The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK
















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
Student akhir sem yang serabut!




Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik dah 8 bulan aku bergelar pelatih PPKP. Lagi 2 bulan ja lagi sebelum aku tamatkan diploma ni. Tak sangka, dalam dok malas belajaq dan amik kos ni tanpa rela, aku dah nak habiskan almost 3 years diploma kesihatan persekitaran. Banyak pengalaman yang aku kutip. Banyak kenangan yang aku simpan. Tak kira la manis pahit kelat masam. Semua ada..

Bila dah bergelar pelajar akhir semesta ni, memang tak lari daripada nak mengisi macam2 benda beb! Dari isi online sambung degree sampai la nak isi kerja nanti. Aku masih dok dalam pertimbangan nak sambung degree or masuk alam pekerjaan. Tapi aku isi ja semua. Sebagai langkah berjaga-jaga. Muehehee..

Bab nak sambung degree pun satu hal jugak. Aku tak tau nak sambung apa. Lecturers galakkan untuk ambik kos OSH (Occupational Safety and Health). Tapi aku cakap betul la, aku tak berminat kos tu sebab kos yang aku tengah ambik ni pun, aku gagahkan diri aku untuk belajar. Bukan tak bersyukur tapi aku dah dapat yang tu dan mungkin tu takdir Allah SWT untuk aku. Aku terima ja. 




Aku lagi suka kos medical. Memang aku minat dari dulu lagi. Sejak kat PASUM. Tapi aku tak dak rezeki nak habiskan asasi dengan jayanya. Terkubur sebentar impian aku nak bergelar seorang doktor. Frust! Aku rancang nak ambik medik instead of engineering bila apply degree nanti. Kadang-kadang aku suka letak diri aku rendah serendahnya daripada orang lain. Sebab aku selalu pikir " Kawan-kawan dah nak habis degree, aku baru nak apply. Malu guwa". Cehhhh... tu semua mainan perasaan.

So, aku biarkan dulu soal sambung study dengan apply kerja ni. Even orang-orang kat sekeliling aku banyak sangat bagi pendapat dan nasihat. Makin buat aku pening kepala dengan pilihan yang banyak ni. Hahahaa. Kot ke hampa ada cadangan untuk aku, boleh la komen. Mana tau boleh tolong aku buat keputusan :)

Sekian. Assalamualaikum..




©