Showing posts with label in my mind. Show all posts
Showing posts with label in my mind. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Envi Family Day kat Pantai Merdeka :)

Assalamualaikum

Hai my sweeties!

Sabtu lepas (26/1/2013),aku dengan geng kos aku,Environmental Health pi buat Family Day kat Pantai Merdeka.Macam-macam aktiviti kami buat sehari tu.Better aku bercakap guna pics. Sekali lagi,aku credit pics yang cute ni to Famira..Aku tak bawak kamera derr -_-"



Warm up dulu..


Cute!!

My group yang tepi sekali.. Ceq Kasturi!

Game yang tak boleh blah..kena pas roti sampai orang last n yang last kena habiskan  semua roti.Dan orang last  ialah aku -_-"

Juri kami..so sporting!

Jejaka terhangit!Hahahahahaa...

Game baling selipar..aku mengaku aku tak reti main :(

Dengan Sir Din..lecturer kesayangan kami :))

Lunch time lepas penat main..rehat2 dulu

Game seven up.!kena igat sifir 7 pulak..aku dah la lemah math -_-"Kalah awal jugak la game ni.Hehehehe

Unggun api yang super lawa!

Game shake shake!!Sapa pernah tengok running man ep 75,mesti tau game ni.hehehee

Love this picture so much!So smart....!!!!!!!!!!

Kak,kutip pa tu??

Marila sama-sama jaga alam sekitar ni :)

We are big family :)

Dont forget about our friendship :))
Sekiannnnn.... :))

Sunday, January 13, 2013

Friendship will end like this?

Assalamualaikum

Hai my sweeties!

Aku ada banyak benda nak tulis sebenarnya.Tapi seriusly mood aku agak mendung sejak dua menjak ni.Kepala aku agak serabut sikit.Test,assignment..jangan dok cakap la.Sentiasa ada.

Aku tengah berkawan dengan seorang lelaki ni.Well,dia baik dan sabar sikit dengan perangai aku yang kadang-kadang tak pandai jaga hati orang ni.Aku marah,dia kool..Aku marah lagi,dia gelak pulak.Tak paham aku.



Dia tau aku memang busy dengan study aku.Dia pun busy jugak dengan study dia.Dia belajar kat Japan-Malaysia Technical Institute. Masing-masing ada hal yang kena buat.

Kadang-kadang,aku tak balas mesej dengan kol dia.Aku keluar pi kuliah pukul 7 pagi.Sebab jauh punya pasal kan.Balik dekat pukul 5-6 petang.Malam baru jumpak katil.Kalau kolej dalam kampus,memang syok la.Sebab tu aku jadi letih dan tidur awal.Tangan pun malas nak menaip mesej.Fon aku kasi silent.Aku tak suka orang kacau aku time tengah tidur.

Dah 4 hari aku tak balas mesej dia.Aku rasa biasa ja.Tapi tak sangka dia kecik hati.Dia cakap dia sedih sangat dengan perangai aku.



Semalam,dia hantar mesej panjang sarat dengan luahan perasaan.Ayat dia lebih kurang macam ni la:

Tak pernah nak amik tau pasal perasaan orang lain.Dia kol tak nak angkat.Takkan sebelum tidoq pun tak sempat nak balas mesej.Ucap gudnite je pun ok la.Ni tak,senyap memanjang.Kalau tak suka,cakap ja.Asyik-asyik bila tanya sebab pa,cakap busy.Busy sangat ke?Bila kol,jawab 3 patah,"tak dak mood".

Ok salah aku.Memang salah aku.Aku sebenarnya terasa hati dengan dia.Tapi mulut aku ni tak mau cakap la pulak.Sengal sengal..Dan aku pun senyapkan diri.Fon sentiasa silent.

Nampak macam couple yang tengah bergaduh kan?Hahaha..aku pun tak tau status relationship kami ni apa.Masing-masing tak declare.Aku anggap macam bff  je la.Tak kan nak lebih-lebih pulak.



Hari-hari,aku harap dia sentiasa sihat dan baik-baik ja.Macam yang aku selalu doa untuk famili aku.Harap tak gaduh-gaduh lagi macam ni.Sedih ok. :'(



Tu je laa yang aku boleh menulis pun.Ok sekian..
*Thanks for reading my post*




Aku sayang dia.....

Friday, January 11, 2013

Me and 25 Facts!

Assalamualaikum


Hai hai my sweeties!!

Ehem ehem..sebelom tu aku nak ucap terima kasih kat adik Alia *si budak pinky yang cute*  yang dah tag aku untuk satu post ni.Hehehe..pandai ko Alia letak nama betul akak.Sori lambat nak tulis pasal ni.Busy sikit seminggu dua ni.Hehehee..

Aku pun dah lama tak main game macam ni.Ok meh scroll lagi ke bawah :))

25 fakta pasal aku

1.Aku suka makan.Kira dah masuk dalam senarai hobi terbaru.Dan bila lemak kat badan semakin "membiak" dengan banyaknya,aku mula nak diet lepas tu.Serius macam hampeh. -_-"

2.Mudah emosional.Fakta ni pun sangat diakui oleh kawan-kawan aku.Padahal aku rasa emo sikit-sikit ja.Tapi tak pa lah..terima kekurangan diri.ngeh3..

3. Suka melukis doodle.Aku tau doodle aku tak layak dipanggil doodle sebab buruk sangat. Syok sendiri melukis.Hahahaa

4.Tak suka makan coklat.Tak tau pasai pa tapi mulut memang tak boleh terima.So my bie,jangan kasi coklat sama guwa.heheehe

5.Tak suka Fizik dan Math.Sebab tu selalu tidoq time dua kelas ni.Hehehe..nasib lulus

6.Aku minat Big Bang.Paling aku suka, G-Dragon <3

7.Ngeri tengok darah especially time kemalangan.So cita-cita nak jadi doktor terpaksa dilupakan -_-"

8.Benci dengan lelaki miang ,gatal dan sewaktu dengannya.

9.Aku tak suka shopping sebab memenatkan kaki aku.

10.Kaki Twitter..yeah kira kaki online la jugak.hehe..

11.Obses dengan kucing.Rumah aku dah macam pet house :))

12.Kaki bola! Aku penyokong Harimau Malaya dan MU!

13.Suka tengok makanan Jepun tapi hati tak sanggup nak makan.Hahaha

14.Muka aku nampak garang tapi aku ni mesra mehh..Luaran ja macam tu :))

15.Suka subjek Biologi!Tapi tak suka membaca -_-"

16.Tak berapa layan novel..Ni fakta serius.

17.Bila aku mengadap lappy sambil tengok Running Man, aku gelak tak ingat kawan kat sebelah

18.Aku tak reti pujuk orang.Tapi aku try jugak pujuk even nampak tak berkesan langsung.

19.Pernah admire dengan pensyarah sendiri.Muda lagi kot.Hahaha..gatal gatal.

20.Bila geram atau marah dengan orang,aku kasi jelingan maut ja.

21.Suka baca buku masakan,tapi bila masak,hampehhh tak jadi langsung -_-"

22.Still layan cerita Barbie...even tak suka pink pun,tapi Barbie lawa.Heehe


owhhhh...romantic!!

23.Aku suka layan buku fiksyen sains.Sebab tu tak layan novel sebab tak dak gambar.

24.Kedai henfon,laptop  dan gadgets memang jadi pilihan aku untuk singgah bila keluar jalan-jalan kat shopping mall.

25.Bila kena tulis banyak-banyak,ayat aku akan jadi pendek dengan automatiknya.


Jeng jeng...aku tag mangsa-mangsa ni di bawah ni.
Tulis ja fakta pasal hampa.Tak banyak,25 ja pun..hehehe.
Lepas tu,hampa tag kawan-kawan hampa pulok noh..
Tu ja syarat-syarat dia.Simple right?
Nak berkenalan dengan lebih rapat dan jadi kamceng,
tak boleh ke?Hehehe..ok sekian :))


*pssstt..kalau nak join menulis ni,habaq kat aku ea.Nanti aku tag :))*

p/s: Dah hampa habis tulis,habaq kat aku noh.Aku nak pi baca pasal hampa :)

Friday, January 4, 2013

Surat "Cinta" untuk dia..Sengal la

Assalamualaikum

Hai hai hai...!

Haritu time kelas bel or english class,Madam yang ajar subjek ni buat satu game. Kita kena tulis nama kat satu kertas dan letak dalam satu beg.Nanti kawan kita cabut kertas yang ada nama kita.So memang rahsia la ni sebab tak tahu sapa yang dapat kertas nama kita.Kira ala-ala dapat surat cinta la ni nanti.Hahahaha

Madam suruh kami sekelas tulis pasal kawan yang kita dapat nama dia tadi.Nasib aku agak tak baik sebab aku dapat budak lelaki!Sangat super sengal ok.


Aku tak pernah cakap dengan lelaki tu.Serius dah masuk sem 2,tak pernah cakap pun. Sebab aku tak dak hal nak cakap dengan dia.

Lepas dapat nama tu,madam listkan benda yang patot kena tulis pasal dia.Tudiaa..kita macam kena jangkakan kawan kita nanti bila dah dewasa,dia jadi apa and so on..ni permainan ja.Bukan tilik hidup kawan kita.Tak tak..syirik semua tu.

Memang serius lawak gila!Macam-macam la kawan-kawan yang tulis.Bila masuk bab nak mengena kawan,memang best la.Hahaha..ok mesti semua nak tau aku tulis apa kan?



Aku tau ayat English aku memang teruk sikit.Tapi terpaksa la tulis jugak.Nasib bukan aku yang baca kertas ni sebab tak boleh baca kertas sendiri yang tulis.Muka budak lelaki tu memang berubah gila lepas kertas ni habis dibaca.

Aku macam boleh agak la dia terasa part advice tu.Aku cakap benda yang betul.Benda baik-baik pa aku tulis kat dia. -_-"

Sangat tak boleh blah,si lelaki tu siap update status kat fb dia.."Terima kasih sapa yang bagi nasihat kat aku tu and bla bla bla...".

Uhukkk..uhukkk...sama-sama.Haaaha..

Permainan yang madam aku buat ni untuk melatih kami menulis dan bercakap depan public. Aku jenis ok bila cakap depan orang yang aku kenal.Bila depan orang lain,kekok tahap terok punya!

Dah dah..aku dah mengantok nak tulis panjang-panjang.Orang lagi mengantuk nak baca jugak.Ok sekian.... :))

Wednesday, December 26, 2012

Lirik: You by Nur Jannah Alia (In Doodle)

Assalamualaikum

Hai my sweeties!
Aku dah lama tak dengar lagu You ni..penyanyi dia Nur Jannah Alia.Tadi tiba-tiba adik aku terbukak kat youtube.Bila dengar balik lagu ni,jadi macam syok pulak.So aku lukis la something based on lagu ni.Aku pernah buat kat someone macam ni.Kira lagu ni macam mengena jugak la kat aku.Ok dah dah..sekian.Layaaaannn ^^,


 
Klik "PLAY" to hear this song :))
You were there to light my day,
You were there to guide me through,
From my days down and on,
I'll neverstop thinking of you.

How can I forget all that,
When you're the one who make me smile,
You'll always be a part of me,
How I wish you were still mine.


Never will forget the day,
How we've met and came this far,
We all know we got this feeling,
But somehow it has to end up here.


I know it's me who said goodbye,
And thats the hardest thing to do,
Cause you mean so much to me,
And guide the truth from me to you.


For all the thing I've done and said,
For all the hurt that I've caused you,
I hope you will forgive me baby,
Cause that wasn't what I meant to do..



p/s:Aku malas nak warnakan..Haahhaa..mood tak dak :))

Saturday, December 22, 2012

Jahatnya Hati Aku!

Assalamualaikum

Dear hati....kenapa la ang suka sangat mempermainkan perasaan orang? Kesian tau dak kat lelaki tu.Jangan dok bagi harapan.Nanti dia mengharap.

Berkawan pun susah..tak berkawan pun lagi susah.Nanti kalau tak mau kawan,tak pasal-pasal kena cop bajet hot dengan sombong.Waahhhh...aku pantang dengan perkataan tu.Serious!!

Kawan-kawan aku ingat aku tengah dok bahagia dengan someone special.Haaaaa..yang tu memang super sengal ok.Aku berkawan ja.Memang selalu mesej,kol..Tapi aku tak mintak pun semua tu.Aku layan atas dasar kawan.Tu ja.Terpulang kat lelaki tu nak pikir apa.Aku dah bagi warning awal-awal.Jangan dok kecewa nanti.Tapi dia kata,tak pa.Kawan pun ok ja.Tapi aku tau,dia nak lebih dari seorang kawan.Tengok ayat mesej dah tau la bhaiii. Aku tak bersedia nak terikat dengan sapa-sapa lagi buat masa sekarang..


Urrrmmmm...macam tak patot ja aku tulis post ni.Tapi aku rasa aku kena jugak tulis. Mana la tau dia baca ka post ni.Boleh paham sendiri kot.Aku tak la jahat sangat tapi aku memang tak mau lagi kapel2 ni.Serious!Mungkin sebab takot kecewa kali ke-2??????No komen.


Time aku dok menulis ni,tiba-tiba teringat assignment yang banyak ni.Tak padan dengan cuti mid sem seminggu ja.Belom lagi test lepas cuti.Double stress..OK SEKIAN..


Saturday, December 15, 2012

Shae:Sayang (In Doodle)

Assalamualaikum

Hai my sweeties!!

Pernah dengar lagu Sayang by Shae?Lagu ni agak lama dah tapi aku baru dengaq.Tudiaaaa.. Oleh sebab aku rajin,so aku lukis doodle berdasarkan lirik lagu tu.Ok nampak sengal kat situ.Ehh biarlaa..aku tengah bosan mengadap notes Organic Chemistry ni.HAHAHA

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu



Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


Doodle la sangat..sila gelikan perut untuk gelakkan aku.HAHAHA..
Ok sekian...

p/s:watak doodle di atas dah berkawen ye..so boleh pegang-pegang..ok peace!!



Sunday, December 9, 2012

Bila ustaz suruh hantar mesej kat mak...

Assalamualaikum

Hai my sweeties..!

Semalam aku ada seminar pasal HIV Dan Seks Bebas.Walaupun spoilkan hujung minggu aku sebab tak boleh balik rumah,tapi tak pa sebab banyak info yang boleh aku dapat.Makanan pun free ok.HAHAHA..

Last talk seminar tu,ada ustaz yang kasi ceramah pasal seks bebas.Memang sempoi habislaa! Tiba-tiba dia suruh semua bawak fon keluar dan letak atas meja.Ehhhh,,ustaz ni nak cek fon ka?


Rupanya ustaz suruh hantar mesej kat  mak dan tulis,"MAK,CEQ SAYANG KAT MAK"..ustaz tu kata,kalau hantar mesej kat boypren,girlpren boleh pulak tapi kat mak,tak kan tak boleh kot..tudierrrrrr ustaz,makan dalam....

Dalam hati aku,aku cakap,"Saya setiap hujung minggu balik rumah ustaz.Memang sentiasa contact la dengan mak ayah"...

Lepas ustaz habis cakap,aku pun sent la mesej kat mak aku...



Mesti mak aku pelik kan bila aku hantar mesej macam ni.Macam orang tinggal petanda nak mati ja.Tu dalam pemikiran aku la :)) Lepas aku hantar mesej,mak aku terus kol aku. Henpon pulak bagi silent...memang banyak la miskolnya.



Aku dah agak dah mesti mak aku pelik punya..HAHAHAA..macam buang tebiat daaa...mak aku cakap ingat berlaku apa-apa kat aku.Tengok???Betapa sayangnya mak ngan ayah kat kita tau.Ayah aku pun double pelik dengan mesej aku tu.ehehehe...


ok sekian...
time aku lunch derrrrrr ^^,


Saturday, December 8, 2012

Aku tau buruk sangat...

Assalamualaikum

Hai my luvly sweeties!!

Hari ni penat aku dengan kawan-kawan aku pi Jusco Seberang Perai.Aku cuma window shopping ja.HAHAHA..tolong la percaya dengan ayat propa aku tu.La ni aku nak tunjuk kat hampa semua.Ni doodle 1st yang aku lukis.Ok doodle la sangat.Apa-apa pun,aku dapat pujian untuk doodle yang buruk ni.

Aku tengah belajar untuk lukis lagi elok.Budak baru belajar la katakan.So sila kritik.. aku seriously tak pandai nak lukis tudung.Memang fail lukis sejak darjah 1 lagi. -_-"


Wahhhh..buruk buruk pun nak tayang kat sini jugak.Tak kira..nak tunjuk gak bakat aku yang terpendam sekian lama.HAHAHA..warna tak berapa ok la....... :((

Ok sekian... :))

Friday, December 7, 2012

Tidor kalah bear tgh berhibernasi ok!

Assalamualaikum

Hai my sweeties!

Dah seminggu aku kat kolej terchenta ni tau.Mula-mula probs sikit sebab ada 4 orang nak kena mandi awal.So memang aku yang kena jadi orang pertama bangun awal.Tak pa..aku mengalah.Nasib toilet dalam bilik.Hahaha

Bila dah start kuliah ni kan,aku memang suka tidur beb!Asal balik bilik ja,mula la aku terbongkang kat katil.Malam-malam,memang aku orang pertama yang tidur.Pukul 9 macam tu,konpem aku lesap.Nak cari aku,pandai-pandai la ye.Aku ingatkan aku sorang ja,tapi kawan sebilik aku macam tu jugak.HAHAHAA..Penat?Adalahhh jugak.Time ada koko,lagi la super penat!

Oleh sebab kampus aku dengan kolej sangat jauh (naik bas ampir 30 minit),memang kami stay ja kat kampus.Bas hanya datang amik petang ja..Sadis kan?Kampus aku tak da kolej lagi.So kena tumpang kolej kat kampus Permatang Pauh.

Boleh nampak tak hari-hari kehidupan aku kat sini macam mana?Kalau bas datang lambat,memang macam nak guling-guling atas jalan.Tak pa2..sabar banyak-banyak..Sebab tu aku selalu letih.Bila letih,mata pun ikot letih sekali.Tidur tu memang dah jadi tebiat. Kadang-kadang,kelas free ja,bukan nak bukak buku study,aku boleh pulak cari surau nak tidur.Tak bertamadun punya orang.. -_-"

So sori bear kutub.Aku lagi dahsyat kalau bab tidur ok.Tak berhibernasi macam ang pun,aku tidur jugak.Hahahhaa..so bila aku study?hehehehee..aku study time lecturer tengah mengajar.Dua dalam satu.So fokus betul-betul dalam kelas.Balik bilik,boleh rest.Sebelom tidur,baca notes sikit.Time tidur kan,otak kita akan proses balik apa yang kita dah belajar hari tu.So study smart erkkk!!Hahaha

Ok sekian....aku nak sambung tidur study ^^,

Aku tau aku cute time tidoq.HAAHAHA....

SEM 2 NI SANGAT OHSEEEMMMM OK!GILA ARRR JADUAL KULIAH PADAT MACAM BUDAK SEKOLAH DERRRRR -_-"

Sunday, December 2, 2012

Supadupa malasnya!

Assalamualaikum

Hai my sweeties :))

Macam biasa la..kalau aku dah jejak kaki kat kolej terchenta,mesti aku jadi pemalas cam bangangs.Belog ka,twitter ka,aku memang tak mengadap ok.Nampak tak ayat propa aku? Hahahaha..memang la aku tak on9..wifi cam haremmmmm lagi.

Bukan setakat wifi selow,kadang-kadang terus pangkah merah.Sign yang paling dibenci untuk ditatap apatah lagi untuk dihadap lama-lama *tutup lappy*

Lusa dah start kelas.Banyak pulak subjek.Dalam 9 subjek jugak aku rembat sem kali ni. Bukan subjek repeat ye.Memang setiap sem kos aku banyak gila subjek. Hahaha.. Pasni,memang aku akan tulis kembali blog aku macam biasa.Dah kurang giveaway,segmen bagai dan doodle buruk yang aku lukis.Sebab aku pemalas dan tak da masa.

OK sekian... ^^,

Terkejut beruk cam ngan pa lagi.Hahahaha...
Motif pics:Tak da

Tuesday, November 27, 2012

Aku nak dunia fantasi macam Chalkzone!

Assalamualaikum


Hai my sweeties..!
Aku suka tengok kartun kat tibi sebab adik aku yang bongsu tu suka kawal remote dan bukak channel kartun ja.Thats why aku terpaksa layan sekali dengan dia.Hahaha..Tapi kartun yang aku suka tengok selain dari Spongebob ialah Chalkzone!Penuh dengan fantasi la kartun tu.


Bila masuk dunia chalkzone,semua benda yang dilukis akan hidup.Aku lukis rumah pun nanti rumah tu bergoyang menari-nari depan aku.Lukis senapang,boleh amik dan tembak orang yang aku tak suka.Walaweyhh..bahaya ni!ahahahaa...


Tengok...boleh bercakap dengan ulat beluncas.Punyalaa fantasinya.Sangat tak boleh blah tapi apakan daya,just kartun.Heeheehee


Aku rasa cerita ni just nak timbulkan daya kreatif dalam kalangan kanak-kanak.Tapi kadang-kadang melampau jugak untuk umur yang macam aku ni hah.Suka berimaginasi sendiri bila melukis.Mulalahh dok pikir kalaulah boleh lukis macam dalam chalkzone tu.Semua benda hidup bila dilukis. Hhahahaha...hadoihh.Walaupun kartun ni dah lama pun,aku still suka tengok. The Fairly Oddparents pun aku suka tengok jugak.Dah mengalahkan adik aku ja yang kaki kartun tu.

Ok sekian... (^^,)