The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK
















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
pengalaman interview spa..kenapa rasa lawak jer time interview?

Hari ni aku kena interview untuk SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).Kami 1 famili bertolak agak awal ke Pulau Pinang sebab takut traffic sesak kat Jambatan Pulau Pinang nanti. Nak interview kena tepati masa.Oleh sebab aku dah tahu bangunan tempat aku interview nanti,jadi aku relax sekejap padahal hati dah memang cuak gila..!Pukul 7.45 aku daftarkan diri dan pergi ke bilik 11 aras 7.aku hairan sebab tak ramai orang pun.aku dah mula bajet yang datang interview ni beratus la (kononnya la).Aku sempat berkenalan dengan seorang gurl ni. sebaya dengan aku so boleh beramah mesra sikit.Pukul 8 pagi,aku masuk bilik tu untuk buat peperiksaan khas (minat).soalan lebih kurang yang cikgu kaunseling buat untuk tahu tentang minat kita.Aku jawab dengan ok dan habis 25 minit kemudian.Baru aku perasan yang dalam bilik tu cuma 10 orang ja.Takkan sikit ni jer kut (bermonolog dalam hati).Aku ingat beratus la tadi.bilik 12 pun sama jugak.kiranya hari ni 20 orang ja yang datang untuk interview.Habis jawab peperiksaan,time untuk interview pula.Aku kena no giliran 5.Awal lagi bagus sebab tak la cuak sangat.habis awal,cabut lari pun awal jugak la.

Dalam dok tunggu turn,aku sempat berkenalan lagi..(terlebih mesra alam pula aku ni). Seorang girl dari bukit mertajam (mrsm pdrm kulim) dan seorang lagi mai dari kulim jugak (smk air merah)..kami bersembang la punya syok.hilang sikit cuak dalam hati ni.Kami share apa yang patot untuk dikongsi bersama.Tak rugi pun kalau berkongsi ni.Macam dah kenal lama kami ni.Hampir sejam aku tunggu,sampai giliran aku.Aku masuk dalam bilik interview dengan gaya sopan terlebih dan control cun sikit (lawak ja)..

en.spa:perkenalkan diri anda
aku:pokpekpokpek....sekian..
en.spa:kamu berminat dengan bidang apa?
aku:......penolong pegawai farmasi
en.spa:kenapa kamu tak mintak jururawat?
aku:saya tak minat.tak sesuai dengan jiwa saya.saya lebih prefer farmasi
en.spa:kenapa tak minat?kerjaya nurse ni lekeh sangat ke..?sebab kamu budak mrsm,so tak boleh mintak jadi nurse?
aku:pokpekpokpek....saya lihat ada bidang lain yang lebih sesuai dengan saya berbanding dengan nurse ni.
en.spa:kamu macam menghina jer kerjaya nurse ni..?
aku:..(blurr)..(bila masa aku cakap macam hina ni..?)...err...bukan macam tu.memang saya lebih suka kerja dengan makmal dan bahan-bahan kimia ni..(harap tak putar belit cakap aku)..

fuhhh,,soalan killer punya dia kasi.saja nak buat aku serba salah gila-gila.ni soalan diluar silibus bidang aku pulak..

en.spa:kamu ni pandai buat robot ni.guna lego yang adik kamu dok main ke..?
aku:(ada ke patut..hehe..)..mana ada.saya gunakan lego khusus untuk robot jer.
en.spa:macam mana kamu gerakkan robot untuk berfungsi?
aku:pokpekpokpek.....guna motor dan software yang tertentu...(aku hampir terlupa sebenarnya..)
en.spa:ohhh....bagus-bagus...

Hampir 30 minit aku diinterview..orang lain hairan sebab aku keluar dengan muka sengih semacam ja.Yang lain keluar muka frust.Nak buat macam mana..dah aku ditanya soalan yang agak pelik dan tak ada kaitan dengan bidang yang aku mohon.sebenarnya 2 orang penemuduga.seorang lagi pn.spa..dia tanya apa?lebih ke arah minat aku laaa...pasal farmasi ni memang kurang nak ditanya..so,bila ditanya soalan killer yang agak diputar-belitkan, relax dan jawab dengan tenang.mereka nak test jer tu kita boleh jawab ke tak..ambil tahu tugas yang kerjaya kita mohon..walaupun aku dah hafal semua tugas bidang yang aku mintak, dah tak ditanya,nak buat macam mana...berdoa supaya lulus dan diterima saja..(^^,)



Labels:

©