The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Tenangkan minda di Pantai Kerachut, Penang


Assalamualaikum.

Before final exam, kos aku ada buat lawatan akademik ke Pantai Kerachut, Pulau Pinang awal Januari lepas. Cerita dah lama tapi baru nak hapdate. Abaikan tarikh dia and kita go on dengan aktiviti yang kami dah buat kat sana.

Kami bertolak sebelum Solat Jumaat. So bila dah sampai Taman Negara Pulau Pinang tu, guys boleh la solat Jumaat kat masjid berdekatan tu. Kira-kira pukul 2 petang lebih, kami mula jungle trakking start daripada Taman Negara P.Pinang sampai la menyusuri Pantai Kerachut. Aku kurang sihat sikit so aku naik bot dengan 4 orang yang lain.

This is Pantai Kerachut.

Bila dah sampai, rasa nyaman ja sebab jauh daripada bandar. Pantai ni memang di bawah jagaan Pejabat Perhilitan Pulau Pinang so memang bersih! Syok nak camping kat sini.

Oleh sebab semua dah sampai sini lewat petang, kami set up khemah cepat2 sebelum malam. Malam tu kami buat BBQ. Nasib aku tak baik sebab tetiba aku demam dan tidoq ja dalam khemah. Tak best la tak boleh makan ramai-ramai. Sob3




Pagi esoknya, kami buat aktiviti mengambil bacaan air dan udara kat sekitar pantai dan tapak perkhemahan. Buat aktiviti tu sekejap jer. Lepas tu, semua pakat enjoy mandi laut dan berjalan-jalan.

Ni tengah ambil bacaan kualiti air


Tengah ambil bacaan kualiti udara

Hi Mr. Patrick!

Kat sini ada Taman Penyu tau. Jalan nak pi sana tak sampai 2 minit pun. Cantik kat situ tapi aku tak sempat nak tangkap gambar sebab kamera aku dah dibawa lari oleh kawan. Hahaha. Ingatkan dia tolong tangkap gambar penyu2 kat situ. -_-"

Gambar batu tu macam gambar kepala ular yang tengah nak makan something kan?
If you see it.. hehehe


Mr. Crab! 


Sebahagian daripada kelas aku. Yang lain hilang bawak diri entah ke mana.


Kami pi tidor kat sana semalam ja. Tapi pengalaman yang dapat tu memang masyuk. Manis dan pahit. At least dapatlah tenangkan fikiran sekejap daripada assignments dan test. :)

Tunggu bot nak balik dah. Huhuuu








Boleh la datang sini dengan famili ke, kawan-kawan ke buat camping trip. Kat sini boleh sewa bot. Tak silap aku satu bot RM 80 dan boleh muat lebih kurang 10 orang. 

Aku nasihatkan tak payah mandi kat Pantai Kerachut tu sebab time hari yang kami balik tu, petang tu ada kes pekerja kilang yang menghadiri program bina semangat yang mati lemas. Memang ada bendera merah tanda bahaya untuk mandi. Kami gegirls ni degil nak jugak mandi laut dan air laut memang agak kuat. Alhamdulillah tak dak pa yang terjadi kat kami.

So sekian. Assalamualaikum :) 




©