The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Counting days. Yes I'm not ready yet!


Assalamualaikum.

Aku tengah menghitung hari ni. Dah banyak persiapan tengah dibuat dengan kesayangan kite. Tinggal lagi 3 bulan ja sebelum acara kemuncak kami. Dah merata tempat jugak kami pi untuk photoshoot. Perghhhh.. ayat dah macam model fofular. Hutan, bukit kami sanggup redahi. Siang ke malam siapkan persiapan mana yang patut. Kadang-kadang kami sampai tak tidur sampai esok pagi. Sebab dah nak duedate kan. Mau tak mengelabah kami!

Tett..tettt...tettt..

Maaf la bukannya persiapan aku kahwin tapi persiapan untuk habiskan praktikal as pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Hahaha. Memang sedia maklum la banyak gila laporan yang nak kena siapkan. Belum lagi Community Survey (CS) yang kena turun padang untuk buat kajian. Kesayangan aku of course la my kawan-kawan aka housemate yang sentiasa dengan aku sudah dan senang mengharungi life as intern ni.

Selama aku tak update blog ni bukan apa, masa tak mengizinkan. Even weekend pun aku turun buat kerja ikut unit-unit yang ada aktiviti. Sekarang ni dah selesai attached dengan semua unit kat PKD. Jadi masa yang ada ni kami gunakan untuk siapkan CS, laporan aktiviti untuk portfolio dan laporan untuk final sem nanti.  Kalau di alam pekerjaan, aku rasa lagi banyak kerja kena pikir. As an intern pun aku dah terasa bahang nak stress tu. Heheee.

Ok la. Aku tak mau janji la nak blogwalking ke blog hampa semua bila dan bila. Kalau aku free, aku pi jenguk. Ok?

Sekian.Assalamualaikum..

p/s: Gambar kasut tu aku edit guna vscocam. Rasa macam nak jadikan blog ni as photoblog? Mueheeee.. kalau rajin.


©