The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Part 1:Kenapa rasa macam tu?

Assalamualaikum

Hai my sweeties.Sihatkah hari ni?Dua tiga hari ni panas.So jaga kesihatan anda ok. Semenjak ni kan,aku rasa jiwa ni kosong ja.Macam ada something yang terkurang dan belum terisi lagi.Tapi aku tak tau benda apa yang menyebabkan aku rasa macam tu.Aku akui la aku bukan stok budak surau or kaki majlis ilmu ni.Aku memang malas nak mengisi minda aku dengan benda-benda macam tu.Tapi tu dulu laah.La ni,aku berubah sikit.Kawan ajak pi,aku pi even tak diberi kupon pun.Sebab dah lama rohani ni tak dijamu dengan perkara-perkara yang memberi faedah dan santapan rohani yang cukup bermakna.Ayat aku sangat skema.Aku tau tu.HAHA

Kalau dulu,aku selalu rasa dengki dengan kawan-kawan aku sendiri.Aku tak suka tengok kawan-kawanku yang lain lebih daripada aku.Time tu zaman budak sekolah rendah.Betapa jahatnya fikiran aku dulu.Siang malam aku study nak kekal budak terbaik dalam kelas aku. Dan usaha aku berhasil.Aku selalu top 5 dan tak pernah bawah dari tu.Tapi sebenaqnya effect dia sangat buruk.Aku rasa macam sunyi ja.Tak ramai kawan dulu.Aku asyik menyepikan diri ja.Aku ada kawan baik masa sekolah rendah dulu.Nama dia Massonia.Dia selalu dengan aku ke mana ja.Dan kami selalu berlumba untuk dapat semua A's dalam UPSR. Alhamdullilah,kami berjaya dalam UPSR dan menjadi student terbaik tahun tu bersama-sama dengan 3 orang lagi.

Itu cerita zaman UPSR.Bila pikir balik,aku bukan jenis kawan yang baik.Bila ada kawan-kawan yang tanya soalan dekat aku,aku akan jawab tapi bila banyak kali ditanya,aku akan rasa rimas dan mula la buat muka tak tau.Ya Allah..menyesal gila time tu.Aku tak tau kenapa aku jadi macam tu.Jadi sombong dan belagak.Takbur dengan kelebihan yang ada kat diri sendiri.Tu baru sekolah rendah.Naik sekolah menengah,lagi la teruk aku ni.Cerita time sekolah menengah akan aku tulis kat part 2.

Bukan nak tunjuk aib sendiri tapi ada kisah di sebalik semua ni.Dan aku tengah mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa aku sekarang ni.Dan aku harap pintu taubat masih terbuka untuk aku :')


Pray for Gaza.Ya Allah,selamatkanlah Palestine

Labels: , , ,

©