The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Dihalang masuk persembahan gara-gara badan chubby..:(

Assalamualaikum...


Masa saya Darjah 6,kira-kira tahun 2005,kelas saya kena buat persembahan khas untuk majlis penyampaian hadiah yang terakhir buat kami semua.Ye laa..pas tu kena masuk sekolah lain dah. Memang time tu,semua bersemangat nak buat persembahan depan mak bapak ngan cikgu-cikgu.Nak bagi semua kenang kat kami la.Kononnya la.bebudak punya pemikiran. paham2 je la.Hehehee..


Satu hari tu,guru kelas saya buat perjumpaan kelas.Sebab nak tentukan persembahan kelas kami nanti.Guru kelas saya time tu guru muzik.Memang terbaek la katakan.Cikgu saya nak kami semua buat tarian Ulik Mayang dengan lakonan sikit.Saya dengar pun teruja kot. Sapa tak mau join.Menari kot.Haha.Bebudak lagi...pas tu,kami semua dok bincang pemilihan penari-penari nanti.Semestinya  7 budak perempuan akan terpilih nak jadi puteri-puteri. Dan saya dah agak,mesti puteri ke-7 lawa and cun punya laa...digandingkan dengan jejaka mantap kelas saya time tu.Perghhh..sepadan beb!Hehe..Yang saya terkejut ala-ala beruk sikit tu, bila ada seorang girl yang sebut nama saya untuk jadi penari nanti.Memang saya terkejut beb.Tak sangka ada pencalonan upenya.Ngeh3..ok perasaan femes.SORIII..Yang tak syoknya kannnnn............>>>>>









Luka hati saya beb..malu pun ada time tu.Budak2 lelaki macam tak cukup mulut ja nak gelakkan saya.Cesss...jahat betul.Seharian saya bad mood.Balik rumah,saya nangis kat mak ngan ayah saya (bajet manja..sowieee lagi.hehe..).Tambah menyedihkan,setiap kali kawan-kawan saya practise buat persembahan kat dalam bilik muzik,saya jenguk kat tingkap belakang (bangunan setingkat ja).Saya dengan dua tiga orang kawan saya yang tak terpilih macam apa lagi,mengendap tersorok-sorok dengan tingkap. Kami yang tak menari ni kena cuci makmal sains.Menyedihkan bukan..OK jangan nangis.huhu..bila cikgu nampak kami tengah mengendap,terus kena sound."Oit,yang dok kat tingkap tu,pi cuci makmal!".Time tu cikgu sains saya ada sekali tengok depa practise.


Kami ni lari la lintang-pukang masuk makmal balik.Semua muka sedih ja.Sapa tak sedih beb.Nak join,tapi tak boleh.Nak tengok kawan-kawan practise,kena halau balik. Saya time tu tak kata apa-apa.Diam ja la..Dah memang tak layak sebab chubby kan,nak bising buat apa..Tengok time majlis nanti la jawabnya.Ada jugak kawan baik saya yang terpilih tu ajak tengok dia menari,tapi segan laa..semua hebat-hebat belaka.Saya ni kelebihan apa pun tak dak..Tapi lepas tu,saya tak kesah sangat pun.Sebab time majlis anugerah cemerlang tu, nama saya banyak disenaraikan sebagai penerima hadiah (ok tak sengaja nak bangga diri kat sini.soriiii lagi sekali..hehe).Kira terubat la sikit hati ni.Sekurangnya ada jugak hadiah yang saya boleh tunjuk kat mak ayah saya kan.Hehe..


Sampai sekarang,saya tak marah pun dekat cikgu saya yang cakap macam tu kat saya.Jauh sekali nak terasa hati ke apa ke..Tapi saya berterima kasih lagi kat beliau sebab dah tolong saya bagi dapat Math A.Saya memang lemah gila math2 ni.Subjek yang masuk kategori 'KURANG SUKA' la katakan.Cikgu saya just nak bagi persembahan tu nampak perfect ja. Bila saya pikir balik time tu,mana ada puteri yang chubby..time tu la..bebudak lagi.hehe..So macam tu la cerita saya time jadik budak sekolah rendah.Ingat kot.Pahit sikit,sebab tu susah nak lupa.Hahaha...ok jokes only..tenkiu for reading my post.saranghae..!^^


p/s:seram pulak bila dengar lagu Ulik Mayang..meremang bulu tengkuk kot..~~~
©