The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Apahal aku mimpi DS Najib ni??Ahhh tidakk!!




Assalamualaikum.. ^^,

Aku nak kongsi satu mimpi dengan hampa ni.Perghhh..aku tak tau la mimpi ni nak list dalam kategori mana sebab konpius dengan genre dia. Hahaa.. Seram pun ada, lawak pun ada, khayalan pun adaaa..!

Ok lemme start. 

Aku masuk kelas macam biasa pagi tu. Masuk kelas ja, suma dah penuh dengan kawan-kawan aku. Hairan pun ada. Selalunya aku yang paling awal. Then, kawan aku beli makanan dan kongsi dengan aku. Kami makan macam ada pesta pulak time tu. Ramai jugak yang makan. Tetiba ja, pintu kelas terbuka dan aku dapat rasakan aura seram. 




Lelaki yang tak pernah masuk kelas kami, tetiba ja ada depan kelas. Aku bermonolog dalam hati, " Macam pernah nampak tapi kat mana??"

Rupanya-rupanya Perdana Menteri kita beb! Terkejut aku sebab tak pernah aku mimpi DS Najib Razak ni. Why aku mimpi dia ni?Why??? Apa yang aku ingat, memang DS Najib ni garang gila. Yang tak tahan tu, dia boleh tahu nama aku! Lantang ja dia panggil nama aku sebab aku still dok melantak makanan padahal dia dah masuk kelas.

Lepas tu aku tak ingat dia ajar subjek apa tapi dia tulis kat whiteboard tu panjang gila.. Tetiba ja, DS Najib meninggikan suara dia. Haaaaa..time tu la aku terjaga. Terkejut sebab dah pagi.


Serius..aku pelik ja lepas bangun tiduq tu. Nak kata aku mengumpat DS Najib semalam, memang tak pun. Sebut pasal dia pun tak. Mimpi mainan syaitan ni. Ke petanda aku ni bakal PERDANA MENTERI Malaysia untuk tahun akan datang?? Ehhhh.. hahahaha.. memang tak la jawabnya. Mustahil la girl boleh jadi PM. Luar negara boleh la kot ^^,

Sekian tu ja cerita aku. Terasa lawak pulak. Spoil mood nak terus mimpi yang lain pulak. Hehehhee.. 

Ok.. Assalamualaikum :)

©