The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Mesin Pencetak Makanan 3D

Assalamualaikum

Hai.Hari ni aku nak kongsi pasal satu mesin yang boleh cetak makanan yang kita nak!Ok aku terbaca pasal ni dalam satu majalah sains (adik aku punya majalah lagi) dan benda ni sangat-sangat menarik untuk dikongsikan.Zaman dah semakin canggih dan dah buat manusia malas nak masak sendiri. Mesin yang dimaksudkan ialah pencetak makanan 3D.

Profesor Hod Lipson dari Universiti Cornell di New York dah buat satu kajian pasal pencetak makanan 3D ni bersama-sama dengan sekumpulan pelajar sejak tahun 2007.Kira agak baru la jugak kan.5 tahun..Pencetak makanan 3D ni menggunakan satu sistem eletronik baru yang bernama FabApps (boleh bezakan jenis-jenis ramuan dan ikot arahan untuk mencetak makanan yang enak).Yang lagi superbkan,pencetak makanan ni boleh diprogram untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat mengikot keperluan rasa dan sukatan.


Lagi ok,kita boleh ambil resepi dari internet dan cuba resepi tu guna pencetak makanan ni!Perggghhh...Mereka sedang mengkaji lebih banyak cecair ramuan makanan supaya lebih banyak makanan boleh dihasilkan.Benda ni jugak tak perlukan gas memasak dan api.So, memang memudahkan proses nak masak.Seperti gambar di atas,pencetak makanan ni guna cecair ramuan yang disimpan dalam picagari untuk membuat makanan.Mesin ni dah berjaya dalam pembuatan biskut,kek keju dan mi.



Pencetak makanan 3D ni masih dalam kajian.Tetapi prestasinya diyakini akan bertambah baik dan menjadi popular dalam kalangan famili yang tak ada masa untuk memasak.

p/s: Aku rela masak sendiri biarpun tak sedap!HEHEHE...

Labels: , , ,

©