Thursday, May 8, 2014

Kenapa lelaki susah nak lupakan ex dia?


Assalamualaikum.

Huwarghhh.. rasa nak hempuk kepala bertubi-tubi kat dinding bila tulis tajuk entry ni. Aku ni girl, camna la nak tau sebab apa guys susah nak lupakan ex dia. Dan bila pikir balik, ADAKAH LELAKI YANG JENIS MACAM NI?

Bukan mempertikaikan tapi mostly guys sangat senang nak cari yang lain lepas break. Kalau girls, of course susah sikit nak lupakan ex dia. Iyela kot. Aku senang ja lupa kat dia lepas break. Ikot diri masing-masing. Time aku check keywords kat nuffnang, terjumpak la ayat ni.



Manala aku nak tau sebab apa. Tanya la lelaki lain sebab apa depa susah sangat nak lupa. Aku pun heran time bila la aku menulis pasal lelaki ni. Hahaha.

Ok sekian. Assalamualaikum.



Wednesday, May 7, 2014

Tenangkan minda di Pantai Kerachut, Penang


Assalamualaikum.

Before final exam, kos aku ada buat lawatan akademik ke Pantai Kerachut, Pulau Pinang awal Januari lepas. Cerita dah lama tapi baru nak hapdate. Abaikan tarikh dia and kita go on dengan aktiviti yang kami dah buat kat sana.

Kami bertolak sebelum Solat Jumaat. So bila dah sampai Taman Negara Pulau Pinang tu, guys boleh la solat Jumaat kat masjid berdekatan tu. Kira-kira pukul 2 petang lebih, kami mula jungle trakking start daripada Taman Negara P.Pinang sampai la menyusuri Pantai Kerachut. Aku kurang sihat sikit so aku naik bot dengan 4 orang yang lain.

This is Pantai Kerachut.

Bila dah sampai, rasa nyaman ja sebab jauh daripada bandar. Pantai ni memang di bawah jagaan Pejabat Perhilitan Pulau Pinang so memang bersih! Syok nak camping kat sini.

Oleh sebab semua dah sampai sini lewat petang, kami set up khemah cepat2 sebelum malam. Malam tu kami buat BBQ. Nasib aku tak baik sebab tetiba aku demam dan tidoq ja dalam khemah. Tak best la tak boleh makan ramai-ramai. Sob3




Pagi esoknya, kami buat aktiviti mengambil bacaan air dan udara kat sekitar pantai dan tapak perkhemahan. Buat aktiviti tu sekejap jer. Lepas tu, semua pakat enjoy mandi laut dan berjalan-jalan.

Ni tengah ambil bacaan kualiti air


Tengah ambil bacaan kualiti udara

Hi Mr. Patrick!

Kat sini ada Taman Penyu tau. Jalan nak pi sana tak sampai 2 minit pun. Cantik kat situ tapi aku tak sempat nak tangkap gambar sebab kamera aku dah dibawa lari oleh kawan. Hahaha. Ingatkan dia tolong tangkap gambar penyu2 kat situ. -_-"

Gambar batu tu macam gambar kepala ular yang tengah nak makan something kan?
If you see it.. hehehe


Mr. Crab! 


Sebahagian daripada kelas aku. Yang lain hilang bawak diri entah ke mana.


Kami pi tidor kat sana semalam ja. Tapi pengalaman yang dapat tu memang masyuk. Manis dan pahit. At least dapatlah tenangkan fikiran sekejap daripada assignments dan test. :)

Tunggu bot nak balik dah. Huhuuu








Boleh la datang sini dengan famili ke, kawan-kawan ke buat camping trip. Kat sini boleh sewa bot. Tak silap aku satu bot RM 80 dan boleh muat lebih kurang 10 orang. 

Aku nasihatkan tak payah mandi kat Pantai Kerachut tu sebab time hari yang kami balik tu, petang tu ada kes pekerja kilang yang menghadiri program bina semangat yang mati lemas. Memang ada bendera merah tanda bahaya untuk mandi. Kami gegirls ni degil nak jugak mandi laut dan air laut memang agak kuat. Alhamdulillah tak dak pa yang terjadi kat kami.

So sekian. Assalamualaikum :) 




Monday, May 5, 2014

Elak rasa takut pada waktu malam




Assalamualaikum.

Mostly orang bila dah habis tengok cerita hantu atau seram pada waktu malam, mesti terbayang scene dalam cerita tu. Paling tak ok bila spesis yang dah la memang penakut tapi tengok cerita macam tu. Memang tak tidoq malam la jawabnya. So apa yang boleh dibuat untuk atasi rasa takut pada waktu malam ni. Jom baca kat bawah ni.



1. Kenal pasti punca - Kadangkala bunyi bising kerap kedengaran di dapur dan mana-mana sudut rumah. Namun, jika ia berdekatan dengan kamu, seeloknya beranikan diri untuk pergi dan lihat apa punca bunyi itu berlaku. Hakikatnya bunyi pada waktu malam itu biasanya disebabkan binatang perosak seperti tikus ataupun hanya bunyi pintu yang ditolak angin. Ubah persepsi kamu terhadap sesuatu dan langkah ini menjadikan kamu lebih selesa kelak.


2. Buang rasa takut - Apabila habis saja menonton filem seram, pasti kelibat menakutkan akan muncul bermain di fikiran kamu seterusnya membuatkan kamu lebih takut untuk tidur. Perkara itu adalah normal dan kamu patut buang ia jauh-jauh. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir mengenai perkara lain ketika di bilik tidur. Kamu boleh mengenang kenangan manis ataupun memikirkan masa depan bagi menghilangkan rasa takut.

3. Bawa bersama - Jika kamu ada binatang peliharaan di rumah, apa kata bawa si kesayangan ke dalam bilik untuk menemani kamu sepanjang malam. Binatang peliharaan seperti kucing mahupun ‘hamster’ pasti dapat mengalih perhatian kamu dari memikirkan rasa takut. Seeloknya, jika kamu hendak tidur, belai haiwan kesayangan sambil menutup mata kerana ia boleh menenangkan kamu.




4. Dengar muzik - Paling mudah dan berkesan menghilangkan rasa takut ialah dengan mendengar lagu kegemaran sama ada di telefon pintar ataupun radio. Muzik biasanya memberikan impak pada emosi kamu sama ada positif atau negatif. Perlu diingatkan untuk mengelakkan dari mendengar muzik yang sayu dan perlahan kerana ia boleh membuatkan kamu rasa ­sedih dan mengingatkan kamu kembali kepada perasaan takut.

5. Pindah kedudukan - Jika kamu kerap rasa takut disebabkan kedudukan katil yang berhadapan tingkap, apa kata ubah posisi katil kamu pada kedudukan yang jauh dari tingkap. Percaya atau tidak, kebanyakan remaja mula rasa takut akibat memikirkan sesuatu akan muncul di tingkap atau pintu pada waktu malam.

6. Ajak teman - Andai kata kamu tinggal di hostel atau menyewa rumah, ajak teman kamu tidur bersama untuk semalaman. Jika mereka tiada hal lain, ajak mereka berbual sehingga kamu rasa mengantuk. Jika ia tidak berkesan, lakukan sesuatu yang boleh membuatkan kamu mengantuk seperti mendengar muzik ataupun membaca buku.




7. Lakukan senaman - Rasa takut itu berpunca dari diri kamu yang selalu berfikiran negatif dan dipengaruhi kepenatan. Lakukan beberapa senaman yang dapat menyihatkan badan pada waktu malam. Lakukan regangan ataupun yoga untuk menenangkan fikiran kamu supaya boleh fokus pada realiti dan ketepikan rasa takut yang bersifat sementara.

8. Matikan segala alat elektronik - Alat komunikasi seperti televisyen dalam bilik juga menjadi punca kamu rasa takut. Kadangkala kamu membiarkan ia terpasang dan lupa menutupnya. Apabila terjaga dari tidur pada larut malam akibat bunyi bising televisyen, kamu mula rasa takut dan tidak boleh tidur kembali. Oleh itu, biasakan diri untuk matikan suis semua alat elektronik sebelum tidur.


So, lepas ni boleh la kawal sikit-sikit takut time waktu malam ni. Aku pun macam tu jugak dulu tapi tak teruk sangat la sekarang berbanding dengan dulu. Hehehe.

Ok sekian. Assalamualaikum..

MUET


Assalamualaikum.

Hari ni result MUET dah keluar for those yang dah buat time bulan Mac 2014. Tahniah la yang dapat band 3 and above. Yang dapat bawah band 3 tu, jangan la susah hati. Boleh ambil lagi. MUET ni untuk kelayakan masuk Degree nanti. Chill :)

Aku dah ambil dulu so a bit relax la. Kawan-kawan aku yang lain maybe dah check result masing2. Tapi bila aku tanya, hampeh sorang tak respon. Taper.. taper.. 

Lepas ni, result final exam UiTM pulak 9 Mei ni. Tak boleh nak relax kot. Cuak!

Ok sekian. Assalamualaikum.

Saturday, May 3, 2014

Gurlpp..dush dush di muka



Assalamualaikum..

Memang awkward sungguh rasanya bila baca benda ni. Kawan-kawan selalu dok tanya pendapat aku pasal cinta-cinta ni padahal aku single lagi. Aku tahu pun sebab perhati orang lain dan terbaca kata mana-mana. Aku bukan doktor cinta beb.. No No No...

Well said, aku bagi pendapat mostly yang menjurus ke arah kebaikan. Kalau pakwe dia gatal meroyan, aku suruh "MOHON CLASH" ja.. Nampak kejam tapi untuk kebaikan dia jugak kan. Kalau jenis frust menonggeng sampai tak ingat dunia sebab putus cinta, aku nak buat tak tau ja. Hahaha.. baru break, bukan cerai.Hok aloh... -_-"

Sekian bebelan di pagi ni.Assalamualaikum :)

Friday, May 2, 2014

New blog design and new hopes :)


Assalamualaikum.

Setelah 3 hari aku bertapa mengadap lappy untuk edit blogskin ni, akhirnya siap jugak dengan bantuan daripada tutorial Atiqah Jaidin (template ni pun credit to her..thanks). 

Ok tak? Dah tak ada kawaii kali ni. Nampak macam matured la sikit dengan theme ni seiring dengan penambahan umur yang dah masuk 21 bulan lepas *perasan*.. Nampak kusam ja sebab grey in colour but nevermind, I loike ok. Hahaa. 

Aku harap lepas ni aku rajin dan bersemangat la nak update blog sebab dah baru kan. Hopes yang sangat tak boleh blah sebab aku ni malas. Heh.. Aku simpan lagi header yang lama sebab comel. Mana nak tau kot nanti aku terasa nak buat theme kawaii lagi.





Ohh my GD.. Thanks to Budak Vanilla yang dah buatkan header tu. 

Sekian tu saja.. Assalamualaikum :)