The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Surat "Cinta" untuk dia..Sengal la

Assalamualaikum

Hai hai hai...!

Haritu time kelas bel or english class,Madam yang ajar subjek ni buat satu game. Kita kena tulis nama kat satu kertas dan letak dalam satu beg.Nanti kawan kita cabut kertas yang ada nama kita.So memang rahsia la ni sebab tak tahu sapa yang dapat kertas nama kita.Kira ala-ala dapat surat cinta la ni nanti.Hahahaha

Madam suruh kami sekelas tulis pasal kawan yang kita dapat nama dia tadi.Nasib aku agak tak baik sebab aku dapat budak lelaki!Sangat super sengal ok.


Aku tak pernah cakap dengan lelaki tu.Serius dah masuk sem 2,tak pernah cakap pun. Sebab aku tak dak hal nak cakap dengan dia.

Lepas dapat nama tu,madam listkan benda yang patot kena tulis pasal dia.Tudiaa..kita macam kena jangkakan kawan kita nanti bila dah dewasa,dia jadi apa and so on..ni permainan ja.Bukan tilik hidup kawan kita.Tak tak..syirik semua tu.

Memang serius lawak gila!Macam-macam la kawan-kawan yang tulis.Bila masuk bab nak mengena kawan,memang best la.Hahaha..ok mesti semua nak tau aku tulis apa kan?



Aku tau ayat English aku memang teruk sikit.Tapi terpaksa la tulis jugak.Nasib bukan aku yang baca kertas ni sebab tak boleh baca kertas sendiri yang tulis.Muka budak lelaki tu memang berubah gila lepas kertas ni habis dibaca.

Aku macam boleh agak la dia terasa part advice tu.Aku cakap benda yang betul.Benda baik-baik pa aku tulis kat dia. -_-"

Sangat tak boleh blah,si lelaki tu siap update status kat fb dia.."Terima kasih sapa yang bagi nasihat kat aku tu and bla bla bla...".

Uhukkk..uhukkk...sama-sama.Haaaha..

Permainan yang madam aku buat ni untuk melatih kami menulis dan bercakap depan public. Aku jenis ok bila cakap depan orang yang aku kenal.Bila depan orang lain,kekok tahap terok punya!

Dah dah..aku dah mengantok nak tulis panjang-panjang.Orang lagi mengantuk nak baca jugak.Ok sekian.... :))

Labels: , , , ,

©