The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK
















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Tak dapat sambung belajar? Dongibab dude!




Assalamualaikum..

Baru-baru ni dah keluar result untuk rayuan penerapan diploma/asasi ke Degree. Dan masih ada jugak yang tiada rezeki untuk sambung belajar. Bohong la kalau tak kecewa kan? Aku boleh paham perasaan hampa semua sebab aku pun pernah melaluinya dulu. Ok lemme start the story..

Cerita bermula bila aku dapat tawaran untuk sambung belajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dalam Asasi Sains Hayat selepas SPM.  Mak ayah sokong aku untuk belajar kat sini dan memang buat aku bersemangat nak belajar! Semester pertama, aku boleh carry on lagi dengan subjek yang tough bagi aku. Lepas dapat result final exam semester 1, cukup-cukup makan ja. Subjek Biology dan Chemistry aku paling ok pun. HUHU..

Masuk semester kedua, dugaan besar aku kena hadapi. Lagi sebulan before aku nak final exam sem 2, aku kena demam denggi. Ya Allah, sakit tu memang tak boleh nak gambarkan. Mak ayah jauh kat kampung, buat aku makin lemah kat sini. Lepas 3/4 hari aku demam, mak ayah datang KL dan ambik aku bawak balik Kedah. Sebab risau tak dak siapa nak jaga aku kat sini. Hampir 2 minggu aku tak pi kuliah. Lagi 2 minggu nak exam, aku balik ke PASUM. Dan aku makin suffer sebab tertinggal kuliah yang sedia maklum sangat express dan banyak topik aku kena cover dalam masa 2 minggu! Otak pun still blurr blurr, memang susah aku nak study balik dan cover topik baru. And finally, aku masuk dewan exam dengan otak yang masih tak full dengan ilmu-ilmu yang dah belajar dan belum belajar akibat tertinggal kelas. 



Nahhhh... aku failed subjek Calculus dan dapat C+ untuk Fizik. Pointer aku jatuh teruk akibat failed paper Calculus dan hancur harapan nak sambung degree. Sebenarnya, aku buat preparation awal-awal selepas aku habis final exam sem 2. Aku mohon UPU untuk diploma sebab takut in case, aku tak dapat degree. Lepas dapat jer result exam, aku hanya mampu berdoa agar dapat diploma sebab aku nak cover balik apa yang aku tak mampu nak capai dulu. Alhamdulillah, aku dapat diploma Kesihatan Persekitaran di UiTM Pulau Pinang. Selepas berhempas-pulas selama 3 tahun, akhirnya aku berjaya habiskan diploma ni. Dan bulan November 2015 nanti, insyaAllah aku akan berkonvo dengan segulung diploma.

Sekarang,alhamdulillah rezeki aku untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran di UiTM Puncak Alam. Dengan semangat dan azam baru, aku nak berjaya grad dalam kelas pertama dan dapat Anugerah Naib Cancelor (ANC) untuk degree ni. InsyaAllah mudah-mudahan. Even aku terlambat sambung degree sebab kawan-kawan asasi aku semua dah final year dan ada yang tengah tunggu konvo jugak, tu semua tak patahkan semangat aku untuk terus mengejar ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.



So, apa yang aku cuba nak sampaikan di sini ialah, jangan sesekali putus asa! Sebab mungkin Allah dan rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Biar lambat daripada orang lain, tapi kita ada keazaman nak mencari ilmu dan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Sentiasa percaya dengan perancangan Allah sebab setiap yang berlaku ada hikmahNya.

Kita keluar daripada mood sedih-sedih dan serius merius ni. Hampa nak tau, peluang belajar tu sentiasa ada. Kita ja kena rajin cari dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan. At least, still boleh mohon untuk pengambilan sesi lain. Kalau tak dapat degree sebab MUET tak ok, so hampa ambik balik MUET untuk dapat band yang lagi ok. Sebab mostly kawan-kawan aku yang tak dapat sambung disebabkan MUET diorang yang tak capai standard untuk memohon kos yang diminati. 



Sekian saja coretan aku yang mungkin agak hambar tapi aku harap apa yang aku tulis ni dapat memberi sinar harapan for those yang tak dapat sambung belajar. Aku kena sambung balik study Biochemistry. Kata nak dapat ANC kan?? HEHEHE ^^,

Assalamualaikum...






©