The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Friendship will end like this?

Assalamualaikum

Hai my sweeties!

Aku ada banyak benda nak tulis sebenarnya.Tapi seriusly mood aku agak mendung sejak dua menjak ni.Kepala aku agak serabut sikit.Test,assignment..jangan dok cakap la.Sentiasa ada.

Aku tengah berkawan dengan seorang lelaki ni.Well,dia baik dan sabar sikit dengan perangai aku yang kadang-kadang tak pandai jaga hati orang ni.Aku marah,dia kool..Aku marah lagi,dia gelak pulak.Tak paham aku.



Dia tau aku memang busy dengan study aku.Dia pun busy jugak dengan study dia.Dia belajar kat Japan-Malaysia Technical Institute. Masing-masing ada hal yang kena buat.

Kadang-kadang,aku tak balas mesej dengan kol dia.Aku keluar pi kuliah pukul 7 pagi.Sebab jauh punya pasal kan.Balik dekat pukul 5-6 petang.Malam baru jumpak katil.Kalau kolej dalam kampus,memang syok la.Sebab tu aku jadi letih dan tidur awal.Tangan pun malas nak menaip mesej.Fon aku kasi silent.Aku tak suka orang kacau aku time tengah tidur.

Dah 4 hari aku tak balas mesej dia.Aku rasa biasa ja.Tapi tak sangka dia kecik hati.Dia cakap dia sedih sangat dengan perangai aku.



Semalam,dia hantar mesej panjang sarat dengan luahan perasaan.Ayat dia lebih kurang macam ni la:

Tak pernah nak amik tau pasal perasaan orang lain.Dia kol tak nak angkat.Takkan sebelum tidoq pun tak sempat nak balas mesej.Ucap gudnite je pun ok la.Ni tak,senyap memanjang.Kalau tak suka,cakap ja.Asyik-asyik bila tanya sebab pa,cakap busy.Busy sangat ke?Bila kol,jawab 3 patah,"tak dak mood".

Ok salah aku.Memang salah aku.Aku sebenarnya terasa hati dengan dia.Tapi mulut aku ni tak mau cakap la pulak.Sengal sengal..Dan aku pun senyapkan diri.Fon sentiasa silent.

Nampak macam couple yang tengah bergaduh kan?Hahaha..aku pun tak tau status relationship kami ni apa.Masing-masing tak declare.Aku anggap macam bff  je la.Tak kan nak lebih-lebih pulak.



Hari-hari,aku harap dia sentiasa sihat dan baik-baik ja.Macam yang aku selalu doa untuk famili aku.Harap tak gaduh-gaduh lagi macam ni.Sedih ok. :'(



Tu je laa yang aku boleh menulis pun.Ok sekian..
*Thanks for reading my post*




Aku sayang dia.....

Labels: , , , ,

©