The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
True Friendship vs Love

16 Oktober 2012

Assalamualaikum

Hai.Hari ni aku berjaya lukis dua tiga watak manga.Lawa la jugak aku tengok.Tak macam muka alien dah.Haha.Ok abaikan ayat bajet bagus tu.Focus to our point right now.Ok why true friendship vs love? Let me tell u ollz...it is my story..

p/s:Entry ni panjang benor sebab tulis dengan penuh perasaan.Harap maaf ya kalau sapa yang mudah jemu tu ^_-

Aku ada seorang kawan ni.Memang kami kawan baik.Kira kamceng gitu.Sejak bila kami berkawan,itu adalah rahsia.Bila aku dapat tau aq ni se'u' dengan dia,excited ok!Tak sangka akan jumpak balik.Satu fakulti pulak tu.Tapi aku ingatkan panas sampai ke petang,upanya hujan time tengah hari.Mula-mula aku ingat aku nak rapatkan balik persahabatan kami tu.Iyelaa..dah lama tak jumpak.Contact pun memang jarang gila sebab masing-masing bz.So akan rasa awkward semacam bila jumpa.Aku silap la.Kami dah tak boleh serapat dulu lagi. Sebab dia dah ada someone else yang special.Ok kawan aku ni perempuan yep.Agak2 la kan,apa la yang terjadi?

Sedih?Adaaala sekit-sikit.Dia selalu dengan pakwe dia.Kemana pun,asyik berdua ja.Pi Jusco,berdua jugak.Sejak aku masuk situ,tak pernah la nak ajak aku lepak keluar sama-sama.Makan2 ka macam kat sekolah dulu.Pi mana-mana ja,mesti bersama.Ok aku terlupa satu benda.Manusia kan senang berubah.Aku tak jeles sebenaqnya dengan kawan aku tu. Aku hepi sebab dia bahagia sekarang ni.Kalau jumpak,still senyum2,tegur-tegur tapi memang dah tak macam dulu.Kalau dia tu kawan biasa ja,aku tak kesah.Tapi dia status kawan baik aku.Lain tu..kadang-kadang terasa la jugak hati ni.Aku still ingat lagi kata-kata dia dulu. Tak perlulaa aku nak hurai kat sini.Sebab bertentangan dengan apa yang dah jadi sekarang ni. Dulu ayat time budak sekolah,boleh la cakap macam tu -_-"

Couple2 jugak..tapi jangan sampai lupa kawan.Kalau susah ka,sedih ka,merajuk dengan pakwe ka,hang cari kawan jugak.Hakikatnya memang macam tu.Ada yang baik sikit,luah kat parents.Tapi sure ke bab2 poblem dengan kekasih ni luah kat parent?Konpem kena hentam nanti.Hahaha..aku tau masing-masing ada kehidupan sendiri.Termasuk aku.Dan kawan aku tu.Asalkan dia tak lupa dia still ada kawan yang sentiasa ada dengan dia time dia perlukan nanti :')


©