Showing posts with label merapu saja. Show all posts
Showing posts with label merapu saja. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Harlem Shake yang macam bangang -_-"

Assalamualaikum

Mula-mula sekali,aku nak mintak maaf kalau tajuk entry aku kasaq bebenor.Tapi itu menunjukkan aku sangat tak suka dengan dance ni.

First aku tau pasal Harlem Shake bila aku bukak Twitter. Dekat trends tu,mata aku nampak perkataan Harlem Shake ni.Mula-mula tu aku ingatkan coconut shake versi baru ka,apa ka... Rupanya dance yang aku tengok dah macam orang kena sawan. -_-"

Gila -_-"

Aku tak boleh tahan tengok video koleksi Harlem Shake versi Malaysia punya. Serius aku malu. Dengan yang bertudung pun menari teruk!


Based apa yang aku tengok video ni,Harlem Shake ni start dengan sorang guy or girl menari sendirian dulu dengan pakai helmet or something yang cover muka. Lepas sampai part lagu yang kat mana tak tau (nanti hampa tengok video,hampa tau la depa sama kat mana), orang yang di sekeliling orang tadi akan start ikot menari jugak. Macam gaya kena pukau la lebih kurang. Ni apa yang aku tengok video Harlem Shake ni la.

Aku nak tanya..apa benda la dance yang merapu ni?Dulu Gangnam Style..La ni benda ni pulak. Hari-hari trends kat twitter. Mai mana muncul tak tau la. Orang kita,benda pelik-pelik sikit,mula la nak ikot-ikot. Terloncat sana,terguling sini.

Ok dah..makin lama makin berapi ayat aku nanti.Sekian :))


p/s: Dunia akhir zaman...

Wednesday, February 20, 2013

Hello Baby MBLAQ is the BEST!!!

Assalamualaikum

Semalam,aku baru habis tengok Hello Baby Seasons 5 (Guest:MBLAQ).Sekarang aku tak tau dah berapa seasons.Ni show macam satu group idol kena jaga baby or budak2.Tapi MBLAQ ni kena jaga 3 orang budak umuq 5 tahun yang datang dari multicultural famili! Perggghh.. Memang comel la.Kacukan ^^,

Lauren- anak kacukan Korea-Canada
Dayoung-anak kacukan Vietnam-Korea

MBLAQ's son, Leo-anak kacukan France-Korea

Comel kan?Tapi memang budak-budak ni sangat sporting.Cerdik jugak.Kadang-kadang ja nakal and tak mau dengar cakap papa-papa MBLAQ ni.

MBLAQ

Smart kan?Haaha..aku suka lagu depa, It's War.




Semua ada 12 episode.Aku tengok dalam masa 2 hari.Sebab memang aku nak tergelak la. Bayangkan kena jaga budak tanpa ada mama!Hahaha

Time ni Leo nangis sebab dah kena berpisah dengan MBLAQ -episode akhir-





Kadang-kadang,mai part yang sedih tu,aku boleh pulak teriak sekali dengan budak-budak ni. Episode last la yang paling touching sebab 3 orang budak ni dah kena balik rumah masing-masing. 3 bulan dengan MBLAQ ni memang la akan jadi rapat kan? :')

Ok yang tu ja..aku just nak gitau yang aku lebih suka layan show macam ni daripada drama korea.Serius!

I MISS HELLO BABY WITH MBLAQ....

p/s:Running Man tok sah dok cakap la,tiap2 minggu layan.Haha

Wednesday, February 13, 2013

Bila Health Sains chat dengan IT

Assalamualaikum


Semalam,aku boring gila.Tambah pulak,aku bancuh nescafe segelas besaq sebab nak stay up.Tak boleh tidoq sampai ke pagi.Kononnya nak buat report yang dah berminggu tak siap-siap lagi. Baru aku kalut nak buat padahal dah sebulan lawatan yang aku pi hari tu. Hujung bulan kena hantar.

Pengsan -_-"

Dalam dok melayan mata yang tak mau tidoq ni,aku pun online la sat.Sat la sangat.Ni la akibatnya kalau buat kerja kena guna laptop.

90% kat fb,twitter,blog...10% on kerja.Ni fakta.




Aku chat dengan sorang kawan lelaki ni.Budak poli kos IT.Gurrrlpp..memang beza la dengan kos aku.Tak pa..tak pa..no hal.Kami banyak menyembang bab study.Baik tak kami?Poyo poyo..

Dia cerita pasal IT..Aku cerita pasal Sains Kesihatan.Dia ternganga..aku pun ternganga. Mana la aku nak tau pasal hardware-hardware ni.Programming,coding apa bagai..Dulu ya la kot aku buat robot,belajar sikit-sikit bab coding ni even robot jalan tak ikot pa diprogrammingkan.

Gila punya robot.



Dia pun blurr jugak pasal benda pa kesihatan awam,sama ke dengan doktor,tugas kos aku ni apa,siap suruh terang bagai..Senang cerita,aku suruh dia google.Detail and banyak info boleh dapat.

Bukan pa..aku malas dan tak tau nak terang macam mana.Sori bro..

Aku pun heran.Awat la yang dia nak tau sangat ni.Laaa..Upanya mak dia doktor kesihatan awam.Dia saja nak tengok aku terang macam mana.Kurang asam gula garam betul budak ni -_-"

Dia memang beza dengan aku.Malam-malam kalau nak suruh aku bagi idea,memang blurr. Tapi dia,malam-malam la banyak ilham.Ilham datang kat aku time pagi.So??Haaha..tak dak pa..Sebab tu aku suka study time pagi2,bukan malam :))

Sekian..tu ja nak cerita pun.Hilangkan kebosanan sebab aku dah nak termuntah mengadap kerja aku ni.

Ok bye..

Sunday, December 2, 2012

Supadupa malasnya!

Assalamualaikum

Hai my sweeties :))

Macam biasa la..kalau aku dah jejak kaki kat kolej terchenta,mesti aku jadi pemalas cam bangangs.Belog ka,twitter ka,aku memang tak mengadap ok.Nampak tak ayat propa aku? Hahahaha..memang la aku tak on9..wifi cam haremmmmm lagi.

Bukan setakat wifi selow,kadang-kadang terus pangkah merah.Sign yang paling dibenci untuk ditatap apatah lagi untuk dihadap lama-lama *tutup lappy*

Lusa dah start kelas.Banyak pulak subjek.Dalam 9 subjek jugak aku rembat sem kali ni. Bukan subjek repeat ye.Memang setiap sem kos aku banyak gila subjek. Hahaha.. Pasni,memang aku akan tulis kembali blog aku macam biasa.Dah kurang giveaway,segmen bagai dan doodle buruk yang aku lukis.Sebab aku pemalas dan tak da masa.

OK sekian... ^^,

Terkejut beruk cam ngan pa lagi.Hahahaha...
Motif pics:Tak da

Sunday, November 25, 2012

Yang gedikss jadi tagline

Assalamualaikum

Hai.Nampak tak header baru aku kat atas ni?Hahaaha..aku dah tukar entah kali yang ke berapa.Gila rajin la.Dan aku tambah satu ayat baru "Blog kool tapi gedikss?".Nampak gampang kat situ.Aku tau..aku tau..dalam realiti aku tak gedikss sangat pun.Sikit-sikit ja tapi konteks mengada-ngada dengan kawan-kawan aku.Sapa pernah jadi rumate aku,tau la perangai aku macam mana.Ehhhhh..aku rumate yang baik lagi caring tau!Hahaaa..sekali lagi ayat aku  macam mintak kaki sedas :))




 p/s:Ok tak??Huahuahuaaa...nampak tak matang header aku selari dengan umur aku -_-"

Wednesday, November 7, 2012

Angan-angan yang GILA!

Assalamualaikum

Kalau diberi pilihan untuk nak something,aku nak ......

1.Jadi jutawan.Beli rumah besor-besor untuk famili aku,kereta dua tiga bijik,segala urusan sekolah adik-adik aku yang tanggung,beli benda yang aku tak dapat beli dulu.

2.Paksa Kwon Jiyoung a.k.a G-Dragon kahwin dengan aku.Tinggal dekat Malaysia bukan Korea.. *uwekss

3.Ada taman khas untuk kucing-kucing aku.Siap rumah bertingkat untuk depa tidoq.Ada tempat lepak untuk famili aku main-main dengan kucing.

4.Bilik aku macam bilik Barbie tapi tak mau warna pink.Warna  hijua.Green Barbie :))

5.Ada flight khas untuk aku pi Korea lawat BigBang.. *ceehhh

6.Suami orang engineer.Smart. *kalau jodoh



7.Belog aku meletop.Tudiaaa..bom pa yang dipakai tak tau la -_-"

8.Aku ada semua gadget yang terlatest dalam simpanan aku. *kaya bebenor

9.Tak payah susah2 naik bas pagi2 buta pi kelas.Skype ja dengan lecturer. *sangat tak bertamadun

10.GD dengan Taeyang follow twitter aku. *fainting

11.Jadi orang hot -_-"" *vomitted

Enough.Semakin lama aku menulis,semakin ramai yang pengsan nanti.Hahaha

p/s:Angan-angan yang terlebih angan dari Mat Jenin :))

Thursday, November 10, 2011

Diet untuk jogathon,bukan untuk kesihatan?apadaa...

Assalamualaikum..


Selama 2 minggu cuti ni,saya cuba buat exercises lebih banyak dari biasa.Sebab nanti pihak pasum nak buat jogathon.adoiiii..memang benda yang sangat2 x mau nak melibatkan diri la.serius x suka.tapi wajib,so paksa rela la jawabnya nanti.(-_-")


Sebab diet untuk jogathon ja?Untuk kesihatan,tak amik care pulok kan.Terok la saya ni.Nak wat cam na.Dah spesis malas nak bersenam.Ni nak kena jog jauh gila,tengok peta laluan nak lari tu dah cuak dan terkezuuut beruk tau.Naik semput tengok.Haihhh...macam2 lorh..




Pas ni,nak makan ikot diet yang betoi.Lebihkan makan sayur n buah,nak bagi tenaga nanti. Keh3.Tapi saya dan kawan2 dah plan yg terbaek punya..hehe..apa dia??nanti lepas abis jogahon tu.,baru saya habaq.Lambat lagi.Bulan 12 nanti.Saja buat preparation awal2.(^^)


p/s:Harap-harap usaha ni bukan hangat2 tahi ayam.Hahahaaa...

Saturday, October 1, 2011

Nak yang perfect ja sebagai partner hidup...????errr!

Assalamualaikum..kenapa dalam banyak2 orang,mereka hanya nak partner masing-masing yang cantek dan cumil girl, dan hensem man sebagai teman hidup diorang?ni bukan saja-saja saya nak mereka cerita yang bukan-bukan but secara realitinya.Nak kata depa pakai konsep "lelaki hensem hanya untuk girl cantek@cute",takkan kot. kalau "lelaki yang baek untuk perempuan yang baek" and vice versa,yang tu pernah dengar sangat-sangat.sebab selalu sangat diberi tazkirah pasal ni.SELALU OK!yuri snsd..cumil kan3?? [ihsan google]

Benda macam ni selalu ja saya tengok.kat mana-mana ja la.kes paling dekat,kat tempat saya belajar sekarang ni.ramai aweks dan lawa kat sini tau..mamat-mamat hensem pun ramai la jugak. dan yang pastinya,diorang punya partner pun kena sepadan jugak.baru nampak perfect ideal couple kan..?menyampah u know...(--").Bunyi ayat saya macam saya n
i jeles kan, tapi sangat-sangat la tak ye..walaupun saya tau saya ni cute jugak (bajet perasan gila-gila.HAHA..).

siapa tak kenal ni tak tau la.. [donghae super junior-ihsan google jugak]

So tak payah la kan nak buat macam tu.pikir yang bukan-bukan ja.ingat ok,jodoh dengan pasangan anda bukan terletak di tangan masing-masing.itu semua kuasa Allah. Bila nak kawen, nak yang elok ja rupa paras. Bukan nak tengok pada hati budi yang ada.Yang tu paling penting beb! Mengikut andaian yang saya buat,kalau partner @kapel dengan orang yang 'saham' tinggi ni,susah sikit sebab selalu jadi perhatian ramai.Tak la nanti susah hati kan, sebab takot dikebas orang..?? HAHAHA...gurau saja..(^^,)
(jangan nak marah-marah bila baca post ni kalau terasa,ok??pendapat dari lubuk hati saya saja-----soriiii----)

p/s: saya tak minat k-pop.gambar di atas sekadar hiasan semata-mata..(n,n)

Friday, September 16, 2011

fall in love in 2nd time!

Assalamualaikum..jawab jangan tak jawab.hari ni cuti 1 Malaysia.memang syok la kan untuk restkan diri sambil siapkan kerja apa yang patut.dah macam gunung everest dah saya tengok buku-buku yang kena study balik.tapi dalam masa yang sama,saya jatuh cinta lagi.wowwww..

Dulu pernah dah syok gila kat mamat ni,tapi dah lama sangat tak tengok dia,mula laa hati ni berubah arah.Terlupa langsung pasal mamat ni.seriouzly..haha..tapi sejak balik cuti hari raya Aidilfitri tu,saya jumpak dia balik setelah lama tak tengok dia.berapa tahun erk..??lebih kurang 3 tahun kot.dah terlupa pulak saya.maklomlaa..lama sangat.bertuah punya orang. macam biasa ja saya tengok.makin hensem oo..tapi menyepi ja kebe
lakangan ni.seriously..rinduu ooo.. hehe.. gedixxxxxx....(--')









oooooohhhhh Jae Hee....huhu....ntv7 ulang tayang balik cerita Witch Yoo Hee. jadik histeria kejap sebab ni memang cerita faverate saya doehhh.jangan terkena.jatuh hati dengan actor korean,standard la tuu.hahahaahaa..

Sunday, August 28, 2011

kacau awek aku lagi!


Petang tu,aku pi shopping mall dengan kawan-kawan sekelas aku untuk luang masa bersama-sama sebelum cuti sem bermula.Sampai di sana,kami memilih untuk makan dulu sebelum bermain boling. Semua kami 1 kelas pi sana.Lebih kurang 16 pompuan dan 14 lelaki.Aku memilinh tempat duduk yang agak jauh dari budak-budak laki bimbang ada jeles nanti.Siapa sangka aku ada fair dengan budak lelaki kelas aku jugak.Namanya "Mr.Z".Dia sudah berpesan dekat aku supaya duk di kalangan pelajar perempuan ja.Nanti ada yang cuba tackle aku.Sebab tiada siapa yang tahu kami dah lama berkapel..

Aku tetiba meminta diri untuk ke toilet.Aku hanya pergi sorang-sorang sebab rakan aku sedang enak menikmati makanannya.Selepas keluar dari toilet,aku melewati sebuah kedai yang menjual teddy bears.Agak lama aku di situ sampai tak sedar ada mata-mata yang sedang perhatikan aku.Aku cuba melihat seorang mamat yang sedang membelek teddy bear berwarna pink di hadapan aku.Tangannya saja memegang bear tu tapi mata seakan melihat aku.Aku dah rasa seram semacam ja.Cepat-cepat aku blah dari kedai untuk pergi kepada kawan-kawan aku di di kedai makan tak jauh dari situ.

Aku bertambah cuak bila lelaki yang dalam kedai bear tu turut sama keluar dan ikot aku dari belakang.Aku mula berfikir.Aku tak pernah pinjam duit dari mana-mana along ni.Kenapa ada yang ikot aku.Makin cepat langkah aku,lagi laju lelaki tu ikot aku.Sah!Dia kejar aku ni.Aku nampak Mr.Z bangun dan berlari ke arah aku.Tiba-tiba aku dengar bunyi orang kena tumbuk.Memang dijangka.Mr.Z dah kasi buku 5 dekat mamat yang kejar aku tu.Aku tengok muka mamat yang kena tumbuk macam marah ja.Sapa yang tak marah bila kena tumbuk tiba-tiba ja.

"Jangan kacau awek aku lagi.Kenapa kau kejar dia?Kau nak apa ni dari dia..?''kata Mr.Z.Aku hanya membatu diri.

Mamat tu bangun dan terus berkata kepada kami berdua."Saya niat nak bantu.Tudung awek awak tersingkap dari belakang.Nampak aurat dia.Lain kali sebelum keluar toilet,pastikan tudung awak tu dah ok.Buat free show ja kat orang bukan mahram.Maafkan saya jugak sebab cara saya menimbulkan syak yang bukan-bukan.Mintak diri dulu,".

Aku cuba pegang tudung belakang aku.Memang betul.Aku menarik balik tudung yang tersingkap tu.Rasa malu mula menerpa diri.Mr. Z memintak maaf kepada mamat tu dan mereka bersalaman.Aku juga memintak maaf sebab dah buat dia kena tumbuk dan syak yang buruk kepada dia.Aku dan Mr.Z kembali ke meja makan dan rakan-rakan kami memandang dengan hairan selepas melihat kejadian tadi.


Moral value:Jangan cepat bersangka buruk kepada orang dan siasat dulu sebelom buat sebarang tuduhan..

p/s:INI CUMA CERITA REKAAN.TIDAK BERKAITAN DENGAN SESIAPA SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAU DAH MENINGGAL DUNIA.TETIBA NAK MENULIS CERITA PULAK.HEHE...

Wednesday, August 3, 2011

buat drama hindustan petang tadi


pic from ehsan yahoo!
Assalamualaikum..hari ni saya ada satu paper ja petang tadi iaitu paper algebra dan geometri. tak dapat nak kata apa-apa la sebab "senang sangat".haha..lawak ja.so apa kes buat drama ala-ala hindustan petang tadi ni?cerita tak lawak mana pon tapi saja gedik jugak nak tulis kat sini. mula-mula kami pi dewan exam tu,nampak langit cerah semacam ja.so conclusion awalnya ialah gerenti tak hujan ni.so tak payah bawak payung.nampak sangat pemalas tahap cipan kan,.bukan apa,susah nak jaga nanti,payung dah la sama dengan budak pasum yang lain.

Habis ja exam pukul 3.45 petang tu,kami nampak macam dah kelabu ja kawasan kat menara TM tu.sah la hujan dah datang dah.dengan semangat yang jitu,saya dan kawan berlari bagai nak raq (sungguh-sungguh) sebab tak mau kena hujan.ye la..takot demam,dah la minggu exam lagi ni. tapi malang tak berbau,hujan lebat doeh..dah tak sanggup tunggu lama-lama kat situ,kami ambik keputusan berlari balik ke kolej kediaman.dekat ja pon..so tak kisah kalau nak berlari.nak berjalan pun boleh..ingatkan kami berdua ja buat kerja gila ni,ramai jugak yang berlari-lari macam tengah menyelamatkan diri dari bom ja..tapi serius lawak.first time berlari dalam hujan. sebelum ni ada laluan berbumbung..hehe..

Nak pesan sedikit ja..kereta-kereta yang tengah dipandu tu kalau nampak pejalan kaki nak melintas jalan terutama waktu hujan,beri la peluang supaya depa melintas dulu.tak lah basah kuyup tunggu kereta or apa-apa ja jenis kenderaan lain berhenti,baru boleh melintas..tak kesian kat kami ni..???huhuhu....dah la tak ada laluan berbumbung nak balik kolej.kalau tak bawak payung time hari hujan,memang naya la jawabnya..so dats for today.tq for reading my post..(^^)

p/s:tak ada kaitan dengan drama hindustan mana-mana pun.saja buat gimik lebih..hehe..


Tuesday, May 17, 2011

saya kena sound dengan jiran sebelah


Apa kes kena sound-sound ni..??maklomlah..hidup berjiran kena saling hormat-menghormati tapi bila kena fires,mula la saya naik hangin sikit.

bukan melenting sebab kena fires,tapi hot bila benda kecik *sebesar kuman* pun nak report sama bapak saya.sebab kes saya bergayut dengan kawan sampai boleh tembus dinding rumah mereka.haishh..saya cakap pun guna tone paling rendah (range 1-4), takkan nak mute kot.kalau macam tuu,baek tak perlu bercakap..guna jer bahasa isyarat (kalau guna 3G,boleh la buat macam tu.sebab kawan boleh nampak).sebab tak nak menjatuhkan air muka bapak saya (anak baek),so saya terima teguran tu dengan senang hati.bila nak bercakap dengan phone jer,saya lari jauh-jauh dari bilik saya sebab tak nak ganggu jiran saya *macam perli jer -,-'*.so kalau saya terserempak dengan jiran saya, saya just.....
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

tak baek marah-marah n..senyum jer..kan bagus.kalau dipikirkan,salah saya jugak kot sebab jiran saya tu ada anak kecik..tak boleh dengar bising sikit,mula nak nanges. tapi malam-malam diorang bergelak ketawa sampai saya nak tidor tak boleh,macam mana pulak?sabor jer la erkk..(^^,)

Wednesday, March 30, 2011

i fall in lurve with...........

haha..i fall in lurve??dengan siapa pulak ni..aishhh...
memang seriuz jatuh cinta..
dengan siapa,oooo....banyak...
"playgirl ke dia ni?"...aku ni pencinta setia laa...
kalau diberi kesempatan untuk berjatuh-jatuh cinta ni..
sekarang ni aku nak kasi taw pasal cinta aku.


first:i fall in lurve with....








sony ericsson...simple n stylish...


















sony ericsson xperia...memang stylish la.
teruja...










second:i fall in lurve with.....







aku tak boleh tengok kucing2 comel ni.
geram bangat..aku memang suka kat
kucing sangat2...hehe...
















bila aku tengok kucing2 ni..
aku jadi tenang jer...release tension kot..














wow...!garang betul la..pakai mask lagi.haha..
but cute..(>,<)



third:i fall in lurve with......

ferrari...telan air liur jer bila pikir nak beli kereta ni.mahal kot...
haha...time zaman aku,mungkin dah murah kot or dah tak da kat pasaran..

fourth,i fall in lurve with....

tulip..aku sangat suka violet tulip..orang cakap apa..
TAKSUB..!!YES..I AM..hehe..




tulip memang susah nk dapat kat negara
kita ni.teruja oo bila da orang
kasi bunga tulip kat kita...kalau aku,
BERANGAN LA JAWABNYA...
NAK,AKU KENA BELI SENDIRI..haha...



fifth,i fall in lurve with....



novel2 hlovate la..aku suka baca cerita yang ada semua aspek..bukan tertumpu soal cinta jer...ada bab agama,pndidikn, soal masa depan...kerjaya...fuhh,bila baca,rasa mcm tengah alaminya sendiri jer..hahahaa....BOLEH KE AKU ALAMI SENDIRI MACAM DALAM NOVEL HLOVATE..??....question mark in my mind....




kalau family & kawan2 ni,memang depa adalah buah hati aku...aku memang sayang depa...ok enjoy ur life with useful things..

Thursday, March 3, 2011

ragam aku di kumon vs tringat merbok..

sejak aku kerja kat kumon ni,macam-macam ragam yang aku nampak kat sana..jeng3...apa erk??ragam bebudak kat sana lorh..haha..tapi kadang2 aku pun buat hal jugak.kalau ada bebudak tak datang lagi,mula la aku naik boring. kerja aku apa lagi...JADI JURUGAMBAR TAK BERTAULIAH...haha..

sebelum kumon buka,aku sampai dulu and terawal la..rajin terlebih la katakan..haha..tengah dok tungguh pintu dibuka,aku pun posing la sat...mcam2 gaya ada...hehe...



lebih kurang setengah jam aku tunggu,sampai la tuan punya kumon..hehe.. kalau tak,banyak lagi la posing gila aku..oleh sebab hari ni budak tak ramai,so aku free sikit...kalau sebelum ni,aku jadi robot yang tangan byk.. tak menang tangan aku nak marking paper..haha...sekali kali aku jadi photografer tak bertauliah..


buku2 yang guna untuk marking paper bebudak...
ni kira buku jawapan la...haha..


tak ada orang ke??memang la...awal lagi depa nak mai..
aku termenung menantikan orang datang..


cikgu2 yang lain...sama ngan aku juga..kerja abiz,
dok menyembang..budak datang,sambung kerja balik...


tekun kot...classwork kena buat..kalau tak,tak boleh balik..
hahaha...


member aku kat kumon...tunggu result spm gak..
nice gurl...hehe...


bila kepala aku tengah pusing,aku tengok jalan...walaupan tak
ada apa2 yang syok pn..saja...hahaha...


bila aku tengok jalan,ntah la..tiba2 aku tringat zaman aku
sekolah...bezz kot dari kerja...haha..seyiuz ok...pelik2..
tengok jalan boleh tringat macam2..nampak sangat
MENGELAMUN....haahhaa..


tengok benda ni pulak,buat aku tringat meja study aku..
bersepah dengan buku and makanan..sama banyak..haha...
seyiuz aku rindu merbok...huhu...

tu la..benda bila dah lepas,mesti nak terkenang..
bila ada depan mata,sia-siakan...
bila dok sorang2,rindu kat kawan2...
bila mengadap laptop,rindu time study ngan kawan2..
bila apa2 jer la,mesti rindu MERBOK...
hurmm..tak taw lah...yang pastinya,
nanti jumpa balik time amik result...
lepas tu..aku pun tak taw....
masing2 bawak haluan sendiri..cari msa depan yang belum pasti..
termasuk aku..bila pikir balik..aku sedih...huhu....
so conclusion is:
hargai apa yg kita ada..sebelom kita merinduinya....