Thursday, May 30, 2013

The Amazing Place in World 2






Annyeonghaseyo!!

 Aku nak bagitau something ni. Aku dah lulus test komputer kali ke 2! So dah boleh belajar bawak keta lepas ni. Hehehehe.. Aku nak sambung part kedua tempat-tempat yang memang best. 

Tulips in Snow, Jeremy Ranch, Park City, Utah

Corkscrew Falls, Hocking Hills, Ohio, USA

House of Axel Munthe, Capri, Italy..

Waterfall in Transylvania, Romania

Niagara Falls, Canada

The West Side of Taihang Mountain, Shanxi Province in China


Spring flowers on a hillside, Hokkaido, Japan

Cherry Tree Pond, Sakura, Japan
Lawa ohhh tempat ni terutamanya Cherry Tree Pond ni. Boleh jadi tempat pi honeymoon nanti. Oiii gatalnya! Hehehehe.

Ok yang tu yang sempat aku kongsikan. Nak banyak lagi,hampa google la sendiri noh ^^,

Kalau aku rajin,aku akan kongsi pulak aksi lawak haiwan. Ok sekian.

Annyeonghi gyeseyo :)



Friday, May 24, 2013

Saya nak Blogger Card Running Man | Song Ji Hyo






Annyeonghaseyo!!

Sapa minat Running Man,sila menari macam Kwangsoo!Hahahaa.. Ok tadi jenjalan kat blog lain,terjumpa segmen ni. Menarik mehh.. Aku nak join untuk semua blogger card member Running Man.

Berminat?Sila la klik banner untuk join yep. ^^,

Sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))



Thursday, May 23, 2013

UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam: Welcome Juniors!





Annyeonghaseyo!!

Well..dah keluar dah pun result UPU untuk pengambilan 2013 kan? Aku tau pun agak lambat sikit. Hehehee.

So sapa yang dapat kos kat Uitm Pulau Pinang Kampus Bertam? Konpem ni yang dapat kos sama ada kos Kesihatan Persekitaran, Teknologi Makmal Perubatan or Farmasi. Tahniah ya adik-adik. Kami warga Kampus Bertam mengalukan kedatangan anda semua. Hehehe.

Ok aku nak cerita serba sedikit pasal kampus ni. Pasal kampus Permatang Pauh tu nanti hampa tengok sendiri la time minggu Destini Siswa or MDS or boleh baca di sini tapi ni time waktu malam la. Pembantu pelajar akan bawak hampa tawaf satu kampus nanti. Dan aku nak pesan,pakai kasut sukan sampai habis MDS kalau tak mau kaki tu melecet teruk. Hahaha.Serius ^^,

Nanti dah start kuliah,hampa kena naik bas untuk mai Bertam ni. Kita tak dak kolej lagi Tapi jangan risau sebab kolej tengah dalam pembinaan. So sekarang ni,sabar banyak-banyak kena bangun awal-awal pagi untuk naik bas pukul 7. Kampus ni kecik ja so memang hampa akan selalu bertembung dengan kawan-kawan dari kos lain. Sampai hampa boleh tau la diorang tu amik kos pa. 

Paling best belajar kat kampus Bertam ni, semuanya dalam air-cond! Termasuk tempat makan. Mostly student akan bergerak dalam bangunan ja. Memang tak akan kena panas matahari kecuali nak pi beli makanan nanti kat kafe.Tu pun sebelah bangunan akademik ja. Tak jauh pun. Sebab tu la,kalau ada kelas tiba-tiba kat Permatang Pauh,mengeluh sakan sebab panas yang terik. Ni la orang panggil "MENGADA" sebab selalu dalam sejuk ja. Hahaha.

Kemudahan dalam kelas memang standard terbaik! Semua kelas ada LCD dan ruang kelas yang lebih besar. Memang selesa la. Dan jangan terkejut kalau time hampa tengah membuang hajat di toilet,akan terdengar lagu terpasang kat speaker di siling toilet. Rupanya, radio terpasang kat speaker. Aku pelik jugak tapi buat tak tau je la. Kadang-kadang kalau lalu kat kaki lima depan kelas,memang jelas akan dengar lagu. Nice right? Hanya di Bertam. Hehehehe :))


Yaya is going somewhere....untuk beli cekedis.heheehhe..
Btw,ni laluan untuk ke lab :)



Nobody!!Memang laa..time ni suma ada kelas. Aku ja kaki rayau.Hahaha.
Ni lab untuk student farmasi..For student MLT dan Envi, lab kat tingkat atas.


Sebenarnya,kampus ni mula beroperasi tahun 2011. Memang baru sangat la. Dan aku adalah batch yang kedua. Barang-barang pun masih baru dan bau plastik tak hilang lagi tau. Environment sekitar kampus ni masih ok dan tak tercemar lagi dengan pembangunan yang maha pesat. Bak kata,masih dalam proses membangun. 

Sesi buang masa beramai-ramai dengan bergosip!Hehehee..
Aku nak tunjuk gambar keadaan kelas sebenarnya...erkkkk



Ni baru betul gambar kelas.. Kemas ja.Kekeke..





Yang tu ja kot yang sempat aku kongsikan. Nak letak banyak gambar lagi,terasa malas nak edit banyak2 la pulok. Dan loading pun lambat ja nanti. So hampa mai sendiri la nanti dan rasakan macam mana belajar di sini. Serius best gila sebab akan rasa macam duk dengan 1 famili yang besar. Lecturer memang sporting habis dengan student. Memang berbeza sikit dengan Kampus Permatang Pauh sebab kat sana sesak dengan ramai student engineering dan perhotelan. Di Bertam,tak sampai 1000 orang pun. Jiwa tenang sikit dengan tak ramai orang sangat. Hahahaha :))

Ok selamat menyambung pelajaran dengan pilihan kos masing-masing. Buatlah keputusan yang bijak ok?

Sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))




Tuesday, May 21, 2013

The Amazing Place in World 1





Annyeonghaseyo!!!

Dua tiga hari jugak aku tak update blog. Dan lama jugak aku tak blogwalking. Problem aku sekarang ni la yang membataskan aku untuk selalu online.Tapi tak pa. Chill ja babe! Bila aku online,aku suka godek-godek gambar yang menarik di FB. Boleh dikatakan tu la hobi bila free time.

Aku saja nak share gambar-gambar yang aku jumpak ni. Nak menulis,tak ada idea sangat. Hehehe ^^,

Hundreds of Floating Umbrellas Above a Street in Agueda, Portugal


Lady Musgrave Island, Great Barrier Reef, Australia.



Jacuzzis of Mt. Roraima

Cave Hotel in Cederberg Mountains, South Africa


Hobbiton, New Zealand.


Tosua Pool, Samoa 


Burj Khalifa, Dubai

Sumber: Facebook


Sambung lagi di Part 2..

Sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))



Wednesday, May 15, 2013

Netbook yang tertelan air sirap -_-"






Annyeonghaseyo!!

Aku tengah bersedih ni. Dan kesedihan ni la punca aku tak berupdate blog 3 hari ni.. Ni berkaitan dengan netbook kesayangan aku. Dan kucing aku jugak terlibat dengan kes ni. Ok meh aku bagitau.

Time aku tengah sedap dok buat aiskrim kat dapur,aku dok la sambil tengok cita Harry Potter. Sebab boring punya pasal,aku angkut netbook masuk dapur sekali. Ye la. Buat aiskrim punya la lama. Kena dok statik kat satu tempat.

Sebelum tu,aku letak ikan kat kabinet tepi sinki. Nak masak la lepas tu,kononnya la. Kucing adik aku ni,Si Putih memang selalu buat aku naik darah. Dalam aku dok leka buat keja,tetiba ja kucing aku ni panjat untuk makan ikan. Mau terkejut dan aku terus nak pecut lari selamatkan ikan tadi.

Nasib tak baik bila aku tersepak sejug air sirap time berlari ke sinki. 

Paling malang,air sirap tu tertumpah atas netbook aku. Warghhhhhhhh!! Blackout terus netbook. Paling sadis bila angkat netbook,bercucuran sirap meleleh jatuh. Aku tengok Si Putih macam nak rebus dalam air hangat ja time tu.



Kesian pulak aku tengok Si Putih. Maybe dia lapaq tahap maksima tapi aku rendam ikan tu pun untuk dia jugak. Haiyaaaa.. Terus aku amik netbook dan simpan dalam bilik. Sedih gila time tu.

Aku moody sat seharian. Aku tak salahkan Putih sebab dia kucing kot. Mana ada akal. So kita sabar je la. Memang aku jarang nak update blog pakai komputer rumah ni. Malu la nanti mak ayah tengok kita update apa. Hehehheehhehe..

Ok tu ja aku nak habaq pun. Sekian.

Annyeonghi gyeseyo :)


Saturday, May 11, 2013

Just 11 things about me :)





Annyeonghaseyo!!

Jeng..jeng..jeng!! Hari ni aku nak  main game. Yep game tag-tag tapi kali ni aku tak ikot rules yang sebetulnya. Tak sempat aku nak cari blogger untuk tag.Hehehehe..

Thanks to Kak Nana dan Budak Vanilla sebab tag saya! Hahaha..ingat jugak kat ceq noh.Ok jom start!

11 things about me

1.  Suka yang simple-simple ja. So boleh tengok la keadaan blog aku ni. Hehehe.

2. Aku suka berkawan. Tapi aku tak pandai nak start perkenalan tu. Thats why kadang-kadang ada yang kata aku sombong. TT_TT

3. Bukan k-popper yang tegar sebab aku just minat satu group ni ja iaitu Big Bang. Paling aku minat,G-Dragon.

4. Aku suka baca buku yang ada unsur fantasy dan fiction. Ala-ala magic blackout fairytale tu. Tapi kalau terlebih rajin,aku baca ja buku pasal peperangan dan sejarah hidup tokoh-tokoh terkemuka.

5. Suka amik tau pasal gadget-gadget yang terkini di pasaran.

6. Aku jenis yang tak suka bershopping.Window shopping pun lagi la tak.Buat penat kaki ja. Hahahaha.Ini kenyataan yang benar.Mohon PERCAYA! ^^,

7. Tak suka makan coklat. Tak tau kenapa tapi akan rasa mual bila makan coklat. Dan hal ni menyebabkan kawan-kawan pandang pelik kat aku. Manusia apakah yang tak makan coklat???

8. Aku ni jenis sempoi. So aku lebih suka guna "aku". Tak formal sangat. Hehehe ^^,

9. Aku tak suka budak-budak. Kalau baby,yes aku suka :)

10. Orang selalu cakap aku ni jenis kasaq tapi hakikatnya,aku ni lembut di dalam. Belum kenai,belum tau -_-".. Depa tengok luaran ja.Selalu salah paham.Huhuuuu..

11. Karakter aku dalam blog sama ja dengan dunia realiti ni. Tak dak beza sangat. Tapi kalau jumpak face to face dengan blogger lain,aku akan jadi kucing betina yang malu-malu badak.Hahahahahaha :P

Ok sekarang untuk jawab soalan yang dah ditag oleh 2 orang blogger iaitu Kak Nana dengan Budak Vanilla.


:: Soalan Kak Nana::

1. Hari Ibu ni awak sambut ke? Awak nanti bagi hadiah apa?hehe

Saya tak sambut Hari Ibu. Tapi akan bagi hadiah jugak sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Hadiah bunga yang dibuat sendiri oleh saya dan adik :)

2. Awak panggil ibu/mak/mummy/mama/ummie/ama?

Panggil mak. Tapi kalau nak manja dan gedik-gedik dengan mak,panggil mummy. Hehehe.

3. Awak anak abah ke anak mak? baik mengaku..hoho

Saya anak emak dan ayah ^^, ..Serius tak tipu.Heeehehe

4. Dalam banyak-banyak negeri kat Malaysia,yang mana awak teringin sangat nak pergi?

Ingatkan negara tadi.Baru nak list panjang-panjang. Haha. Saya nak pi Terengganu. Opssss!!Hehehe

5. Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia? (teka teki sikit..hehe)

Errrrr... otak slow sikit kalau suruh pikiaq pasal teka-teki ni. Jawapan dia pa,kak Nana?Hehehehe

6. Awak kuat makan tak? hee..

Memang kuat makan pun. Serius! Kuat makan angin. Pastu lepas makan,mesti la nak buang kan? Kekekeke

7. Awak belek-belek blog saya,ada tak kurang apa2? hehe..jangan risau me tak marah..

Tak dak pa yang kurang. Semua ok ja. Ringan,kemas dan sedap mata memandang :)

8. Dalam kalangan famili,awak mesti ada nama manja kan? hehe..

Huhuuu..sob3. Saya tak nama manja. Tapi kalau kawan-kawan,banyak nama manja yang depa bagi. Antaranya,CB (Cik Bebel).Kureng asam jawa punya kawan -_-'

9. Raya tahun ni tema apa? haha.. :P

Turquoise maybe?? Tak bincang lagi dengan suami famili. Hahaaha

10. Awak suka sukan/game apa..? Aktif tak dalam sukan masa sekolah/u?

Memanah or boling. Tak aktif sebab saya ratu lilin.Dok bawah khemah ja sambil ditemani air 100 Plus beberapa botol. Kalah atlit tau. Hehehe

11. Soalan-soalan saya susah tak? hee..~

Ehhhh..susah gila. Hahaha.Tak da la. Soklan yang sempoi dan boleh dok gelak sorang-sorang time nak tulis jawapan.Hahaha ^^,





::Soalan Budak Vanilla::


1.  apa pendapat korang pasal blog BudakVanilla nie. *bagi komen membina sikit nanti belanja cekedis seketul*

Seketul ja cekedis?Pun boleh.Hahaha.. Blog awak comel dan cantik. Pastu, susunan kemas ja :))


2. bagi pendapat korang macam mana perangai BudakVanilla berdasarkan cara penulisan dalam blog nie. :)

Seorang yang happy-go-lucky? Kalau silap,mohon maaf.Heehhehehe :)


3. apa hobi dan cita2 korang masa kecik2 dan sekarang? bandingkan. hee

Masa kecik2:
Hobi---> Main kereta lumba dan polis tembak-tembak dengan jiran sebelah rumah.
Cita2--> Angkasawan...pergghhh tak tahan dengan jawapan ni.Hahahaha.

Sekarang:
Hobi---> Makan,tidoq,online... -_-"
Cita2--> Pegawai Kesihatan Persekitaran or Doktor Kesihatan Awam ^^,


4. korang suka baca buku apa? novel? komik? buku ilmiah?

Novel fantasy macam Harry Potter dan seangkatan dengannya. Lepak dengan komik or novel time tak dak sumber bacaan lain. Lain kata,bila terdesak dan  boring sangat2.Hehehe.


5. apa yang korang tau pasal anime. muehehe

Anime ni mata-mata depa comel dan besaq2 belaka. Muka pun runcing ja. Dan anime ni mai dari Jepun.Kekeeke ^^,


6. mimpi manis korang yang paling korang ingat? :)

Aku  dengan sorang mamat ni buat kerja rumah sama-sama. Aku tak kenal lelaki ni dan tak pernah jumpak sebelum ni tapi yang pastinya kami dah kawin time tu sebab tinggal serumah dan ada parent aku sekali. Perasaan aku time dengan lelaki tu,rasa tenang dan happy ja. Bila bangun,situasi tu aku ingat tapi muka lelaki tu hilang terus dari ingatan aku. Petanda apakah??


7. kalau diberi peluang nak pergi mana2 tempat didunia. korang nak pergi mana n kenapa 

Negara Perancis sebab ada Eiffel Tower. Aku nak tengok romantik sangatkah bila pi sana? Nak try rasa tengok.Hahahaa.


8. kalau lah wujud si pari2 yang menunaikan tiga hajat korang. apa tiga hajat tu?

a. Semua benda kat dunia ni free dan tak payah pakai duit. Senang tak payah susah pasal ptptn ka,minyak harga mahal ka..apa-apa ja la. HEHE

b. Apa benda yang aku nak,semua dapat dalam sekelip mata. Macam petik jari, terus muncul. Tudiaaa..dongeng gila -_-"

c. Aku nak semua orang sayang aku dengan ikhlas. Bukan sebab benda or apa-apa ja :)


9. kalau korang diberikan peluang untuk jadi satu watak dalam filem yang korang minat. agaknya watak siapa tu dan filem apa? :D

Watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter. Kahkahkah!


10. Sebelum tido malam2 korang suka buat apa? sebab?

Baca buku yang tebal-tebal sikit.Lepas tu,baca doa tidoq dan ayat Kursi supaya terlindung dari gangguan syaitoonn..


11. nyatakan beberapa perangai korang yang dirasakan pelik tetapi benar *hehehehe*

Pelik?? Rasanya banyak tapi malu pulak nak sebut di sini.Hehehe ^^,



Selesai sudah menjawab soalan-soalan yang ditag oleh Kak Nana dan BudakVanilla. Sori la tak dapat nak ikot rules sebab tak sempat nak cari blogger untuk ditag. Hehehe.. Tapi seriously soalan depa ni memang best!

Ok sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))



Thursday, May 9, 2013

Alhamdulillah...Result oh result!!





Annyeonghaseyo!!

Semalaman aku berdebar dok tunggu ni. 

Nah! Hari ni,pagi-pagi la aku dah check email. Gurlpp..Telan air liur bila tengok ada satu email dalam inbox.

Dengan berdebarnya,aku klik email tu. Terbeliak biji mata aku sat. Result dah keluar la!

First,mata aku meleret tengok result setiap subjek. Alhamdulillah,lulus semua! Aku bersyukur banyak-banyak sebab aku agak aku kena repeat untuk sem ni. Tapi mostly semua lepas apa yang aku target.

result......



Lepas tu,tengok pointer pulak. Adoii..down pointer aku kali ni. But alhamdulillah,still above 3.00.. Tapi benda apa la yang aku nak cakap sama mak ayah dan penasihat akademik aku ni. Sebab pointer jatuh bukan sikit,tapi macam dah terguling jatuh bukit! *bukan jatuh gaung lagi* HEHEHE..




Pulun lagi untuk semester depan.Kena cover balik untuk sem ni yang dah KO sikit. CPGA still kena maintain highest mehh.. Tapi sem depan,lagi kena banyak baca dan ingat!

Tudiaaa..belum apa-apa lagi dah mengeluh.Hahaha.Teruk teruk..

Ok now,aku dah boleh say BYE BYE to Anugerah Naib Canselor.. Sebab sem ni tak dapat kekalkan dekan. Semangat down sikit. Aku dah try maintainkan pointer ni tapi tak dapat. Tak pa. Ada hikmah di sebalik semua ni :))

Bersyukur dengan apa yang dapat ni..Alhamdulillah..


Our greatest weakness lies in giving up.The most certain way to succeed is always to try just one more time.

~Thomas A. Edison~

Tapi aku terima ja result aku yang macam tu sebab aku pun banyak jugak main-main. Nak membaca,malas.. Aku buat Calculus ja. Sebab tu,yang lain hancusss.Kekekeke ^^.

Tahniah kawan-kawan yang dapat dekan sem ni. Try maintain sampai habis sem. Yang kurang ok tu,tak pa. Try da best for da next sem. 

Ececeh..banyak menulis pulak aku ni.Hahaaha.

Ok sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))

p/s: Hari ni paling busy dengan notification kat fb,twitter dan phone sebab nak amik tau pasal result orang lain punya pasal.Hahahaha >_<



Friday, May 3, 2013

Student dalam kelas memang macam ni -_-"





Annyeonghaseyo!!!

Dalam kelas, aku akan buat muka macam yakin dan paham. Nak mengelak daripada kena tanya soalan daripada cikgu or pensyarah la katakan.Tabiat ni dah sebati dalam diri sejak sekolah rendah lagi.

Tapi bila masuk kuliah,ada pensyarah yang baik hati sangat.Hahahaha..Dah habis sign untuk attendant kelas,beliau akan amik dan tanya soalan berdasarkan nama dalam list!

Kecut perut weyh..Mau naya bila aku terlelap sat. Macam kena kejutan elektik ja bila dengar nama kena panggil jawab soalan. Mula la terserlah muka blurr depan pensyarah. Malu siak lorh -_-"

Btw,aku ada terjumpa satu lawak dalam satu page ni, MJSC Gags. Ada kaitan jugak la dengan post aku ni.Hahaha..




Memang bagus kalau cikgu tanya soalan dalam kelas. Baru tau mana bab yang kita lemah dan tak paham lagi. Ni tak,boleh pulak buat muka yakin bebenor. Mai exam,nganga beramai-ramai. Kekekkeeeke..Ni kata untuk diri sendiri ^^,

Ok sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))


::SALAM JUMAAT::

Thursday, May 2, 2013

Blog direview Fara Hani :)




Annyeonghaseyo!!

Just entry pendek.. Thanks to Fara Hani sebab sudi review blog saya yang tak seberapa ni. Post pun main bedal ja tulis ikut kepala hati. Hahaha..

Dia ada komen pasal widget follower yang aku tak letak sebelum ni. Tu la pasal. Aku ni malas sebenarnya nak letak. Tapi tetiba rasa satu kerugian pulak kalau tak letak. So aku edit balik blog ni dan letak di sidebar sekali dengan Google+ (^^,)

Nak tengok dia review apa lagi? Meh terjah-----> SINI

Sekian.. Annyeonghi gyeseyo :))


p/s: Just called me Hoshi or Cikumi. Kekekekee :))

Hoshi Akemi means the bright and shining stars


Wednesday, May 1, 2013

#3 Story: Form 5 yang super busy + Sukan pertama!



Form 4 berlalu cepat sungguh.. Pejam celik,pejam celik,dah masuk Form 5. Dan dah masuk jugak era SPM. Cuak berdouble-double.

Homework makin bertambah. Belum lagi masuk Gerak Gempur setiap prep petang. Malam ja boleh buat homework dengan study. Insaf banyak la bila masuk Form 5 ni. Jarang dah bergosip bagai. Semua dok pulun dan fokus kat study. Sampai bising sikit, pun,tak boleh.

Benda yang lawak sekali bila prep malam. Semua student Form 5 study dan memang aura tension tu kuat ja.

Bila ada junior-junior yang buat bising,nanti mesti akan dengaq satu jeritan nyaring. Sah la LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) tengah bengang sebab bising sangat! Kan dah kena.Hahaha.

"Boleh TOLONG DIAM,tak? La ni waktu prep,bukan waktu untuk bising!"kata abang Form 5 yang jugak seorang LDP :))


Pemandangan sekitar maktab


Aku pun dah masuk mood stress. Subjek Form 4 dah la susah untuk aku. Tak cover lagi sebab dok busy dengan subjek Form 5 punya. Aku pun jarang dah spend masa untuk tidoq lebih-lebih macam dulu. Sebab asyik dok teringat buku ja. Haissshh..Terok bebenor.

Dalam dok busy study,kami tak pernah lupa untuk terlibat dalam aktiviti maktab. Masa Form 5,maktab aku buat kali pertamanya adakan Hari Sukan. Sebab sebelum ni tak pernah ada hari untuk sukan sejak tahun 2007.

Bagi aku,memang agak leceh sebab aku dah la malas nak join main bagai ni. Masa mula-mula masuk dulu,syok tak terkira sebab tak dak hari sukan.

Hari Sukan yang 1st time diadakan di MRSM Merbok (tahun 2010) ni,memang la agak serba kekurangan sebab masih dalam penambahbaikan untuk masa akan datang. Tapi tak pa sebab still best! Batch pertama la katakan yang buat ni.Hahahaha


Merah!Merah!

Pembahagian rumah sukan ikot homeroom. Homeroom aku masuk rumah merah. Tapi aku penyokong rumah biru. Nampak tak aku khianat kat situ? Well..aku sokong orang sebenarnya. Kekekekeeke :P

Maybe sebab ni 1st,so budak-budak ni aku tengok macam excited semacam ja. Syok ka? Aku asyik tengok jam ja,bila la nak habis ni...Hahaha. Aku mengaku aku memang tak dak semangat kesukanan -_-"

Paling tak tahan,aku tukang jaga beg budak homeroom aku,si Ali Khuzaifi. Naya kau sebab dia atlit so banyak acara yang dia rembat masuk. So mau tak mau,aku tolong la :))


Ali Khuzaifi ,si atlit tegar -_-"
Abah2 homeroom tengah berentap tarik tali!
Aku ni dah macam fotographer yang tak bertauliah,ok.. Panas terik sanggup aku redahi demi sekeping gambar yang banyak kenangan bila dah keluar dari maktab nanti :')


Our daddy homeroom sangat sporting kalau bab bergambar!Hahaha :))



Penyebab aku menyokong rumah biru.HAHAHAHA ^^,

Ehhh..ni no scandal-scandal ok! Just have a fun...Well,zaman kegatalan la katakan. Kekeke..

Ok tu ja.. Nanti aku nak sambung part Minggu Aktiviti yang ohsem! Hehehe..

Sekian.. Annyonghi gyeseyo :))


Entry lepas:

#1 Story: Merbok..Here I Come!
#2 Story: Tugas sebagai Pelajar bermula!