Assalamualaikum..
Nampak tak kat header aku ada rama-rama tengah terbang? Ececeh..konon la blog aku ni taman bunga. Hehehee..
Thanks to Dieyla sebab buat tutorial tu. Excited kemain aku nak letak jugak flies butterflies kat header. Kira nampak la baru sikit blog aku ni. Nak tukar blogskin malas la pulak sebab tak dak masa nak godek-godek coding ni.
Nak letak rama-rama jugak kat mana-mana blog hampa, boleh la pi jenguk SINI.
Credit to her..Thanks! ^^,
Assalamualaikum...
For those yang memang kaki tengok drama korea or kpoppers ni,of course tau pasal "ullzang girl" kan?? Terutamanya Sasaeng fan sebab banyak ullzang girl yang kena gossip dengan idol diorang.. ewwwww..
Ullzang (Eoljjang in Korea) ni maksudnya "best face" or "good-looking". Mostly ullzang girls or boys ni model sebab muka diorang yang "cute" tu..asli ke or plastik?? Hahahaa.. aku tak tau sebab tak pernah ambik tau pun.
Aloloooo..tomeynyerr.! But seriusly macam anak patung hidup kan? Tak payah terkejut la sebab sekarang ni dah jadi trends girls or boys kat Korea dah mula buat pembedahan plastik just untuk nampak macam idol diorang! Tak bersyukur betul dengan anugerah yang ada..
Gambar kat sidebar aku ni pun ullzang girl jugak.. Hehehee.. Saja gedik bajet cute kononnya.. -_-"
Motif post ni bukan nak promote diorang just nak gitau,muka cantik tapi perangai buruk, tak dak maknanya jugak sebab keperibadian tu yang orang tengok.
Pembedahan plastik tu HARAM ye kalau saja-saja untuk kelihatan cantik tapi DIHARUSKAN kalau ada sebab yang boleh diterima,contohnya muka terbakar sampai tak nampak wajah sampai orang pun takut nak tengok. Aku dah tanya ustaz aku pasal ni dan kebetulan aku pernah buat presentation pasal 5 Asas Qawaid Fiqhiyyah.. Kalau nak tau lebih jelas, boleh rujuk mana-mana orang yang lebih arif pasal hal ni.
Sekian tu saja.. Assalamualaikum.. :))
Jadilah diri sendiri..Itu lebih baik.. ^^,
Assalamualaikum..
Pagi-pagi camni,aku rasa macam nak tulis satu benda yang dah sememangnya dah basi. Tapi basi-basi pun, still ada orang yang tak tahu ataupun sengaja buat tak tau. Bila dah terkena, baru la nak kata,
"Oh,menyesalnya.. Kalau la aku... bla..bla..bla.."
"Kalau dulu aku berhenti awal-awal,hidup aku akan..bla..bla..bla.."
Ya aku nak tulis pasal merokok. Oleh sebab aku ni amik kos kesihatan persekitaran, ada subjek berkaitan dengan Health Education and Health Promotion. Memang educate orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka yang berharga tu.
Bila merokok, macam-macam penyakit boleh dapat. Penyakit yang kronik pulak tu. Bila dah kronik, memang susah nak diubati sebab dah kritikal. So better berhenti awal-awal kalau tak mau kena penyakit macam tu. Ingatlah orang tersayang.. Hidup ni cuma sekali dan hargailah selagi masih ada peluang :)
Oh yea.. for those yang kaki merokok tu, better check out pasal jenis-jenis rokok yang korang hisap tu. Mana tau rokok tu tak sah. Bila tak sah, konpem banyak bahan yang terlarang dan sangat bahaya untuk kesihatan. Boleh check kat -----> SINI
Rokok tu tak dak maknanya boleh release tension.. Hapuskan ia sebelum terlambat!
Sekian itu saja dari aku. Nanti aku sambung tulis balik. Nak siapkan assignments sat :))
Assalamualaikum...
Nak menang Samsung Galaxy terkini dengan percuma?? Jom join contest dengan Digi di SINI!
Assalamualaikum..
Tudiaaa..baru terasa nak tulis kat sini. Selama ni buat tapeduli je. Time aku menaip ayat ni pun aku blurr tak tau nak tulis apa.. Poblematika betul la! Hehehehee...
Ok esok dah start cuti midsem! Pergghh...cuti 2 minggu ja tapi assignments yang aku dapat ni banyak jugak la. Sampai kena buat list takut terlupa time cuti ni. Maklumlah, nama pun cuti kan. Mana nak ingat kerja-kerja assignments ni. Hahaha.
Ohh yeah.. Saja la gedik nak habaq ni.Aku ada buat satu blog baru khas untuk join GA or contest. So kalau ada sapa-sapa yang nak ajak aku join,boleh la pi tinggalkan link kat SINI . Memang tak campur la dengan blog a.k.a diari aku ni. Eececeeh.. diari la sangat -_-"
Ok yang tu ja kot nak tulis hari ni. Banyak benda nak tulis tapi tak tertulis kat sini. Lain kali la. Cuti mid-sem ni pun dah tak macam cuti je. Hehehe.. nak cuti banyak-banyak, buat universiti sendiri la,kan?? Kekekeee..
Sekian.. Assalamualaikum :))
Assalamualaikum..
Aku tak dak apa nak cerita kat sini just terkejut bila bukak fb tadi. Kimi Jamai masuk newspaper! Tahniah la bro. Tabik sama lu sebab lu suka English tapi aku dak pun. Hahahaa.. Moga-moga cita-cita yang diimpikan tercapai. InsyaAllah.. :))
Hebat2 semua kawan-kawan aku ni. Bangga sat dengan hampa semua.Huhuhuu.. ^^,
Sumber
p/s: Aku bila pulak kan nak masuk newspaper ni..hahahaha *berangan je la*
Assalamualaikum...
Stressss! Bak kata Kang Gary (Running Man)..
Tau la dah masuk tahun kedua ni tapi masa still aku tak pandai nak adjust sendiri. Rasa nak berubah jadi lagi rajin tu ada tapi poblem aku sekarang,aku selalu ja letih dan tidur awal. Cehhh..memang tak study la jawabnya.
Assignments memang aku tak mau kata apa-apa sebab sentiasa beranak-pinak sampai tak sempat aku nak siapkan satu-satu. Aku redha sebab ni la cabaran sebagai seorang pelajar. Nak berjaya,kena berkorban sikit.
InsyaAllah,sem ni memang banyak aktiviti yang best. Sekali lagi aku kena buat paperwork untuk lawatan akademik dan program orientasi dengan juniors tapi dek sebab ada hamba Allah yang baik hati nak tolong,aku serahkan paperwork kat dia dan aku just jadi penolong pengarah program ja. Sebab aku pun busy dengan hal sendiri.. Thanks so much bro! ^^,
So,En Stress..mohon shuhh jauh2 dari aku.. Aku nak diet ni. Bila aku stress,aku melahap banyak doeh.Hahahaa..poblem2
So sekian..Assalamualaikum :)