The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Rumah seperti Terumbu Karang!

Assalamualaikum..

Pernah dengar pasal rumah yang dibuat daripada antena?Seperti biasa,aku ada terjumpa satu artikel ni.So tak salah kalau nak berkongsi.Kan3??Memang aku teruja habis laa.Lawa kot rumah tu.Meh aku nak cerita pasal benda ni.

Vincent Callebaut telah  mencipta satu perkampungan eko bersifat utopia untuk 1,000 keluarga Haiti yang terjejas pada tahun 2010 akibat kejadian gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter.Kampung ini dipanggil "Coral Reef" kerana bentuknya yang berilhamkan terumbu karang.Setiap keluarga akan mempunyai satu plot tanah untuk menanam makanan mereka sendiri. Ngarai mengalir di antara dua baris perumahan dan dipenuhi dengan ekosistem tropika untuk fauna tempatan dan flora.Hebat kan?Memang syok ja aku dengar.

Lagi satu, setiap kontena tidak bercantum antara satu sama lain secara kekal.Sekiranya terjadi tsunami,rumah-rumah ini boleh terapung di permukaan laut!Eco Village ni boleh menggunakan tenaga lautan untuk membekalkan elektrik.Air yang dah digunakan oleh penduduk akan ditapis dan diproses sebelum dialirkan ke laut supaya dapat mengurangkan pencemaran.Rupa bentuk rumah-rumah ini bengkang-bengkok dan tidak teratur.Vincent Callebaut berpendapat rupa bentuk macam ni boleh mengurangkan kerosakan akibat gempa bumi.So dah tau pasal eco village ni?Meh kita tengok gambar rumah-rumah ni pulak.







Ok yang tu ja aku dapat kongsikan.Seminggu lebih aku tak dapat nak online nanti sebab terlibat dengan satu kerja survey kat Penang.Memang busy nanti.So rajin-rajin la singgah belog guwa ni.Tak la sunyi sangat kan.Hehe..ok bubyep ^^,

Labels: , , , ,

©