Showing posts with label for girls. Show all posts
Showing posts with label for girls. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Fan tulis surat untuk scandal G-Dragon Big Bang

Assalamualaikum

Hai hai!!

Sebelom ni,tetiba aku terbaca pasal scandal G-Dragon (Big Bang) dengan model Jepun, Kiko Mizuhara.Depa berdating ka?Ada aku kesah..hahahaa..Biarlah dia nak date dengan sapa pun.Bila berhadapan dengan fan yang over fanatik ni,tersangat menyampah terok ok.

G-Dragon! :))
Kiko Mizuhara...u are cute girl 
Ada satu gurl ni yang post something kat tumblr dia.Memang la ikot suka hati dia nak tulis apa pun tapi benda ni agak menggelikan usus besar aku.Hahahaha..

Surat tu bunyi macam ni.Aku baca yang bahagian atas je la.

Dear Kiko,
Please take care my ex-husband,G-Dragon and so bla bla bla...
He need more love so please give it..love him like I do :'(
I hate you Kiko but because u are a model,so I like u a bit.
I love fashion too..

Uweekkkkk...sejak bila GD tu kawen?Hahaha.Maybe berangan terlebih kot.Tak payah la perasan sangat sampai tulis macam tu.Aku pun tak tergamak nak ngaku GD tu suami or ex.Crush boleh tahan lagi laa -_-"
Kesian si Kiko.Tak pasal-pasal kena bash kat Twitter dengan VIPs pasal scandal ni.
Batak perasan si GD tu nak tengok hampa dan amik sebagai awek.Hahahahaha

So over fanatik.Biasa biasa sudah.


Wednesday, December 26, 2012

Lirik: You by Nur Jannah Alia (In Doodle)

Assalamualaikum

Hai my sweeties!
Aku dah lama tak dengar lagu You ni..penyanyi dia Nur Jannah Alia.Tadi tiba-tiba adik aku terbukak kat youtube.Bila dengar balik lagu ni,jadi macam syok pulak.So aku lukis la something based on lagu ni.Aku pernah buat kat someone macam ni.Kira lagu ni macam mengena jugak la kat aku.Ok dah dah..sekian.Layaaaannn ^^,


 
Klik "PLAY" to hear this song :))
You were there to light my day,
You were there to guide me through,
From my days down and on,
I'll neverstop thinking of you.

How can I forget all that,
When you're the one who make me smile,
You'll always be a part of me,
How I wish you were still mine.


Never will forget the day,
How we've met and came this far,
We all know we got this feeling,
But somehow it has to end up here.


I know it's me who said goodbye,
And thats the hardest thing to do,
Cause you mean so much to me,
And guide the truth from me to you.


For all the thing I've done and said,
For all the hurt that I've caused you,
I hope you will forgive me baby,
Cause that wasn't what I meant to do..



p/s:Aku malas nak warnakan..Haahhaa..mood tak dak :))

Saturday, December 8, 2012

Aku tau buruk sangat...

Assalamualaikum

Hai my luvly sweeties!!

Hari ni penat aku dengan kawan-kawan aku pi Jusco Seberang Perai.Aku cuma window shopping ja.HAHAHA..tolong la percaya dengan ayat propa aku tu.La ni aku nak tunjuk kat hampa semua.Ni doodle 1st yang aku lukis.Ok doodle la sangat.Apa-apa pun,aku dapat pujian untuk doodle yang buruk ni.

Aku tengah belajar untuk lukis lagi elok.Budak baru belajar la katakan.So sila kritik.. aku seriously tak pandai nak lukis tudung.Memang fail lukis sejak darjah 1 lagi. -_-"


Wahhhh..buruk buruk pun nak tayang kat sini jugak.Tak kira..nak tunjuk gak bakat aku yang terpendam sekian lama.HAHAHA..warna tak berapa ok la....... :((

Ok sekian... :))

Saturday, October 13, 2012

Oh girl!

13 Oktober 2012

Assalamualaikum..

Hai.Sebelom aku bergebang dengan lebih lanjut,aku nak tau,ok tak warna pink blog aku ni?Aku sebenaqnya tak tau la macam mana boleh terlepas warna pink kat blog aku ni.Haha.. ok so dengg tak boleh blah!Apa-apa pun,aku ok ja :)

Aku tak mau bergosip-gosip ni sebab tak baik tau.Tapi bila lama-lama aku tengok,sangat over la budak sorang ni.Pada pendapat aku,dia macam nak menunjuk yang dia tu budak UNIVERSITI.Ok aku tau la kawan-kawan dia yang lain tak dapat sambung u macam dia.Termasuk la adik aku tapi sekurang-kurangnya adik aku sambung form 6.Nanti result bagus,sambung degree meehh.Kalah aku beb.Hehe.Budak ni pun kawan adik aku.So aku tau la.Sapa suruh add aku.Kan dah kena.Haha.Aku tak stalker la fb budak tu.Post tak henti-henti.Sampai home fb aku tu,nama dia ja yang naik.

Orang lain pun belajar u jugak,assignment bertimbun-timbun kalah KLCC tu tak update la status setiap jam.Test memanjang tiap-tiap hari,tak kecoh pun.Tapi budak ni lain macam sikit.Aku tak tau la problem dia apa.Dah la universiti dia pun berjiran dengan kampus aku kat Bertam tu. Bezanya,aq IPTA,dia IPTS.Ok fine.Maybe dia teruja kot.Culture shock pun boleh jadi jugak.Tapi kalau gaya asyik cakap benda yang sama ja,bukankah nak menunjuk tu??Sampai adik aku "no komen"..Budak tu pun tak mau masuk form 6.Malu katanya.Yang ni aku naik hangin sikit.

"Masok form 6 tak bermakna orang akan ingat kau tu tak pandai''.Tu semua old thinking la. Kalau asyik pikir pasal orang lain,susah jugak.Tapi kalau aku la,better masuk form 6 tu daripada ipts.Aku tak kata masuk ipts tak boleh tapi aku tau yuran dia gila argghh mahal. Kalau famili sederhana macam aku ni,memang aku reject habisan la.Aku kalau boleh memang nak masuk form 6 tapi tak boleh.Sebab aku dah dapat matrik.Iyo ke macam tu?Apa-apa ja la.Asalkan aku dah dapat sambung belajar dalam kos yang aku suka jugak. Adalah kos tu dalam top 5 pilihan aku.Hehe.Ok dah melalut cerita pasal aku pulak.Back to da story.

Aku harap sangat jangan la buat macam tu kat kawan-kawan yang lain.Even depa like status tu tak bermakna depa suka beb.Sebab atas dasar kawan,depa pun tumpang hepi untuk kawan-kawan yang lain.Cuba pikir balik perasaan kawan-kawan yang tak dapat sambung belajar tu.Aku tengok pun sedih..Aku yang tak dapat sambung degree macam kawan-kawan aku yang lain pun malu.Tapi aku go on ja dengan life aku sekarang ni.Buat diploma pun ok jugak.Masa aku banyak untuk study.Ok dah la tu.Tak baik cerita banyak-banyak pasal orang ni.Just aku nak share ja cerita ni.Yang buat aku rasa macam......

I
I
I
I
I
I
V



Ok nite :)
Wasalam..

Tuesday, August 14, 2012

Friday, December 2, 2011

Susah sangat ke nak lupakan dia?

Assalamualaikum..


Ada benda yang dah buat saya jadi geram.Pasal perempuan.Even,saya sendiri pun girl tapi bila tengok others girl buat benda yang tak sepatotnya,rasa geram tetiba.Terutama yang baru love break.Haisshhh..susah benor ye nak lupakan dia?


Girls...
Kalau lelaki tu dah mintak break,maknanya dia dah tak mo kat kamu or dah rasa tak serasi.Jangan still mengharap lagi macam orang tunggu bulan jatuh kat atas riba ja.Buang masa ok.Daripada dok bersedih memanjang sampai orang yang tengok pun dah naik menyampah,baik buat benda yang berfaedah dan bagi manfaat kat diri sendiri.Lagi satu, banyakkan berdoa agar dapat jodoh yang lebih baik daripada dia..(^^)


Girls...
Jangan la buat something yang akan menampakkan diri kamu tu seorang yang terhegeh-hegeh. Sori untuk bahasa yang agak lantang but this is true..Apa la agaknya kalau lelaki tu pikir kalau si ex-girl ni asyik dok mesej2,calling2??Ok la kalau nak kata dah jadi kawan. Tapi ada ke yang pikir sebab atas dasar kawan or nak try balik sambung ikatan yang dah putus tu?Kalau dah sayang sangat2 sampai susah nak lepaskan lelaki tu,memang konpem la nak lelaki tu jugak kan?Sampai dah tak nampak orang lain?Susah2 kalau macam ni..padahal lelaki tu dah cari pengganti,right??


Girls...
Plissssssss...jangan jadi PLAYGIRL!!Tak payah la dok pikir kalau lelaki boleh jadi playboy, why not girl?Ni tak,frust melampau-lampau sampai nak balas dendam balik kat ex tu,apa kes,sis??Dah tak ada jodoh,terima je la..Maybe Allah dah aturkan jodoh yang lebih baik. Apa yang saya nampak,banyak girls yang kapel dengan banyak lelaki sebab nak tunjuk kat ex dia yang dia masih laku and rugi break dengan dia.Cesss...pemikiran cetek betul.Ni apa yang saya tau la.Kalau sebab lain,tak tau la pulak kan..


Mintak maaf banyak-banyak kalau terasa di hati atau menusuk di hati dengan kata-kata saya kat atas ni.Sebab dah tahan sangat dok pendam dalam hati ja.Saya tulis ni sebab benda ni berlaku di depan mata.Siapa dia?Biar la rahsia..Harap dia dapat berubah dan fokus dengan study.Tak payah dok pikir dengan benda-benda macam ni overdose sangat.Dah macam orang meroyan pun ada jugak tapi tak nak la dia jadi macam tu.Harap sedar sendiri..




p/s:Hari ni mulut terlebih bisa daripada biasaaa.....hati tengah panas la katakan.Mintak maaf..

Tuesday, November 8, 2011

Sayang gila-gila $%#?????

Assalamualaikum..


Hari ni,adik saya tetiba suruh saya baca 1 blog kawan dia punya.Saya yang agak boring ni dengan semangatnya pi la bukak.Gaya adik saya cerita pasal blog ni macam gempak sangat. Tu yang cepat-cepat nak bukak tu.Haha.Tak perli.Ni kenyataannya ok.


Laaa..ingatkan benda apa la tadi.Blog kawan adik saya ni memang cantek.Serius cantek. Ala-ala blog femes gitu.Serius tak tipu.Follower pun boleh la tahan.Tapi mostly post dalam blog ni pasal her boyfriend.Memang nampak sangat sayang gila kaw-kaw punya.Nak naik menyampah ada jugak time baca tu.Tak pa la.Dia sorang ja yang ada bf.Orang lain tak da. Haha.Yang tak tahan,ada 1 post tu,cerita pasal bf dia,punya la bersungguh-sungguh.Time buat karangan SPM tak macam tu kan,dik??Hehe..Kot ye pun,tak perlu laa nak tulis "SAYANG AWAK GILA-GILA #%&@".Tak sopan la adik..Ish3..


Tak pa la.Blog dia.Nak tulis apa-apa pun,tulis la.Tapi yang nak bacanya orang lain.Pemilik blog tu amik SPM taun ni dengan adik saya.So gud luck!Boleh la praktikkan gaya tulisan panjang-panjang tu time jawab paper BM.Tulis yang elok-elok ye adik.HEHE..






p/s:Apasal mulut ni asyik nak perli orang ja ni?ish3...insaflaaa...(-_-")

Thursday, May 5, 2011

kan bagus kalau mantain jer bertudung...

Selamat malam semua..kali ni saya nak berkongsi pendapat mengenai bab bertudung.dulu kalau di sekolah,mesti kena pakai tudung *budak beragama Islam la*.kalau tak pakai,nanti cikgu denda. betul ke..?tak tahu la kena denda ke tak sebab sekolah saya semua pakai tudung.ada la peraturan sekolah mesti semua kena patuhinya.tapi kalau dalam hukum Islam,ada tak yang ikot supaya menutup aurat?kalau peraturan sekolah boleh ikot,kenapa hukum Islam tak boleh? tepuk dada,tanya iman di hati..saya bukan apa tapi kebanyakan rakan-rakan saya sudah tercabut tudung dari kepala mereka.kalau di sekolah,manis jer bertudung..tapi sekarang..?mesti nanti ada yang kata err.."ingat yang bertudung tu baik sangat ke...?yang tak bertudung ni perangai tak elok.tak semestinya bertudung menutup aurat ja,ada ja yang pakai baju lengan pendek, seluar ketat tapi kepala bertudung."kalau ada yang pikir macam ni,cuba baca balik tajuk post saya ye..harap maaf kalau terkasar bahasa..(^^,)

Hailaa.. banyak sedih ooo..walaupun saya tak berapa nak rapat dengan diorang,tapi perasaan sebagai seorang kawan masih ada.kalau tak boleh nak tegur face to face,tegur dalam hati la..saya tahu saya ni bukan baik sangat pun tapi kalau bab-bab agama ni saya tak pandang remeh.kalau kawan-kawan yang boleh dikira kamceng la,saya main tegur jer tapi masih berpada-pada takut nanti kawan terasa.kena guna bahasa yang manis tebu la baru sedap didengar termasok orang yang nak ditegur tu.hehe..yang saya bimbang,tanggapan cikgu-cikgu yang dah mengajar kami.ye la..dulu bukan main bertudung litup tapi sekarang macam-macam fashion rambut ada.rebonding la..teknik rambut 'kedut-kedut' (tak tahu nama sebenarnya apa).

Tapi bila ditegur,nak tahu jawapannya apa..?jangan jadi hiprokrit laa...adoiii..poblem jugak ni.saya tahu la bagus jadi diri sendiri tapi tak kena cara tu.saya pun akui jugak dulu saya dan kawan-kawan perempuan yang lain sentiasa pakai stoking sebab dalam peraturan maktab mewajibkan pelajar perempuan pakai stoking.tapi sekarang tak pakai dah.tapi mungkin nanti saya akan pakai sampai bila-bila.moga-moga Allah berikan saya hidayah-Nya untuk menjadi muslimah yang lebih baik..kalau ada yang kenal saya baca apa yang ditulis ni,mesti gelak tak keluar irama nanti.saya kan jenis kasar dan agak errr mungkin jenis slumber badak sikit tapi saya tak boleh berubah ke..?boleh jer kalau ada azam yang tinggi..dunia di akhir zaman la. berbanyak bertaubat la sekarang.