The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK
















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
#1 Story: Merbok...Here I Come!




Perasaan rindu dah buat aku nak bercerita pasal zaman budak sekolah dulu.Zaman persekolahan time form 4 sampai form 5 di MRSM Merbok. Lets me start ok?

10 Februari 2009

Pagi tu,aku malas gila nak bangun pagi. Sebab hari tu,aku akan dok belajar jauh dari famili aku. Bangun ja dari katil,terus nampak beg-beg bagasi yang dah tersusun tepi meja study. Lagi tak bersemangat... Adakah aku takut homesick nanti? Entah.. Mak pun dah sibuk kat dapur. Siapkan bekalan dan sarapan.

Adik-adik aku pun dah sibuk bangun. Depa kalau bab nak pi berjalan,no 1!

Perjalanan ke Merbok amik masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari Kulim. Memang tak jauh sangat tapi bagi aku,susah la nak selalu balik rumah nanti! Aku memang cuak gila time tu. Hati tak tenang ja. Tu la..time isi borang masuk MRSM,punya la suka. Dah dapat,tak mau nak pi pulak. Memang aku cari nahas!

Gambaq time raya di maktab :)

Dewan Besar ni la tempat aku mendaftar. Memang ramai gila. Semua pesen muka ada. Muka nak teriak,muka teruja,muka tak perasaan pun ada. -_-"

Aku? Aku kategori muka tak dak sense.. Aku senyum plastik ja. Nak ilangkan cuak. Nampak kawan sekolah lama aku,Ehsan,terus lega sikit. Dia dah senyum bila nampak aku. Legaa..

Hari pendaftaran.

Time nak daftar,kecut perut gila sebab 1st time handle ni sorang-sorang. Mak bapak tak dibenarkan ikot sekali. Cikgu kat situ cakap,nak biar depa belajar berdikari sikit. Aku memang nak teriak la. Nampak sangat manja gila.Heh!

Semua muka skema la. Mai merata dari ceruk negeri. Aku tak peduli. Nak cepat siap daftar, nak cepat masuk bilik,letak barang. Pastu,blah pi outing dengan famili.

Sampai bilik hostel,terkejut beruk bak ang! Bilik tak dak pintu dan hanya macam pintu gerbang ja?

Dalam hati aku, selamat ka nak tidoq ni? Ada pintu koridor ja.Dan paling tak ok,bilik aku sebelah pintu koridor. Terbaek la!!

Lepas dah habis outing,aku balik bilik. Ramai yang dah sampai dan dok kemas barang masing-masing. Aku lepak-lepas atas katil dulu. Perhati sorang demi sorang budak bilik aku. Sebilik 4 orang. Oleh sebab tak dak pintu,memang boleh nampak la bilik depan buat apa. Semua bilik boleh nampak la isi dalam tengah buat pa. Tak privasi ok!

Budak bilik aku ni nampak jenis sempoi. Sorang ja macam skema sikit. Senyap ja. Aku tengok dia,dia senyum ja. Aku tengok,boleh la tahan ramahnya. Nama dia Izana. Lagi 2 orang pulak, nampak macam kamceng gila. Macam dah kenal lama. 

Tiba-tiba,aku dengaq salah sorang sebut nama Zuraidah. Tu nama sepupu aku tu. Last-last baru aku ingat,sepupu aku cakap,ada budak sekolah dia masuk Merbok jugak. Nama depa Hajar dan Puteri. Aku pun dengan buat muka pelik,tanya la depa 2 orang ni.

Bilik aku..Hahahaha.

"Eh..ni Hajar dengan Puteri ka?"

Muka depa pelik ohh..Lepas tu depa senyum." Ni sepupu Zuraidah ka?".

"Hah!Betul la tu!".

Kami terkejut la. Dah la mai dari satu Kulim,dapat satu kelas dan satu homeroom (keluarga pelajar).

Hari tu,ice is  breaking. :)




Malam tu,kami sibuk dok mengemas lagi. Banyak barang pulak yang aku angkut dari rumah. Sambil mengemas,mulut dok menyembang dengan rumate yang lain. Kami berempat memang jadi rapat lepas tu. Pi mana pun bersama.

Esok tu,dah start 1st day class. Baju pun dah siap iron. Paling aku syok masuk MRSM ni, baju dia kaler lawa. Ada dua jenis. 

Baju kurung peach,kain warna coklat...Dan lagi satu, baju macam pengawas biru tu. 

Oleh sebab esok ada perhimpunan rasmi,so wajib pakai baju peach+coklat.

Aku memang tak boleh tidoq malam tu. Teringat rumah beb! Aku letak gambar mak ayah kat tepi bantal. Menangis kot. Baru sehari sampai,dah rindu. Nampak sangat homesick teruk. Huhuuuu..

Nanti sambung balik cerita macam mana hari pertama sekolah,aku dah terbeliak biji mata. 

Sekian... Annyonghi gyeseyo :))




©