Friday, February 14, 2014

What a nice day..

Untitled


Assalamualaikum..

Seminggu ni, kos aku pi buat lawatan ke suatu tempat ni. Agak jauh jugak la sebab kena naik kapal terbang. Hari ni baru aku balik dari sana. Kami pi sana 10 Feb aritu. Penat gila. Sebab banyak aktiviti yang kena buat.

Penat bershopping jugak. Cewahh.. Hahaha.

Nanti la aku cerita. Balik dari lawatan ni, banyak pulak report kena siapkan. Nasib lerr.

Sekian :))





Saturday, February 8, 2014

#5 Story: Minggu aktiviti yang super sempoii..!




Assalamualaikum..

Setelah bertangguh agak lama, baru ada masa nak cerita pasal minggu aktiviti kat MRSM aku ni. Minggu aktiviti ni buat dalam masa seminggu (masuk sem baru, memang ada minggu aktiviti ni) dan memang kami tak belajar langsung time tu. Heaven ok sebab tak serabut dengan buku. Hahaa. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru dengan Badan Wakil Pelajar (BWP). BWP ni ala-ala lebih kurang Majlis Perwakilan Pelajar la kat universiti. Aku just jadi biro kepada exco makanan je. ^^,




Aku suka bila ada minggu aktiviti ni sebab bebas pakai tshirt. Aku dah la malas nak iron baju sekolah bagai. Serius ambik masa yang lama. So dari pagi sampai malam, ada ja acara yang best. Aku tengah cerita pasal minggu aktiviti masa aku form 5 sebab time ni la aku mula suka amik gambar. So nampak tak kemain excited muka kami?? Rest otak kejap daripada mengadap buku yang bikin stress. Heheheee..



Ok ni pertandingan mereka cipta kenderaan masa depan guna bahan kitar semula. Dua homeroom akan bergabung dan kongsi idea untuk mereka. Of course la aku join. Hehe.. ni la kenderaan masa depan kami. Dah macam skate board tapi boleh duduk,terbang guna fire extension dan dengar lagu yang hanya guna voice detection. Imagination yang sangat tak boleh blah! Kami dapat no 3 tau. Hehehe





Ni dah masuk pertunjukan silap mata. Memang ramai la tengok. Siap boleh sembur api. Aku nak try tapi kena minum minyak tanah then sembur kat bara tu, cancel niat guwa. Tak pasal-pasal aku telan terus nanti.




Char keow teow free meh!! Berebut ok nak try rasa masakan Cikgu Rozaidi a.k.a cikgu sejarah. Aku tak sempat nak makan sebab dah ramai sangat so kongsi je dengan kawan aku. Makan sikit ja sebab muka kawan aku time tu dah macam nak kata aku, " Aku makan pun tak cukup". Hahhaaha




Bonda pengetua kami! Sedap ohhh karipap bonda buat. Sapa nak makan karipap ni, kena try buat karipap sebijik. Oleh sebab nafsu makan aku nak jugak membaham karipap sebijik dua, aku cuba buat sampai la jadi. Hehehe..fuhhh! Senang ja nak buat ^^,



Aku tak ingat apa benda ni tapi ni pameran from student. Terpegun guwa sebab aku minat jugak la bab yang ada kaitan dengan robot ni. 




Cantik tak? Memang kreatif la.. Biasalaa..budak yang amik subjek seni kot yang lukis poster ni. Kalau dah ada bakat, semua jadi lawa. Kalau aku yang lukis, belum tentu nampak macam poster. ^^,


 Kami sempat bergambaq lagi dengan junior. Sebab dah form 5, so memang berbaik-baik la dengan junior. Diorang semua ni 1st bacth dan masuk time diorang form 1 lagi. Time ni diorang dah form 4. La ni semua dah masuk universiti. Dah besaq dah semua :')




Tengok gambaq atas ni. Budak homeroom aku, Ali Khuzaifi dah macam orang sampah ja aku tengok. Malam tu ada malam fesyen untuk semua homeroom. So kena ada model dan temanya futuristik. Tapi kena pakai bahan yang diberi iaitu plastik sampah, paper aluminium dengan kotak. Ni la model homeroom aku. Serabai..serabai.. hahaha



Kami ada pertandingan memasak antara homeroom. Menu utama ialah ayam. Yang baju biru tu la cikgu homeroom kami a.k.a abah kami, cikgu Azizul. Hehehe..muda lagi tau. Kami masak dalam lab KH je. Kemain sebab nak guna oven so kena ada electric source. Siapa sangka kami menang no 3 mengalahkan homeroom yang berpuluh tu. Haha.. 



Ni la masakan homeroom aku.. Ayam tiram herba. Kami bakaq 2 ekor ayam tapi kena hantar kat juri satu ja. Nampak happening je kan. Time kat dewan makan untuk juri taste masakan, macam-macam rupa masakan derr.. Terliuq aku tengok pun. Ayam Golek la, BBQ la, chicken chop pun ada! Wahh dahsyat...!

Ada banyak aktiviti lagi tapi oleh sebab aku ni kadang-kadang nyanyuk tu boleh tahan pelupanya, so tak tangkap gambar la. Acara sukaneka, explorace, Boys and Girls Night (buat asing-asing, tak campur lelaki dan perempuan), Night Walk, dan banyak lagi la. Aku cerita mana yang ada la noh.

Even nampak biasa-biasa ja dan tak meriah macam MRSM lain, tapi aku enjoy setiap moments tu. Tu semua kenangan time sekolah. Ohhhh.. throwback gila aku ni. Maaflaa.. terasa nak balik sekolah ja dan jadi budak sekolah balik. Tapi tak mau amik SPM. Hahaha.

Ok la.. tu je kot. Assalamualaikum.. :)

Baca cerita ini jugak:

#1 Story: Merbok..Here I come!
#2 Story: Tugas sebagai pelajar bermula!
#3 Story: Form 5 yang super busy + Sukan pertama
#4 Story: Eww..muka zaman hingusan!

Thanks for reading ^^,



Saturday, February 1, 2014

Apahal aku mimpi DS Najib ni??Ahhh tidakk!!




Assalamualaikum.. ^^,

Aku nak kongsi satu mimpi dengan hampa ni.Perghhh..aku tak tau la mimpi ni nak list dalam kategori mana sebab konpius dengan genre dia. Hahaa.. Seram pun ada, lawak pun ada, khayalan pun adaaa..!

Ok lemme start. 

Aku masuk kelas macam biasa pagi tu. Masuk kelas ja, suma dah penuh dengan kawan-kawan aku. Hairan pun ada. Selalunya aku yang paling awal. Then, kawan aku beli makanan dan kongsi dengan aku. Kami makan macam ada pesta pulak time tu. Ramai jugak yang makan. Tetiba ja, pintu kelas terbuka dan aku dapat rasakan aura seram. 




Lelaki yang tak pernah masuk kelas kami, tetiba ja ada depan kelas. Aku bermonolog dalam hati, " Macam pernah nampak tapi kat mana??"

Rupanya-rupanya Perdana Menteri kita beb! Terkejut aku sebab tak pernah aku mimpi DS Najib Razak ni. Why aku mimpi dia ni?Why??? Apa yang aku ingat, memang DS Najib ni garang gila. Yang tak tahan tu, dia boleh tahu nama aku! Lantang ja dia panggil nama aku sebab aku still dok melantak makanan padahal dia dah masuk kelas.

Lepas tu aku tak ingat dia ajar subjek apa tapi dia tulis kat whiteboard tu panjang gila.. Tetiba ja, DS Najib meninggikan suara dia. Haaaaa..time tu la aku terjaga. Terkejut sebab dah pagi.


Serius..aku pelik ja lepas bangun tiduq tu. Nak kata aku mengumpat DS Najib semalam, memang tak pun. Sebut pasal dia pun tak. Mimpi mainan syaitan ni. Ke petanda aku ni bakal PERDANA MENTERI Malaysia untuk tahun akan datang?? Ehhhh.. hahahaha.. memang tak la jawabnya. Mustahil la girl boleh jadi PM. Luar negara boleh la kot ^^,

Sekian tu ja cerita aku. Terasa lawak pulak. Spoil mood nak terus mimpi yang lain pulak. Hehehhee.. 

Ok.. Assalamualaikum :)