The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
kacau awek aku lagi!


Petang tu,aku pi shopping mall dengan kawan-kawan sekelas aku untuk luang masa bersama-sama sebelum cuti sem bermula.Sampai di sana,kami memilih untuk makan dulu sebelum bermain boling. Semua kami 1 kelas pi sana.Lebih kurang 16 pompuan dan 14 lelaki.Aku memilinh tempat duduk yang agak jauh dari budak-budak laki bimbang ada jeles nanti.Siapa sangka aku ada fair dengan budak lelaki kelas aku jugak.Namanya "Mr.Z".Dia sudah berpesan dekat aku supaya duk di kalangan pelajar perempuan ja.Nanti ada yang cuba tackle aku.Sebab tiada siapa yang tahu kami dah lama berkapel..

Aku tetiba meminta diri untuk ke toilet.Aku hanya pergi sorang-sorang sebab rakan aku sedang enak menikmati makanannya.Selepas keluar dari toilet,aku melewati sebuah kedai yang menjual teddy bears.Agak lama aku di situ sampai tak sedar ada mata-mata yang sedang perhatikan aku.Aku cuba melihat seorang mamat yang sedang membelek teddy bear berwarna pink di hadapan aku.Tangannya saja memegang bear tu tapi mata seakan melihat aku.Aku dah rasa seram semacam ja.Cepat-cepat aku blah dari kedai untuk pergi kepada kawan-kawan aku di di kedai makan tak jauh dari situ.

Aku bertambah cuak bila lelaki yang dalam kedai bear tu turut sama keluar dan ikot aku dari belakang.Aku mula berfikir.Aku tak pernah pinjam duit dari mana-mana along ni.Kenapa ada yang ikot aku.Makin cepat langkah aku,lagi laju lelaki tu ikot aku.Sah!Dia kejar aku ni.Aku nampak Mr.Z bangun dan berlari ke arah aku.Tiba-tiba aku dengar bunyi orang kena tumbuk.Memang dijangka.Mr.Z dah kasi buku 5 dekat mamat yang kejar aku tu.Aku tengok muka mamat yang kena tumbuk macam marah ja.Sapa yang tak marah bila kena tumbuk tiba-tiba ja.

"Jangan kacau awek aku lagi.Kenapa kau kejar dia?Kau nak apa ni dari dia..?''kata Mr.Z.Aku hanya membatu diri.

Mamat tu bangun dan terus berkata kepada kami berdua."Saya niat nak bantu.Tudung awek awak tersingkap dari belakang.Nampak aurat dia.Lain kali sebelum keluar toilet,pastikan tudung awak tu dah ok.Buat free show ja kat orang bukan mahram.Maafkan saya jugak sebab cara saya menimbulkan syak yang bukan-bukan.Mintak diri dulu,".

Aku cuba pegang tudung belakang aku.Memang betul.Aku menarik balik tudung yang tersingkap tu.Rasa malu mula menerpa diri.Mr. Z memintak maaf kepada mamat tu dan mereka bersalaman.Aku juga memintak maaf sebab dah buat dia kena tumbuk dan syak yang buruk kepada dia.Aku dan Mr.Z kembali ke meja makan dan rakan-rakan kami memandang dengan hairan selepas melihat kejadian tadi.


Moral value:Jangan cepat bersangka buruk kepada orang dan siasat dulu sebelom buat sebarang tuduhan..

p/s:INI CUMA CERITA REKAAN.TIDAK BERKAITAN DENGAN SESIAPA SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAU DAH MENINGGAL DUNIA.TETIBA NAK MENULIS CERITA PULAK.HEHE...

Labels: , , , ,

©