Friday, August 23, 2013

Masa yang sakan dok kejar aku!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo!!

Aku sebenarnya baru balik dari Selangor dan Negeri Sembilan dua hari yang lepas. Macam biasa,setiap sem mesti wajib ada study field trip. Ada 3 tempat yang kami buat lawatan kat sana. Yang paling best, kami pi melawat kilang Yakult kat Seremban. Tapi pasal ni aku ceritakan kemudian la. Lepas balik daripada cuti raya haritu, aku ada lawatan jugak hari Khamis (15/8/2013) tapi dekat area Seberang Perai dan Nibong Tebal ja. Tempat yang aku pi kat sini ni memang sangat "best" la. Tu pun kalau aku rajin,aku tulis la pasal tu. 

Dan aku nak pesan la. Kalau time baca entry aku pasal lawatan tu, jangan baca sambil makan. Ada unsur yang tak patot untuk dilihat time makan. Sampai sekarang, kepala aku still dok terbayang site tu. Ehh banyak gambar yang aku nak kongsikan dengan hampa semua tau.

Esok jugak la,program yang aku conduct selama sebulan ni akan dilaksanakan. Even ada poblem yang tetiba ja muncul,kena cool dan rilex ja untuk solve poblem tu. Jadi Pengarah Program ni memang mencabar segala benda. Tapi aku memang banyak belajar la untuk jadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dan untuk conduct sesuatu program tu jugak. So hampa semua doakan noh supaya program aku tu berjalan lancar dan berjaya.

Ohh yeaaa..nama program aku tu "Recycle Day: Don't Trash Our Future". Penat aku memikir untuk bagi nama program tu tauuu.. Eleeehh..bajetnyerr aku ni. Takdak nak pikiaq sangat la kan. 

Ok yang tu ja kot. Sori la aku cakap macam pa lagi. Nak pi blogwalking konon, tapi hampeh.. Aku try la sebab aku memang busy semedang. Tak tau la awat aku rasa macam penat gila untuk sem ni. Macam tak cukup kaki dan tangan untuk buat kerja dan pi sana-sini. Rasa bersalah gila sebab selalu sangat membazirkan masa untuk benda yang tak pekdah. Ya memang betul la,masa sakan dok kejaq aku. Dan banyak benda aku tengah siapkan dalam masa yang singkat tapi selalu tertangguh. Hate this situation so much! Aku tak pandai nak disiplinkan diri aku beb!


So sekian.. Assalamualaikum :))

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Mememberku!!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo..!

Aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua kawan-kawan yang mengenali aku tak kira di Malaysia or perantauan sana. Maafkan aku kalau dalam dok menulis kat blog ni ada yang terasa hati mahupun hati tu jadi kecik. 

So Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin :))

p/s: Zain comel ja nyanyi giyomi dalam Setia Hujung Nyawa Raya semalam. Nak pujuk bini punya pasal.. Heehehheee :D

Tuesday, August 6, 2013

Friday, August 2, 2013

Kegilaan kembali menerjah!!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo!!

Selesai sudah 3 minggu yang buat aku temengah-mengah dan semput. Kaki macam tak cukup tanah ja nak berlari ke sana-sini selesaikan macam-macam hal. Test yang berderet-deret setiap hari setiap minggu memang buat jiwa aku kacau sat. Tu belum lagi hari nak final exam nanti. That why la aku tak sempat nak bukak blog ni.

Cuti balik raya ni memang heaven gila.. Bebas sat kepala aku dari serabut dengan aktiviti persatuan mahupun assignments. Balik rumah ni jugakla aku dapat makan nasi time sahur. Kalau kat kolej, standard la roti Gardenia sapu dengan mentega and tabur dengan gula. Alhamdulillah aku dapat jugak bangun sahur dan makan apa yang ada.



Aku rasa,balik cuti hampir seminggu lebih ni memang tangan aku rajin ja nak update blog. Kerja assignment tak ada la katakan untuk dibuat balik ni. Sebab balik ja kolej raya ke-6 nanti, ada dua tiga lawatan jugak la yang kos aku kena pi. Paling jauh sikit, pi Selangor dan Negeri Sembilan. So lecturer kasi rilex puas-puas dulu. Heheheeee..

Well, tu ja kot untuk malam ni. Ok wasalam :))

p/s: Aku akan datang menerjah blog-blog hampa nanti. Nantikannnnn... ^^,