The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK
















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Alahai sedihnya kawan macam ni..




Lama tak menulis pasal bab kawan ni. Ok aku ada cerita. Moga jadi pengajaran buat kita :)

Bila kita berkawan ni,macam-macam ragam yang kita boleh jumpak. Macam-macam jenis perangai pun ada jugak. Tapi tanpa kawan,jadi kera sumbang la jawabnya.

Tapi aku agak kecewa dengan seorang kawan ni. Kawan aku tu girl. Lawa dan baik. Memang agak rapat la dengan aku. Kadang-kadang kalau ada test,kami study sekali. Tapi semua tu sebelum dia ada someone special. Sejak dia ada pakwe,semua berubah sekelip mata.

Aku ingatkan bila dah ada kekasih hati tu,dia still ok dengan kami. Kira pandai bahagi masa antara kawan dengan pakwe.Aku silap rupanya. Dia lebih mementingkan lelaki tu. Kat mata dia,just lelaki tu. 


Sekarang ni,masuk kelas pun lambat. Balik kolej pun lambat. Aku malas nak pikiaq pasal kawan aku tu sebenaqnya tapi bila tengok dah macam teruk ja,aku dengan kawan baik dia lagi sorang try la bagi nasihat kat dia. Tapi macam cakap dengan batu. Cakap dengan kucing pun,dia miau lagi tau. 

Bukan sekali nasihat,dah tak larat nak bilang berapa kali kami talk dekat dia. Exclusive lagi tau. Tapi macam angin yang kabarkan saja kata-kata kami tu. Tak dak yang masuk dan melekat kat hati dia.Dan aku paling pelik sekali,awat dia lebih pentingkan lelaki tu? Why?why??

Bila dah fedup sangat,aku dengan kawan-kawan yang lain buat tak tau ja sekarang. Ok la kami ni just kawan.Tak layak nak bagi nasihat kat dia sebab dah ada "suami" la katakan. tapi dia tak rasa ka kami ni still amik berat kat dia? Kami nak jaga dia dari terlibat dengan benda-benda tak elok. Tapi kawan aku tu macam dah tak nampak semua tu. Mata hati dia dah buta dengan cinta.


Aku tak larat dah nak terus layan kawan macam ni. Sedih tau. Kita cakap, buat tak tau. Time susah nanti,kawan-kawan la ang cari jugak. Time gaduh dengan pakwe,tau pulak nak mai bilik aku,sampai menangis bagai. Nasib dia jumpak kawan aku yang lagi sorang tu. Kalau dia mai jumpak aku,memang aku buat tak layan ja. 

Tapi memang aku buat tak tau sangat pun. Bila cakap baik-baik, tak mau dengaq. Ohh lupa lagi.Aku ni just kawan ja.Sedar tu.Tapi aku memang tak suka kalau time dia dah ok dengan lelaki tu,kami ni konpem dia buat macam tak nampak je. Bara hati aku time tu.

Well...aku dengan kawan-kawan yang lain just mampu berdoa ja agar dia berubah. Kami tak kisah dia nak kapel dengan sapa pun,serius tak kisah tapi kami amik kisah pasal diri dia tu ja. Tu ja..Aku rasa dia still beruntung sebab ada jugak yang nak amik kisah pasal dia. Kalau orang lain,aku tak tau la. Buat hal sendiri la kot jawabnya.


Sori sebab post yang panjang lebar ni. Bila dah lama sangat terbuku kat hati pun,makin sesak jiwa pulak aku rasa. Aku tak dak niat pun nak buka aib kawan aku tu tapi ni la poblem remaja sekarang. Selalu sangat ikot cakap hati.

So hargai kawan-kawan sekarang.Sebelum mereka start buat tak tau ja,then baru la sedar, YOU'RE ALONE RIGHT NOW

Ok dah..Annyonghi gyeseyo :)


©