The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK
















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Tersedar lepas baca 'Contengan Jalanan-Hlovate'

Assalamualaikum...


Hari hujung minggu memang best la nak lepak bagai tapi kerja tutorial tengah menanti untuk disiapkan.Tak pa.Nak kasi relax sikit otak ni lepas dah kena kerah untuk exam mid sem seminggu ni.Pergghhh..memang menguji daya fikiran betul la.Ok move to our main topic. Dah baca ke novel terbaru Hlovate, Contengan Jalanan? Semalam saya pinjam dekat rumate.Dah malas nak buat kerja,baik layan novel sat.Bak kata orang,release tension..Apa yang best sangat pasal novel ni?Maybe ramai yang dah baca dan saya baru nak bukak novel ni. Tak sempat lerr..hehe..




Mula-mula saya tengok cover novel ni,memang tak menarik perhatian saya untuk membaca.Padahal,novel ni dah lama kat rumate.Pinjam dari bilik sebelah.Tu laa orang cakap,"Don't jugde a book by its cover".Cerita dia sangat menarik.Sampai ada satu ketika,saya termenung sat.Sebab terasa dengan bait-bait ayat dalam novel ni.Banyak benda yang saya tak tahu sebelom ni boleh dapat tau dari novel ni.Nak berdakwah,macam-macam cara boleh guna kan?Hlovate dah guna cara ni untuk ajak kembali menginsafi diri yang naif ni.Memang saya tabik springgg sama Hlovate ni even tak tahu beliau ni sapa. So mysterious guy..I see...


Lepas habis baca tu,saya terfikir.Macam mana kalau tak sempat kembali ke pangkal jalan yang diredhai Allah sebelum mati?Macam yang difikir oleh Fend dengan Chad,watak dalam novel ni.Dosa yang selalu dok topup,bukan pahala yang nak dibawak bekal untuk akhirat nanti.Kadang-kadang,momentum nak berubah tu sangat tinggi bila insaf baca something like this.Bila dah lama sikit,mula la momentum tu turun jatuh nak tahap negatif.Start balik buat benda-benda yang tak berpekdah dan topup dosa berganda-ganda.Saya jenis macam tu kalau nak tahu laa..-_-"


Saya suka 1 ayat dalam novel ni..


"The man who decided to change on the 12th hours dies on the 11th.-THE 11th HOUR."
Boleh paham maksud di sebalik ayat ni??Mula-mula saya pun tak paham.Apa kaitannya ni? Blurr sat tapi bila dah baca tu,yes!Finally...tu ke maksudnya..Boleh jumpak ayat ni kat part I-Fend.Macam mana la kalau tak sempat nak berubah jadi yang lebih baik tapi dah mati sebelum sempat buat apa-apa?Tak kan rugi namanya...Hidup ni cuma sementara.Saya pun kadang-kadang pikir dalam pasal hal ni.Yang satu tahu,cuma keseronokan di dunia ni ja.Obsess dengan k-pop segala bagai..hari-hari main twitter sebab nak tahu perkembangan pasal diorang ni..so useless..demm serius..!


Saya tak kata saya nak berubah 100% jadi baik terus.Tak...kena guna step yang betul.Slow and rilex tapi berkesan.Saya konpem,kalau yang terus berubah 100% tu,memang sat ja tu.Sebab komitmen tak sampai tahap yang sepatutnya.cakap orang-orang tua,"Hangat-hangat,tahi ayam..".ok dah habis berceloteh kat sini.Time nak sambung buat keja pulok..hehe..


The 11th Hour

p/s:Try to be urself if you can..change to be a better person...^^

Labels:

©