Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Aku Pengotor??Aku berseni la beb..

Assalamualaikum

Time lawatan ke Loji Pembersihan Air Ulu Kinta,kami ada diberi sekotak air soya dan some kuih yang sedap belake.Eececeh..tu pun aku nak habaq.Poblematik betol aku ni.Ok ok.

Dalam dok tunggu kumpulan satu lagi yang tak habis buat tour kat loji,kami yang dah habis ni pi la melantak.Niat jahat nak perabih semua tapi kesian pulak.Takot nanti tengok pinggan kosong.

Itu sangat kejam.

Aku memang kreatif.Sampai kotak soya pun aku boleh seni lagi.

Tadaaaaaa....kkkkkkkk

Nampak tak kotak soya tu tengah berasap...yeah berasap dengan tisu.Hahaaha

Kawan aku cakap aku pengotor buat macam tu?Sampai hati awak ye.. saya nak tunjuk saya ni ada bakat terpendam.Huhu..

Ok sekian..motif post ni ialah saja gedik gedik ^^,

p/s: Aku tengah bosan time tu dan tak sabar nak balik U.Penat kot -_-"

Wednesday, February 13, 2013

Bila Health Sains chat dengan IT

Assalamualaikum


Semalam,aku boring gila.Tambah pulak,aku bancuh nescafe segelas besaq sebab nak stay up.Tak boleh tidoq sampai ke pagi.Kononnya nak buat report yang dah berminggu tak siap-siap lagi. Baru aku kalut nak buat padahal dah sebulan lawatan yang aku pi hari tu. Hujung bulan kena hantar.

Pengsan -_-"

Dalam dok melayan mata yang tak mau tidoq ni,aku pun online la sat.Sat la sangat.Ni la akibatnya kalau buat kerja kena guna laptop.

90% kat fb,twitter,blog...10% on kerja.Ni fakta.




Aku chat dengan sorang kawan lelaki ni.Budak poli kos IT.Gurrrlpp..memang beza la dengan kos aku.Tak pa..tak pa..no hal.Kami banyak menyembang bab study.Baik tak kami?Poyo poyo..

Dia cerita pasal IT..Aku cerita pasal Sains Kesihatan.Dia ternganga..aku pun ternganga. Mana la aku nak tau pasal hardware-hardware ni.Programming,coding apa bagai..Dulu ya la kot aku buat robot,belajar sikit-sikit bab coding ni even robot jalan tak ikot pa diprogrammingkan.

Gila punya robot.



Dia pun blurr jugak pasal benda pa kesihatan awam,sama ke dengan doktor,tugas kos aku ni apa,siap suruh terang bagai..Senang cerita,aku suruh dia google.Detail and banyak info boleh dapat.

Bukan pa..aku malas dan tak tau nak terang macam mana.Sori bro..

Aku pun heran.Awat la yang dia nak tau sangat ni.Laaa..Upanya mak dia doktor kesihatan awam.Dia saja nak tengok aku terang macam mana.Kurang asam gula garam betul budak ni -_-"

Dia memang beza dengan aku.Malam-malam kalau nak suruh aku bagi idea,memang blurr. Tapi dia,malam-malam la banyak ilham.Ilham datang kat aku time pagi.So??Haaha..tak dak pa..Sebab tu aku suka study time pagi2,bukan malam :))

Sekian..tu ja nak cerita pun.Hilangkan kebosanan sebab aku dah nak termuntah mengadap kerja aku ni.

Ok bye..

Monday, February 11, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Envi Family Day kat Pantai Merdeka :)

Assalamualaikum

Hai my sweeties!

Sabtu lepas (26/1/2013),aku dengan geng kos aku,Environmental Health pi buat Family Day kat Pantai Merdeka.Macam-macam aktiviti kami buat sehari tu.Better aku bercakap guna pics. Sekali lagi,aku credit pics yang cute ni to Famira..Aku tak bawak kamera derr -_-"



Warm up dulu..


Cute!!

My group yang tepi sekali.. Ceq Kasturi!

Game yang tak boleh blah..kena pas roti sampai orang last n yang last kena habiskan  semua roti.Dan orang last  ialah aku -_-"

Juri kami..so sporting!

Jejaka terhangit!Hahahahahaa...

Game baling selipar..aku mengaku aku tak reti main :(

Dengan Sir Din..lecturer kesayangan kami :))

Lunch time lepas penat main..rehat2 dulu

Game seven up.!kena igat sifir 7 pulak..aku dah la lemah math -_-"Kalah awal jugak la game ni.Hehehehe

Unggun api yang super lawa!

Game shake shake!!Sapa pernah tengok running man ep 75,mesti tau game ni.hehehee

Love this picture so much!So smart....!!!!!!!!!!

Kak,kutip pa tu??

Marila sama-sama jaga alam sekitar ni :)

We are big family :)

Dont forget about our friendship :))
Sekiannnnn.... :))

Monday, January 28, 2013

Part 3:Kem BPC di Titi Hayun,Yan

Assalamualaikum..

Lepas lawatan ke Ipoh,esoknya kena pi kem pulak!Benda yang aku memang tak suka pi sejak sekolah rendah.Kem tu 3 hari ja start 18hb sampai 20hb Januari.Kem yang aku pi under kor iaitu Badan Pertolongan Cemas (BPC).Kem kat Titi Hayun,Yan,Kedah.Pernah dengar tak?Hampa google sendiri la.Hahahaa.

Aku credit semua gambar ni from Sariyah a.k.a Yaya :)) Tenks


Kat Sri Perigi

Group Yaya tengah buat praktikal

Masak sardin untuk survival

Pertolongan cemas yang diberikan kalau dalam hutan.sempoii... :))

Kena jalan jauh ikot highway nak ke sri perigi dari kem kami.Memang penat gilaaaaaaa!

Tak tau berapa kilometer lagi... -_-"

Muka excited nak balik *last day*

Komander Jibril tengah performing lagu apatah..heheehe
Sebelom malam last day tu,semua komander dengan jurulatih kami buat prank befday kat sorang girl ni.Memang malam tu gila hot la.Dengan sekali dengan kami kena tempias prank tu.Komander mengamuk la sebab depa tangkap girl ni tengah date dengan sorang budak lelaki kat titi waktu malam.

Yang sengalnya,budak lelaki tu pun pelakon jugak!Pandai gila trick budak girl yang kena prank tu ikot dia pi titi.Hahahaha..ingatkan betul-betul la depa dorang ni kena hantar balik u sebab buat kesalahan berat gila.Kawan-kawan girl tu pun ada yang dah nangis teruk. 

Lampu tiba-tiba blackout..tiba-tiba dengar komander dengan jurulatih kami nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu.Memang time tu,HUAAAARGGHHHHH!!Terkena!Girl yang kena prank tu lagi la cuak.Malu muka dia beb kalau benda tu betul-betul jadi.Tapi,thanks to guy yang pandai gila berlakon jadi mamat muka tak bersalah sebab kantoi dating.HAHAHAHA.

Macam-macam aktiviti kami buat.Yang tak boleh blah time buat usungan mangsa dalam sungai guna pengusung.Bila dengar ja jeritan "Letupan!Letupan!Letupan!",semua kena meniarap tak kira atas tangga ka,atas batu ka..yang dalam air tu paling kesian..Hehehehe..

So sapa cakap kem tak best?Best la kalau kita join dengan ikhlas.Hehehehe..Ok sekian :))
Part 2: Sehari Geng Envi ke Ipoh

Sunday, January 27, 2013

Part 2:Sehari Geng Envi ke Ipoh

Assalamualaikum..

Dah dekat seminggu,barulah boleh update.Memang la sebab aku kat rumah la ni.Hujung minggu.Laptop aku memang aku hantar servis la.Kena format.Habislaaa semua video BIG BANG aku TT,TT

OK 17hb Januari aritu,aku dengan kos Environmental Health pi ke Ipoh pulak.Kami pi dua tempat,iaitu Muzium Geologi dengan Loji Kumbahan Rawatan Air Ulu Kinta. Macam tak menarik ja tempat ni kalau nak dibandingkan dengan Big Bang Alive Show tapi banyak pengalaman yang boleh dapat ok.Seriusly.. :))


credit pics to famira :)












Apahal dinosur ada dalam muzium ni??
Bergambar sebelum bergerak ke loji pulak :)
Next,lepas habis lawatan ke muzium geologi,kami bergerak ke Loji Pembersihan Air Ulu Kinta.Agak petang jugak la kami sampai sebab sebelum pi sana,kami singgah kat Giant untuk makan dan solat Zohor.




Operation engineer tengah beri taklimat
Air bersih..belum terawat lagi ni
Intake air dari sungai sebelum dirawat
Air ni dah dirawat dengan baik dan sedia untuk disalurkan kepada pengguna


Selingan :))

Sebenaqnya,banyak lagi aku nak letak gambar tapi banyak-banyak nanti,lambat loading pulak.ehehee..setakat tu je kot.Kalau Muzium Geologi tu,hampa boleh la pi melawat tapi loji tu,memang tak boleh la kecuali dengan kebenaran macam kami ni... ^^,

Ok sekian..mekasih sudi baca post ni :))

Part 1: GFS di Kulim

Sunday, January 20, 2013

4 Hari yang SUPER OHSEM!

Assalamualaikum

Hai my sweeties!Aku rindu hampa,tau dak?HEHEHE..

Hari ni,aku baru balik dari Kem Badan Pertolongan Cemas (BPC) kat Titi Hayun,Yan,Kedah. Aku pi kat sana 3 hari ja (18-20 Januari 2013). Banyak benda aku nak cerita.Pasal kantoi dating sampai kena tangkap dengan komander,kena jalan hampir 100 meter,dan macam-macam lagi la.Memang ohsem la kem ni!Ingat boring gila.HAHA..

Sabar sabar..aku pun nak cerita pasal lawatan Geng Enviromental Health ke Ipoh,Perak pada hari Rabu (17/1/2013) sehari lepas lawatan ke Sedim.Sakan aku ni.Semua benda nak cerita.Ehh benda best mesti la kena habaq mai.HAHAHA..

Tapi la ni aku busy.Lepas lawatan ke Sedim dengan Ipoh,banyak report kena buat.Ingat pi sana saja-saja syok ka?Memang umpama mimpi dalam mimpi laa derr.Hahaha..

Laptop aku rosak beb..susah aku nak online jugak.So lambat sikit la nak update blog pun.Ni pun aku pinjam laptop member katil sebelah.Tenks Yaya..aku gian nak online la ^^,

Ok tu ja.Sekian... :))



Wednesday, January 16, 2013

GFS di Kulim

Assalamualaikum

Hai my sweeties!!

Kalau post sebelum ni,aku agak beremosi sikit,tapi post hari ni pasal lawatan dengan geng Environmental Health ke Kulim.Memang agak dekat dengan UiTM kami tapi tak kisah semua tu.Asal dapat keluar pi jalan-jalan.Hahaha

Kami kena pi Sedim untuk Gravity Feed System (GFS).Kat sini la tempat di mana keperluan air bersih disalurkan untuk penduduk kampung kat Sedim ni.Punca air ni kat atas bukit.Mesti la bersih kan.

*sori gambar banyak blurr..cilok pics dari kawan aku.Aku tertinggal kamera derr -_-" *


Ni la tempat penapisan air sebelum diagih untuk penduduk :)

Lepas tu,kena daki bukit lagi.Serius la aku dah semput sekerat jalan -_-"


Aku dah lepas ke depan..
Nampak tak air terjun tu?Kalau tengok depan,Subhanallah :))


Alat untuk ukur pH sungai
Action ja lebih!hahahaha
Sekali lagi aku tak dak..aku dah terbungkang tepi jalan.penat penat :))
Tempat yang kami pi tu dipelihara dengan baik sebab air kat situ untuk kegunaan penduduk. Dah ditapis betul-betul,baru dialurkan ke rumah-rumah.Langkah utama yang perlu dibuat,mestilah kena masak dulu air tu. 

So sebab tu la kat sana,orang luaq tak boleh masuk.Takut water intake nanti tercemar. Jagalah alam sekitar kita ni baik-baik ye ^^,
Setakat tu ja aku boleh cerita pun.Sori gambar sikit.Nanti aku akan pastikan kamera tak tertinggal untuk lawatan akan datang. 

*dah la tertinggal kat rumah.tunggu balik rumah la jawabnya kalau nak amik kamera*

Esok,kami pi lawatan ke Ipoh,Perak pulak untuk ke Water Treatment Plant dan Jabatan Mineralogi. Sakan la kami ni.Untunglaa kos aku ni sebab kena banyak pi jalan-jalan :))

Sekian..