai.Nampak tak header baru aku kat atas ni?Hahaaha..aku dah tukar entah kali yang ke berapa.Gila rajin la.Dan aku tambah satu ayat baru "Blog kool tapi gedikss?".Nampak gampang kat situ.Aku tau..aku tau..dalam realiti aku tak gedikss sangat pun.Sikit-sikit ja tapi konteks mengada-ngada dengan kawan-kawan aku.Sapa pernah jadi rumate aku,tau la perangai aku macam mana.Ehhhhh..aku rumate yang baik lagi caring tau!Hahaaa..sekali lagi ayat aku  macam mintak kaki sedas :))




 p/s:Ok tak??Huahuahuaaa...nampak tak matang header aku selari dengan umur aku -_-"

Saturday, November 24, 2012

Hashtag Sentap!

Assalamualaikum

Hai my sweeties!Hari ni aku baru balik dari Penang.Saja berkelah dengan famili time hujung minggu ni.Malam-malam macam ni memang aku online twitter dan aku akan fokue dulu kat trends tu.Tapi malam ni aku #Sentap sikit beb!Sebab aku nampak Ayuni.Dalam kepala aku,sapa minah ni?Awat tetiba dia jadi trends ni?Selalunya nama retis yang tetiba trends mesti kena bash or something yang tak ok.Yang ok tu kadang-kadang je OK.

Aku scroll sampai ke bawah tweets pasal Ayuni ni.Ok budak ni tak mengaku dah dia Malaysian saat dia tulis post tu.Post yang bawah ni:

V
V

sumber twitter


Seriously aku terkejut beb!Fanatiknya minah sorang ni.Aku pun minat jugak kpop yang tak berapa fanatik sangat la tapi Malaysia sentiasa di hati ok.Dah la letak gambar Seungri (BIG BANG) dengan ayat yang yuckkss! Yang sangat menggelikan tali perut aku,not Malaysian anymore?Haha. So dah jadi warganegara Korea la ni?Malaysia patot hantar dia ni kat negara bergolak. Baru la tau nak insaf betapa bersyukurnya jadi rakyat Malaysia tau.Senang-senang nak lucutkan kerakyatan sendiri. Debahhhh.. -_-"

Kalau ada orang tak minat kpop,tak payah la nak overr dose hate them ok!Itu citarasa mereka. Pahe dop? Kawan-kawan aku ada ja tak minat kpop bagai ni.Famili aku pun tapi aku relax ja.Relax la kawan..kpop je pun.Dont emo-emo sangat.Tak dak pekdah pun ang nak mengamuk bagai sampai nak lucut kerakyatan sendiri.PATI pun ramai nak jadi warganegara Malaysia.Kalau depa boleh jadi,tak da la masuk negara ni secara haram.Iyo dop?Hehehe..ok dah dah.Minah ni pun dah minta maaf sebab sikap dia yang keterlaluan ni (sumber twitter).Bebudak lagi.Tak paham tindakan dia tu.Ikot perasaan lebih -_-"

Dengar cerita,budak ni hangin sebab ada artis kpop kena baling dengan sampah dan diboo boo time shout awards? #lol

Ok assalamualaikum..
Bubye... :))

p/s:Panas hati ayat last post dia tu..Nasib dia dah private belog dia...

Sunday, November 18, 2012

Part 1:Kenapa rasa macam tu?

Assalamualaikum

Hai my sweeties.Sihatkah hari ni?Dua tiga hari ni panas.So jaga kesihatan anda ok. Semenjak ni kan,aku rasa jiwa ni kosong ja.Macam ada something yang terkurang dan belum terisi lagi.Tapi aku tak tau benda apa yang menyebabkan aku rasa macam tu.Aku akui la aku bukan stok budak surau or kaki majlis ilmu ni.Aku memang malas nak mengisi minda aku dengan benda-benda macam tu.Tapi tu dulu laah.La ni,aku berubah sikit.Kawan ajak pi,aku pi even tak diberi kupon pun.Sebab dah lama rohani ni tak dijamu dengan perkara-perkara yang memberi faedah dan santapan rohani yang cukup bermakna.Ayat aku sangat skema.Aku tau tu.HAHA

Kalau dulu,aku selalu rasa dengki dengan kawan-kawan aku sendiri.Aku tak suka tengok kawan-kawanku yang lain lebih daripada aku.Time tu zaman budak sekolah rendah.Betapa jahatnya fikiran aku dulu.Siang malam aku study nak kekal budak terbaik dalam kelas aku. Dan usaha aku berhasil.Aku selalu top 5 dan tak pernah bawah dari tu.Tapi sebenaqnya effect dia sangat buruk.Aku rasa macam sunyi ja.Tak ramai kawan dulu.Aku asyik menyepikan diri ja.Aku ada kawan baik masa sekolah rendah dulu.Nama dia Massonia.Dia selalu dengan aku ke mana ja.Dan kami selalu berlumba untuk dapat semua A's dalam UPSR. Alhamdullilah,kami berjaya dalam UPSR dan menjadi student terbaik tahun tu bersama-sama dengan 3 orang lagi.

Itu cerita zaman UPSR.Bila pikir balik,aku bukan jenis kawan yang baik.Bila ada kawan-kawan yang tanya soalan dekat aku,aku akan jawab tapi bila banyak kali ditanya,aku akan rasa rimas dan mula la buat muka tak tau.Ya Allah..menyesal gila time tu.Aku tak tau kenapa aku jadi macam tu.Jadi sombong dan belagak.Takbur dengan kelebihan yang ada kat diri sendiri.Tu baru sekolah rendah.Naik sekolah menengah,lagi la teruk aku ni.Cerita time sekolah menengah akan aku tulis kat part 2.

Bukan nak tunjuk aib sendiri tapi ada kisah di sebalik semua ni.Dan aku tengah mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa aku sekarang ni.Dan aku harap pintu taubat masih terbuka untuk aku :')


Pray for Gaza.Ya Allah,selamatkanlah Palestine

Saturday, November 17, 2012

Aku nak jadi domain untuk website MNET boleh tak?

Assalamualaikum

Hai.

Aku naik hairan dengan website Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2012 sebab aku fail nak bukak ok.Fanpage asyik dok tweet untuk vote,tapi memang aku tak boleh nak bukak sampai ke sudah.Memang tak penting pun tapi aku saja syok-syok nak menggedik vote sekali untuk Big Bang dan YG family.Aku siap tanya kat youtube lagi nak tau sebab apa aku tak boleh bukak website ni.Hoooooohoooo...ramai komen beb!Betapa rapatnya V.I.P negara-negara lain.Walaupun aku guna broken english jugak tapi  nasib ada yang paham.Orang tu Malaysian.HAHAHA..

Big Bang!!

Walaupun aku tweet kat G-Dragon tak pernah dilayan,it's ok.Memang la sebab bukan dia paham bahasa melayu pun.HAHA..


Cute kan my GD??Walaupun ayah aku selalu cakap muka dia macam maknyah siam.Hahaha. Terima ja :))

Sebab tu aku rasa macam nak jadi domain website ni.Habis aku kawal dan remove mana-mana nominees yang kacau line Big Bang.Sebab ranking Big Bang semakin menurun..Bersaing secara tak sihat.Tak elok untuk diamalkan.HAHAHA..Sekian :))

Thursday, November 15, 2012

Jauh tersasar dari niat asal aku

Assalamualaikum

Hai.
Nak tau dak,dulu aku suka-suka ja buat belog ni.Dan aku buat belog semata-semata nak join contest,giveaway atau segmen ja.Nampak tak kesengalan aku kat situ?Aku ada ternampak kawan aku join macam-macam segmen or giveaway.Time tu aku heran bebenor sebab nampak dia asyik dok menaip sakan ja.Pastu,baru la aku tau ni belog rupanya.Naifnya aku. Aku pun terhegeh-hegeh la buat belog macam dia jugak.Tapi yang aku nak tergelaknya,aku tak join apa-apa pun lepas buat belog tu.Lagi aku mengarut menulis macam orang gila lagi ada laa.HAHA..

Laa ni,aku lebih suka menulis benda yang aku suka nak tulis.Tak kisah la benda tu ok ke tak.Hahahaa..sengal.Kalau aku rasa aku nak join apa-apa,aku join ja.No hal.Memang tebiat aku dari dulu lagi.Sapa-sapa tag aku,aku join ja tanpa sebarang masalah kecuali aku busy menggila.Aku akan pikirkan kemudian.HEHE..

Ok bubye !

Tuesday, November 13, 2012

Aku memang sengal dan "kejam"

Assalamualaikum

Hai.
Hari ni aku pi tengok wayang dengan kawan aku,Puteri kat Kulim Landmark.Filem Istanbul Aku Datang.Memang best filem ni dan lawak pun ada jugak.So pi la tengok ye.Cerita kat sini tak best la.Hahaha..So awat aku cakap aku sengal dan kejam?Bila aku pikir balik, memang pun.

Aku jadi macam tu hanya untuk lelaki saja.Tak perlu nak bagi muka sangat.Nanti mengada. Dan lelaki,jangan suka ambik kesempatan ok.I hate it!Aku selalu terjebak dengan situasi macam ni.Dan akhirnya,aku jadi super sengal dan sedikit kejam.Nasib bukan super gedikss.



Kalau aku tak suka kat sorang mamat ni,segala mesej dan kol aku tak layan ok.Aku tak belagak tapi kadang-kadang naik menyampah bila mengada sangat.Kawan buat cara kawan ok.Jangan lebih-lebih.Kalau dah jodoh,aku terima ja.Asal tak balas mesej dalam masa 1 minit,konpem kol tak henti-henti.Dan aku buat bodoh,buat pekak.Dah la time aku tengah study.Agak-agak la nak mesej hari-hari.Bukan ada benda pun nak cakap.Mengalahkan orang yang kapel.

Asal aku baik sikit,layan mesej elok-elok,mula la nak menggatal panggil "sayang2".Dan aku tak suka orang panggil aku 'sayang' tanpa sebab.Dan aku tak akan panggil tanpa sebab jugak.Kawan je tau,bukannya ada apa2 hubungan pun.Aku bajet "hot"?Super sengal dan kejam?Baik digelar sombong daripada digelar perempuan murahan.Full stop.


Sunday, November 11, 2012

Benda yang dirindui time sekolah!


Assalamualaikum

Zaman sekolah memang sangat best terutama yang tinggal kat hostel.Aku dok hostel 2 tahun ja sejak form 4.Tapi macam-macam kenangan yang aku dapat.Kena kejar dengan warden, denda lari satu maktab,ponteng sana sini,dah macam benda biasa kat sekolah dulu.Tapi bila dekat-dekat dengan SPM tu dulu,mula la rasa insaf sikit. Muhasabah diri ramai-ramai dengan satu batch aku.Uhuk3...aku dulu bukan student cop baik sangat pun.Buat hal sendiri macam maktab tu aku yang punya.Hahaha.Tapi tak la sampai masuk kes disiplin.Meehh aku nak cerita time benda yang aku rindu sangat-sangat time sekolah.


1.Time prep malam sebab time tu macam happening sangat.Memang semua pakat dok bz buat homework or study tapi macam fresh semacam ja malam-malam ni.Menyembang, bergosip dengan kawan sebelah,kawan depan or belakang aku.So tak la boring semacam ja study kan.

2.Pagi-pagi lepas Subuh setiap hari.Kami 1 Batch Form 5 (SPM 2010) baca surah Yassin ramai-ramai.Aku dapat rasakan 1 semangat yang luar biasa.Macam unite yang sangat kuat dan sama-sama mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah untuk sama-sama berjaya dalam SPM.

3.Malam hujung minggu.Selalunya aku study kat kelas sampai pukul 10.Lepas tu,semua pakat lari pi DS (Dewan Selera) tengok tv.Hari Jumaat pukul 10 kan selalu ada Mega Movie. Memang penuh la DS time tu.TV ada 2 bijik.Bahagian lelaki 1,girls 1.So tak campur. Tambah-tambah PUM jual makanan sedap-sedap,konpem laku beb.

4.Hari Jumaat,pi outing ramai-ramai dengan geng aku.Even pi Giant ja,tu pun dah rasa seronok beb.KFC memang tempat femes time tu.Naik bas ja,bau semerbak dengan KFC.Up sikit,Pizza Hut.Memang tong sampah kat hostel penuh dengan kotak-kotak KFC or Pizza. Dan pemandangan ni selalunya time hujung minggu.Hari lain,makanan kat DS.

5.Perjumpaan homeroom.Aku dengan homeroom aku excited oohhhh time tu.Jumpak pulak dengan bapa homeroom kami,cikgu Azizul.Hensem.Haha.Ok dah kawen ya.Time tu memang happening siot!Berkongsi problems pasal belajar ka,peribadi ka..apa-apa ja la.Nak melawak sakan-sakan time ni la.Cikgu Azizul memang sporting habis.Melayan ja kami ni yang spesis budak mengalahkan budak tadika.Mengada. :P


Banyak benda sebenaqnya yang aku rindu tapi tak larat nak menaip kat sini.Yang tu semua top 5 la.Yang lain tu dalam ingatan je la.Hehehe..ok bubyep :))

p/s:Zaman sekolah la yang paling dirindui.Betoi dak??

Thursday, November 8, 2012

Lagu sedih time feeling habis!

Assalamualaikum

Perasan tak,bila hati tengah sedih with our lovey dovey or baru clash kan,mesti cari lagu yang sedih-sedih punya.Nak amik feel ka katakan.Bila dok sorang-sorang pun,dengar lagu yang mendayu sikit,mula la kepala tu melayang sekali.Aku hempuk pun mesti tak sedaq sebab melayan perasaan sangat.HAHA..
Relax..relax..Allah masih ada untuk kita :)

Ni lagu2 yang aku memember layan bila mereka melayan perasaan..












p/s:Aku tak jiwang sebenaqnya..errrrrr...betol la tu ^^,

Wednesday, November 7, 2012

Angan-angan yang GILA!

Assalamualaikum

Kalau diberi pilihan untuk nak something,aku nak ......

1.Jadi jutawan.Beli rumah besor-besor untuk famili aku,kereta dua tiga bijik,segala urusan sekolah adik-adik aku yang tanggung,beli benda yang aku tak dapat beli dulu.

2.Paksa Kwon Jiyoung a.k.a G-Dragon kahwin dengan aku.Tinggal dekat Malaysia bukan Korea.. *uwekss

3.Ada taman khas untuk kucing-kucing aku.Siap rumah bertingkat untuk depa tidoq.Ada tempat lepak untuk famili aku main-main dengan kucing.

4.Bilik aku macam bilik Barbie tapi tak mau warna pink.Warna  hijua.Green Barbie :))

5.Ada flight khas untuk aku pi Korea lawat BigBang.. *ceehhh

6.Suami orang engineer.Smart. *kalau jodoh



7.Belog aku meletop.Tudiaaa..bom pa yang dipakai tak tau la -_-"

8.Aku ada semua gadget yang terlatest dalam simpanan aku. *kaya bebenor

9.Tak payah susah2 naik bas pagi2 buta pi kelas.Skype ja dengan lecturer. *sangat tak bertamadun

10.GD dengan Taeyang follow twitter aku. *fainting

11.Jadi orang hot -_-"" *vomitted

Enough.Semakin lama aku menulis,semakin ramai yang pengsan nanti.Hahaha

p/s:Angan-angan yang terlebih angan dari Mat Jenin :))

Tuesday, November 6, 2012

I hate you,CRUSH?

Assalamualaikum

Hai ollz..dah lama tak cerita pasal crush kan.Tadi aku rasa boring.Tak ada kerja kan so pi la stalk fb kawan-kawan tercinta ni.Saja nak tau updates terbaru mereka ni.Tiba-tiba aku terbuka fb crush aku dulu.Time zaman SPM aku dulu.Tak sangka kami dah tak friend.Sejak bila,aku tak pasti.Aku naik hairan jugak.Kenapa dia remove aku?Yang lain tak pun..


Memang aku tak berapa kisah sangat tapi aku just nak tau sebab,kenapa dia dah tak unfren aku kat fb.. Bukan kita kawan ka selama ni?Pernah study sama-sama..grouping sama-sama.Ok dats enough.Just memory long time ago...and we are not friend anymore.You ask for it.




p/s: I dont care ok..seriously!