The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
bila tak suka sangat pun susah

Selamat pagi semua..semalam ingat nak update blog tapi aku sibuk bercuti dengan family di Pulau Pinang.berkelah tepi pantai memang santai la.tapi jalan raya jangan dok kata apa-apa la. memang sesak ditambah dengan pemandu yang memandu macam orang kena sawan.geram melanda sekejap walaupun aku tak drive pun.hehe..ok2 kita teruskan dengan entry post hari ni..let's start it!

pernah tak kita tak suka kat siapa-siapa or benda..?mesti ada kan..walaupun kita tahu sikap ni tak elok untuk diamalkan tapi kita kadang-kadang tak mampu nak halang perasaan ni. kita mula rasa tak suka bila sesuatu benda tu atau orang itu buat kita jelik dan menyampah.mula-mula jer tak suka,tapi lepas tu syok pulak.tak kira la benda ke,orang ke...mesti ada punya!aku nak sentuh beberapa sikap tak suka kepada orang dan benda.mungkin ada yang terkena kepada diri anda kan...

1)Tak suka lelaki or perempuan,tapi lepas tu......

Banyak benda macam ni selalu berlaku.mula-mula tu jangan dok kata la.tak boleh jumpa sikit,mula ada aksi perang teluk dan sebagainya.ada saja benda yang tak puas hati kat orang tu.ada saja topik yang tak boleh dibawa berbincang.kadang-kadang kita gunakan medium tertentu untuk melahirkan rasa tak suka tu.padahal,rasa tak suka tu lah yang membuatkan kita makin rapat dan suka.sebab apa..?selalu berjumpa dan bertekak,mesti kena bukak mulut nak bercakap.bila bercakap,keluarlah aura yang boleh memikat hati.haa...kan betul tu. sebab tu orang-orang tua selalu pesan, "jangan benci sangat,nanti depa (diorang) tu la yang jadi bini/suami hampa (korang).ada yang tergelak rasanya bila baca ni. jangan terkejut kalau orang yang kita tak suka sangat-sangat tu jadik aweks/pakwe kita atau suami/isteri. aku macam tu jugak.cuma kawan biasa jer.normal la kalau gadoh sebab tak bersependapat. tapi ada jugak mulut kata tak suka,tapi hati....hehe...paham-paham jer la..!



2) Tak suka pink tapi lepas tu....
Aku macam ni la.dulu aku 'hate' sangat-sangat pink.Nak jadi minah stylo,suka hitam..kira tak layan la warna pink-pink ni.kalau dulu,blog aku ni versi gothic.hitam putih ja.tapi sekarang.. ada pink pulak.dulu,aku tak suka orang panggil aku 'minah pinky'.poyo rasanya..dulu laa.. sekarang orang nak kata apa-apa pun,aku senyum jer..betul apa.pink ni warna lembut, mendamaikan jer..kalau suka pink,tak semestinya orang tu lembut terlebih...kan3...??


3) Tak suka alat make up,tapi lepas tu......

Ni lagi satu..nak nampak minah brutal la..alat make up pon tak layan.kata kat orang pulak aku ni.sama ja dengan aku ni.aku memang susah nak pakai bedak compack ke,lipstik ke.. celak dan maskara pun jangan haraplah boleh dipakai kat mata aku ni.rimas tahu..aku layan lipbalm ja.tapi sekarang,suka pulak.aku dah start membeli barang-brang make-up. cuma lipstik belum lagi kot.aku nak termuntah bila bau lipstik ni.pelik kan..?aku pun tahu la.dari dulu lagi..hehe..so siapa yang kata tak mahu pakai alat make-up ni,jaaga-jaga la.sebab mungkin nanti anda mula gila membeli nanti.hehehe...


So macam mana..?aku dah rasa..jangan tak suka sangat,nanti tersuka pulak..!

Labels:

©