The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK
















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Benda yang dirindui time sekolah!


Assalamualaikum

Zaman sekolah memang sangat best terutama yang tinggal kat hostel.Aku dok hostel 2 tahun ja sejak form 4.Tapi macam-macam kenangan yang aku dapat.Kena kejar dengan warden, denda lari satu maktab,ponteng sana sini,dah macam benda biasa kat sekolah dulu.Tapi bila dekat-dekat dengan SPM tu dulu,mula la rasa insaf sikit. Muhasabah diri ramai-ramai dengan satu batch aku.Uhuk3...aku dulu bukan student cop baik sangat pun.Buat hal sendiri macam maktab tu aku yang punya.Hahaha.Tapi tak la sampai masuk kes disiplin.Meehh aku nak cerita time benda yang aku rindu sangat-sangat time sekolah.


1.Time prep malam sebab time tu macam happening sangat.Memang semua pakat dok bz buat homework or study tapi macam fresh semacam ja malam-malam ni.Menyembang, bergosip dengan kawan sebelah,kawan depan or belakang aku.So tak la boring semacam ja study kan.

2.Pagi-pagi lepas Subuh setiap hari.Kami 1 Batch Form 5 (SPM 2010) baca surah Yassin ramai-ramai.Aku dapat rasakan 1 semangat yang luar biasa.Macam unite yang sangat kuat dan sama-sama mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah untuk sama-sama berjaya dalam SPM.

3.Malam hujung minggu.Selalunya aku study kat kelas sampai pukul 10.Lepas tu,semua pakat lari pi DS (Dewan Selera) tengok tv.Hari Jumaat pukul 10 kan selalu ada Mega Movie. Memang penuh la DS time tu.TV ada 2 bijik.Bahagian lelaki 1,girls 1.So tak campur. Tambah-tambah PUM jual makanan sedap-sedap,konpem laku beb.

4.Hari Jumaat,pi outing ramai-ramai dengan geng aku.Even pi Giant ja,tu pun dah rasa seronok beb.KFC memang tempat femes time tu.Naik bas ja,bau semerbak dengan KFC.Up sikit,Pizza Hut.Memang tong sampah kat hostel penuh dengan kotak-kotak KFC or Pizza. Dan pemandangan ni selalunya time hujung minggu.Hari lain,makanan kat DS.

5.Perjumpaan homeroom.Aku dengan homeroom aku excited oohhhh time tu.Jumpak pulak dengan bapa homeroom kami,cikgu Azizul.Hensem.Haha.Ok dah kawen ya.Time tu memang happening siot!Berkongsi problems pasal belajar ka,peribadi ka..apa-apa ja la.Nak melawak sakan-sakan time ni la.Cikgu Azizul memang sporting habis.Melayan ja kami ni yang spesis budak mengalahkan budak tadika.Mengada. :P


Banyak benda sebenaqnya yang aku rindu tapi tak larat nak menaip kat sini.Yang tu semua top 5 la.Yang lain tu dalam ingatan je la.Hehehe..ok bubyep :))

p/s:Zaman sekolah la yang paling dirindui.Betoi dak??

Labels: , , , , ,

©