The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
perlu ke geng di sekolah...?

aku tahu aku dah abis persekolahan.tapi saja nak cerita sebab tetiba jer nak bercerita.kenapa perlu ada geng or senang citer berpuak-puak..soalan ni tiada kaitan dengan siapa-siapa.just nak berkongsi pendapat berdasarkan pemerhatian aku.adik aku selalu dok bercerita pasal budak-budak sekolah dia.dalam kelas dia ada geng cap 'gedik'.telinga aku ni la kena dengar luahan adik aku.buat aku semakin meluat jer dekat budak kelas dia tu.aku saja buat survey sikit di facebook.perggh..aku tengok pic album diorang pun dah juling sat.macam ni ke bebudak zaman sekarang..?tu baru geng gedik..aku tengok dari sudut lain pulak.geng bajet otai.otai untuk benda baek-baek tak apa la jugak.ni siapa yang buat poblem paling banyak kat sekolah,dia la otai segala otai kat sekolah.so banyak la geng ditubuhkan untuk dapat gelaran tu.apa la spesis macam tu ada jugak ke.buat hal tak kacau orang lain tak apa la jugak.ni tak..bikin orang lain susah jer..mungkin pemikiran tak matang lagi kot..kesian.haha..

geng pandai..?apa kes pulak geng macam ni..aku tak tahu la tapi kawan aku kata geng macam tu cuma ada ahli-ahli yang skor bagus-bagus dalam akademik.aku tak tahu pulak ada geng macam ni sebab dulu aku tengok kawan-kawan aku biasa-biasa jer.mungkin kawan aku tu ada terasa hati dengan mereka ni sebab tak jawab soalan yang dia tanya kot. macam tu la kot.aku no komen pulak.bagi aku,kawan yang kurang boleh dalam akademik ni patot dibantu oleh kawan-kawan yang pandai ni.baru sama-sama berjaya..kan,.??tapi aku kes lain la.aku study mamybe last minit kot or soalan yang lembaga buat tu bukan piawai aku untuk menjawab.hahaha..macam-macam hal.salah sendiri nak salahkan orang lain pulak..

lastly..perlu ke geng kat sekolah ni...?macam tak perlu jer.kawan jer dengan semua orang. tu baru sekolah,belum lagi di u nanti.skop tu aku tak merasa lagi so tak tahu la macam mana keadaan di sana.dah masuk nanti baru tahu la..kadang-kadang kalau ada geng ni,ada jer yang suka buat hal sendiri.ada yang boleh join dengan semua orang.macam aku.aku tak tahu la geng ke apa tapi bagi aku kawan-kawan yang rapat dengan aku adalah kawan baek.tapi orang lain pikir kami geng la kot.apa-apa pun,kami no hal kalau suruh kerja berkumpulan sebab kami satu bacth memang unite..!

Labels:

©