The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Me and 25 Facts!

Assalamualaikum


Hai hai my sweeties!!

Ehem ehem..sebelom tu aku nak ucap terima kasih kat adik Alia *si budak pinky yang cute*  yang dah tag aku untuk satu post ni.Hehehe..pandai ko Alia letak nama betul akak.Sori lambat nak tulis pasal ni.Busy sikit seminggu dua ni.Hehehee..

Aku pun dah lama tak main game macam ni.Ok meh scroll lagi ke bawah :))

25 fakta pasal aku

1.Aku suka makan.Kira dah masuk dalam senarai hobi terbaru.Dan bila lemak kat badan semakin "membiak" dengan banyaknya,aku mula nak diet lepas tu.Serius macam hampeh. -_-"

2.Mudah emosional.Fakta ni pun sangat diakui oleh kawan-kawan aku.Padahal aku rasa emo sikit-sikit ja.Tapi tak pa lah..terima kekurangan diri.ngeh3..

3. Suka melukis doodle.Aku tau doodle aku tak layak dipanggil doodle sebab buruk sangat. Syok sendiri melukis.Hahahaa

4.Tak suka makan coklat.Tak tau pasai pa tapi mulut memang tak boleh terima.So my bie,jangan kasi coklat sama guwa.heheehe

5.Tak suka Fizik dan Math.Sebab tu selalu tidoq time dua kelas ni.Hehehe..nasib lulus

6.Aku minat Big Bang.Paling aku suka, G-Dragon <3

7.Ngeri tengok darah especially time kemalangan.So cita-cita nak jadi doktor terpaksa dilupakan -_-"

8.Benci dengan lelaki miang ,gatal dan sewaktu dengannya.

9.Aku tak suka shopping sebab memenatkan kaki aku.

10.Kaki Twitter..yeah kira kaki online la jugak.hehe..

11.Obses dengan kucing.Rumah aku dah macam pet house :))

12.Kaki bola! Aku penyokong Harimau Malaya dan MU!

13.Suka tengok makanan Jepun tapi hati tak sanggup nak makan.Hahaha

14.Muka aku nampak garang tapi aku ni mesra mehh..Luaran ja macam tu :))

15.Suka subjek Biologi!Tapi tak suka membaca -_-"

16.Tak berapa layan novel..Ni fakta serius.

17.Bila aku mengadap lappy sambil tengok Running Man, aku gelak tak ingat kawan kat sebelah

18.Aku tak reti pujuk orang.Tapi aku try jugak pujuk even nampak tak berkesan langsung.

19.Pernah admire dengan pensyarah sendiri.Muda lagi kot.Hahaha..gatal gatal.

20.Bila geram atau marah dengan orang,aku kasi jelingan maut ja.

21.Suka baca buku masakan,tapi bila masak,hampehhh tak jadi langsung -_-"

22.Still layan cerita Barbie...even tak suka pink pun,tapi Barbie lawa.Heehe


owhhhh...romantic!!

23.Aku suka layan buku fiksyen sains.Sebab tu tak layan novel sebab tak dak gambar.

24.Kedai henfon,laptop  dan gadgets memang jadi pilihan aku untuk singgah bila keluar jalan-jalan kat shopping mall.

25.Bila kena tulis banyak-banyak,ayat aku akan jadi pendek dengan automatiknya.


Jeng jeng...aku tag mangsa-mangsa ni di bawah ni.
Tulis ja fakta pasal hampa.Tak banyak,25 ja pun..hehehe.
Lepas tu,hampa tag kawan-kawan hampa pulok noh..
Tu ja syarat-syarat dia.Simple right?
Nak berkenalan dengan lebih rapat dan jadi kamceng,
tak boleh ke?Hehehe..ok sekian :))


*pssstt..kalau nak join menulis ni,habaq kat aku ea.Nanti aku tag :))*

p/s: Dah hampa habis tulis,habaq kat aku noh.Aku nak pi baca pasal hampa :)

Labels: , ,

©