Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Harlem Shake yang macam bangang -_-"

Assalamualaikum

Mula-mula sekali,aku nak mintak maaf kalau tajuk entry aku kasaq bebenor.Tapi itu menunjukkan aku sangat tak suka dengan dance ni.

First aku tau pasal Harlem Shake bila aku bukak Twitter. Dekat trends tu,mata aku nampak perkataan Harlem Shake ni.Mula-mula tu aku ingatkan coconut shake versi baru ka,apa ka... Rupanya dance yang aku tengok dah macam orang kena sawan. -_-"

Gila -_-"

Aku tak boleh tahan tengok video koleksi Harlem Shake versi Malaysia punya. Serius aku malu. Dengan yang bertudung pun menari teruk!


Based apa yang aku tengok video ni,Harlem Shake ni start dengan sorang guy or girl menari sendirian dulu dengan pakai helmet or something yang cover muka. Lepas sampai part lagu yang kat mana tak tau (nanti hampa tengok video,hampa tau la depa sama kat mana), orang yang di sekeliling orang tadi akan start ikot menari jugak. Macam gaya kena pukau la lebih kurang. Ni apa yang aku tengok video Harlem Shake ni la.

Aku nak tanya..apa benda la dance yang merapu ni?Dulu Gangnam Style..La ni benda ni pulak. Hari-hari trends kat twitter. Mai mana muncul tak tau la. Orang kita,benda pelik-pelik sikit,mula la nak ikot-ikot. Terloncat sana,terguling sini.

Ok dah..makin lama makin berapi ayat aku nanti.Sekian :))


p/s: Dunia akhir zaman...

Tuesday, February 5, 2013

Mayat berjalan di Toraja

Assalamualaikum

Hai hai my sweeties!

Dah lama aku tak baca majalah adik aku.Sejak aku pencen beli majalah e-pop ni,buku-buku ilmiah yang jadi target aku. Ececeh bajet gila. -_-"

Aku tertarik dengan satu artikel pasal misteri mayat yang berjalan kat Toraja,sebuah daerah kat Selatan Sulawesi,Indonesia.Ada satu ritual yang dinamakan Ma'nene.Setiap tahun, penduduk kat sini akan gali kubur nenek moyang mereka untuk diberi pakaian baru dan diarak sekeliling kampung.

Tujuan ritual: Memberi kepercayaan kepada si mati.



Serius menakotkan aku ok!Kalau aku tengok ritual ni depan mata,memang aku cabut lari jauh-jauh.Hahahahaha.

Sebenarnya,benda ni bermula ratusan tahun dahulu. Ada seorang pemburu bernama Pong Rumasek menjumpai mayat ketika berburu dalam hutan kat Gunung Balla. Oleh sebab rasa kasihan dekat mayat tu,dia pun kafankan dengan pakaian dan tanamkannya.

Lepas tanam tu,rezeki Pong bertambah-tambah.So dia buat kesimpulan,jasad orang dah mati patot dimuliakan. Oleh itu, setahun sekali dalam bulan Ogos,penduduk Baruppu di Torajo akan buat ritual ni sama macam Pong dulu.



Sekadar info yang menarik untuk dikongsi. 

Monday, October 29, 2012

Rumah seperti Terumbu Karang!

Assalamualaikum..

Pernah dengar pasal rumah yang dibuat daripada antena?Seperti biasa,aku ada terjumpa satu artikel ni.So tak salah kalau nak berkongsi.Kan3??Memang aku teruja habis laa.Lawa kot rumah tu.Meh aku nak cerita pasal benda ni.

Vincent Callebaut telah  mencipta satu perkampungan eko bersifat utopia untuk 1,000 keluarga Haiti yang terjejas pada tahun 2010 akibat kejadian gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter.Kampung ini dipanggil "Coral Reef" kerana bentuknya yang berilhamkan terumbu karang.Setiap keluarga akan mempunyai satu plot tanah untuk menanam makanan mereka sendiri. Ngarai mengalir di antara dua baris perumahan dan dipenuhi dengan ekosistem tropika untuk fauna tempatan dan flora.Hebat kan?Memang syok ja aku dengar.

Lagi satu, setiap kontena tidak bercantum antara satu sama lain secara kekal.Sekiranya terjadi tsunami,rumah-rumah ini boleh terapung di permukaan laut!Eco Village ni boleh menggunakan tenaga lautan untuk membekalkan elektrik.Air yang dah digunakan oleh penduduk akan ditapis dan diproses sebelum dialirkan ke laut supaya dapat mengurangkan pencemaran.Rupa bentuk rumah-rumah ini bengkang-bengkok dan tidak teratur.Vincent Callebaut berpendapat rupa bentuk macam ni boleh mengurangkan kerosakan akibat gempa bumi.So dah tau pasal eco village ni?Meh kita tengok gambar rumah-rumah ni pulak.







Ok yang tu ja aku dapat kongsikan.Seminggu lebih aku tak dapat nak online nanti sebab terlibat dengan satu kerja survey kat Penang.Memang busy nanti.So rajin-rajin la singgah belog guwa ni.Tak la sunyi sangat kan.Hehe..ok bubyep ^^,

Monday, October 22, 2012

Mesin Pencetak Makanan 3D

Assalamualaikum

Hai.Hari ni aku nak kongsi pasal satu mesin yang boleh cetak makanan yang kita nak!Ok aku terbaca pasal ni dalam satu majalah sains (adik aku punya majalah lagi) dan benda ni sangat-sangat menarik untuk dikongsikan.Zaman dah semakin canggih dan dah buat manusia malas nak masak sendiri. Mesin yang dimaksudkan ialah pencetak makanan 3D.

Profesor Hod Lipson dari Universiti Cornell di New York dah buat satu kajian pasal pencetak makanan 3D ni bersama-sama dengan sekumpulan pelajar sejak tahun 2007.Kira agak baru la jugak kan.5 tahun..Pencetak makanan 3D ni menggunakan satu sistem eletronik baru yang bernama FabApps (boleh bezakan jenis-jenis ramuan dan ikot arahan untuk mencetak makanan yang enak).Yang lagi superbkan,pencetak makanan ni boleh diprogram untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat mengikot keperluan rasa dan sukatan.


Lagi ok,kita boleh ambil resepi dari internet dan cuba resepi tu guna pencetak makanan ni!Perggghhh...Mereka sedang mengkaji lebih banyak cecair ramuan makanan supaya lebih banyak makanan boleh dihasilkan.Benda ni jugak tak perlukan gas memasak dan api.So, memang memudahkan proses nak masak.Seperti gambar di atas,pencetak makanan ni guna cecair ramuan yang disimpan dalam picagari untuk membuat makanan.Mesin ni dah berjaya dalam pembuatan biskut,kek keju dan mi.



Pencetak makanan 3D ni masih dalam kajian.Tetapi prestasinya diyakini akan bertambah baik dan menjadi popular dalam kalangan famili yang tak ada masa untuk memasak.

p/s: Aku rela masak sendiri biarpun tak sedap!HEHEHE...

Sunday, October 21, 2012

Tumbuhan tanpa KLOROFIL??

Assalamualaikum..

Hai.Pernah dengar tak pasal tumbuhan tanpa klorofil?Well..aku pun baru tau ja pasal tumbuhan ni lepas baca majalah sains adik aku punya.Ok darjah 3.Haha.Ehh menarik tau baca majalah sains tu.Aku macam celik akal sikit.OK meh aku ceritakan pasal tumbuhan ni.

Monotropa uniflora juga dikenali sebagai Ghost Plant, Indian Pipe or Corpse plant yang tergolong dalam keluarga Ericaceae.Nak tau tak,tumbuhan ni berasal kawasan sederhana di Asia, Amerika Utara dan utara Amerika Selatan, tetapi dengan jurang yang besar antara kawasan.Tumbuhan ni adalah putih dan tidak mengandungi klorofil, sebaliknya menjana tenaga dari cahaya matahari.Ia adalah tumbuhan parasit, lebih khusus kepada Cendawan heterotroph.

Oleh sebab tumbuhan ni tak bergantung kepada cahaya matahari untuk berkembang, ia boleh membesar dalam persekitaran yang sangat gelap dalam understory hutan tebal. Tumbuhan ni kadang-kadang sepenuhnya putih tetapi biasanya mempunyai tompok hitam dan warna merah jambu pucat.Kelainan yang jarang berlaku ialah mungkin mempunyai warna merah yang mendalam.

Ni contoh-contoh Monotropa uniflora..