The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
#2 Story: Tugas sebagai Pelajar bermula!




11 Februari 2009

Pukul 5 pagi,aku dah bangun. Terdorong dengan semangat pun ada, dan rasa takut tak dapat mandi pun ada. Aku ingatkan tak dak orang lagi. Ceh! Rupanya dah ramai yang dok tunggu dalam toilet. 

Benda yang leceh ialah bila terpaksa tunggu turn. Paling tak ok bila ada student yang dah macam terlentok dalam shower tu. Lama gila nak tunggu! Ni la kehidupan berasrama. Sabar tu perlu ada :))

Dah siap semua,kami satu bilik turun pi makan. Time tu,tak tau kena turun pi Subuh kat surau. Time kat dewan makan ni la baru nampak betapa ramainya manusia. 

Aku tak ingat kami ada perhimpunan pagi ke tak. Tak pa.Tak pa. Pagi tu kami masuk kelas. Penat cari. Rupanya kat tingkat 2. Ternganga aku. Macam bilik study kat library dah aku tengok kelas ni.




Ada loker ohhh...Meja kedabak besaq. Oleh sebab tak dak buku lagi,kami cop loker dengan letak nama masing-masing. LAWAK OK!Macam budak tadika ja dok berebut loker. Kelas memang selesa habis la. Bertuah aku masuk sini.

Minggu 1st ,macam minggu orientasi la. Ceramah sana-sini. Taklimat kursus, subjek, memang boring. Tahan la sat. Ada 4 subjek tambahan yang boleh diambil.

1.Perakaunan
2.Reka Cipta
3.Pendidikan Seni
4.Sains Tulen (tak amik subjek tambahan di atas)

Aku? Aku tak ambil apa-apa so aku masuk sains tulen dengan 9 subjek ja. Tu pun dah rasa semput sebab aku tak suka FIZIK dengan ADD MATH!


Koridor blok akademik


Benda yang paling aku pelik,1st time perhimpunan rasmi waktu petang. Memang terbaik la sebab time tu la waktu kronik gila. Start pukul 2 petang. Sejam yang pertama,ok lagi..Dah masuk pukul 4,mata dah kuyu. Nasib la perhimpunan habis pukul 5. Paling best, perhimpunan yang dapat duduk atas kerusi.Hehehehe ^^,

*Best nak tidoq pun sebab duduk*

Setiap minggu,tak semestinya ada perhimpunan rasmi. Kami ada perjumpaan homeroom or keluarga pelajar selang seminggu. So time homeroom meeting,memang best sebab time tu la bebas nak bersembang dengan cikgu homeroom a.k.a abah kami yang hensem!Heehe..Cikgu Azizul.


Cikgu Azizul

Kehidupan sebagai pelajar dah start bila masuk minggu ke 2. Time tu la dah start prep petang dan malam,homeworks,amali... Bila ada kokurikulum hari Rabu,memang malam tu penat gila nak bukak buku pun. 

Selalunya,tak cukup sangat masa study time prep sebab menyembang banyak dari buat keja. Habis prep,bertapa la dalam bilik dengan rumate buat homeworks.Hahahaha.

Minggu ke 2,kelas masih sama dengan 1 homeroom yang lain. Lepas masing-masing dah pilih subjek tambahan masing-masing,semua berpisah ikot kelas kursus tu. Kelas aku sebelum dirombak ialah 4B. Bila dah berubah,aku tercampak masuk kelas 4G,kelas sains tulen ja.

Ohhh..kami ada satu minggu dipanggil Minggu Aktiviti. Minggu ni dibuat lepas masuk semester baru. Dah macam u pulak MRSM ni.Hahaha. Memang gempak dan best sebab seminggu tak belajar. Padat dengan macam-macam aktiviti yang dikendalikan oleh Badan Wakil Pelajar (BWP) dan guru-guru.


Pemandangan Gunung Jerai dari kelas aku :)

Oleh sebab aku hanya aktif bergambar time form 5,so aku just cerita time Minggu Aktiviti masa form 5. Nanti la di entry yang lain.

Sekian... Annyonghi gyeseyo :))

Entry lepas:

#1 Story: Merbok...Here I Come..!




©