Saturday, October 26, 2013

Friday, October 25, 2013

Cerita Aku: Program Anak Angkat EHSAn (OPKIM) Part 1



Assalamualaikum and annyeonghaseyo!!

Minggu lepas,aku baru ja balik dari program anak angkat (OPKIM) anjuran persatuan aku, Environmental Health Student Association (EHSAn). Kira aku sambut hari raya aidiladha dengan famili angkat la. Kami buat kat Sik. Ada 3 kampung yang terlibat: 

1. Kg.Kuala Krik
2. Kg.Betong Dalam
3. Kg.Kenanga 

Aku dapat famili angkat kat Kg.Betong Dalam. Best la weh.Sejuk sentiasa. Maybe dengan faktor yang selalu hujan kot. Kami buat program ni 4 hari 3 malam. Memang sat sangat la. Sepatotnya seminggu tapi nanti ada yang menangis pulak tak dapat balik raya. Hahahaa.

Hari pertama kami sampai tu,aktiviti dengan famili angkat sampai malam. Oh yeah..Aku dengan 3 orang lagi kawan dapat keluarga En.Mutalib. Baik dan ramah dengan kami. Memang layan kami macam anak betul. Nak pi mana-mana pun sebut ja,nanti abah dengan mak hantaq. Hehehe.

Day 2: Hari Kesihatan dan "Search & Destroy"

Pukul 7.30 pagi, kami dah kena berkumpul kat depan Klinik Kesihatan Kg.Betung. Sebelum tu,kami melantak nasi lemak 2 bungkus sorang. Alhamdulillah sedap giler. Abah dengan still baju melayu dan kain pelikat hantaq kami pi klinik. Bila sampai sana,tak dak sorang lagi pun. *sigh*






Pagi tu ja,kami buat senam robik dengan students darjah 6 dan budak2 tadika.Omaiii.. comel tau! Dari jauh,siap lelambai kat depa lagi tapi buat tak tau ja kat aku. Ok taperr.. siap kena buli dengan aku satgi. Huauhuaaa.. *evil laugh*













Selesai aktiviti pagi dengan budak2 yang comel2 belake ni.. aku just tolong mana yang patot dan kacau adik2 tadika ni.Hehehehhee..best weyh!

Petang tu,kami buat "Search & Destroy". Ni aktiviti membasmi pembiakan nyamuk Aedes dengan aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan some groups dan kena pi rumah ke rumah untuk bagi guni dan sedikit penerangan pasal Aedes dan Denggi. Dan satu-satunya group aku ja yang kena bersihkan surau. Sori tak ada gambaq untuk slot ni sebab aku malas nak bawak kamera time kena gotong-royong. Memang tak jalan kerja la jawabnya nanti. Hahaha.

Malam tu pulak,kami buat proram Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Ni untuk students form 4 dan form 5 yang akan melanjutkan pelajaran lepas SPM nanti. MDAB ni macam program pra-diploma for those yang tak dapat lanjutkan pelajaran untuk program diploma,asasi or matriks. Ni la peluangnya dengan apply borang MDAB :))

Day 3: Persiapan raya Aidil Adha.

Hari ni memang best sebab tak aktiviti.Just buat persiapan raya dengan famili angkat. Tapi kami waktu pagi tu,kak angkat kami,kak Manja bawak pi jalan-jalan kat kampung. Apa lagi, naik motor ramai-ramai la. Memang tak la aku nak jalan kaki sebab jauh beb.









Petang tu,kami pi ronda lagi tapi kali ni pi dengan mak dan abah. Kami pi ladang anggur tapi sayangnya dah tutup. Huarghhh.. tak dak rezeki nak masuk sana. Bergambaq kat luaq pagar je la :')







Ok tak pa..ada rezeki,kami singgah lagi..huhuu :))

Malam tu,kami buat ketupat pulak. Kalut sikit la sebab waktu siang dok bersuka-ria.Hehe.. Ehh jadi la jugak kami buat ketupat even errr..sejam untuk siap sebiji ketupat palas. Baru nak belajaq weyh ^^,






Then,sambutan hari raya Aidil Adha di Kg. Betung Dalam ni. Di lain entry la ye.. Panjang sangat dah ni.Ngehngehngeh...ok bye..

Assalamualaikum :))

Next---> Cerita Aku: Program Anak Angkat EHSAn (OPKIM) Part 2

Tuesday, October 1, 2013

Hai final examination..welcome back!!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo!

Aku tengah final exam sekarang ni. Paper 1st aku start 25 September minggu lepas. Aku baru selesai 4 papers. Lagi 5 papers yang nak kena pulun ni. So memang aku busy sebab jarak antara exam lebih kurang sehari ja. Memang kena study awai-awai tapi aku ni kepala tak boleh study awai sangat. Paham-paham je la bila aku start study.Hahahaa..

Yeahhhh..thats me -_-"

Students...well u all already know it. Sebulan sebelum final exam bertandang tanpa dijemput, dah berbakul pasang niat nak study awai la,buat notes then tampal kat dinding la. Termasuk aku jugak tapi seminggu sebelum start exam, aku sibuk dok siapkan lab report dengan assignments. So azam tu memang nampak samar-samar sikit. Kira ok la aku pasang jugak niat even nampak macam tak jalan seperti yang diharapkan. Kekekeeee..

Reaction lepas jawab exam.. Damn  me!!

Kalau aku bosan sangat mengadap buku, then aku melukis pulak. Pas melukis, aku upload kat Instagram. Baru buat kan so memang agak jakun sikit. Segalanya nak letak kat situ. Tapi tu bila aku bosan gila la. Tak bosan sangat,aku pi tidoq. Kepala macam nak meletup sakan. Sekian.. :))

p/s: Doakan aku beb..Moga aku dengan kawan2 boleh jawab dengan baik untuk final ni. Wish good luck kepada yang menduduki final examination jugak! ^^,

Friday, August 23, 2013

Masa yang sakan dok kejar aku!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo!!

Aku sebenarnya baru balik dari Selangor dan Negeri Sembilan dua hari yang lepas. Macam biasa,setiap sem mesti wajib ada study field trip. Ada 3 tempat yang kami buat lawatan kat sana. Yang paling best, kami pi melawat kilang Yakult kat Seremban. Tapi pasal ni aku ceritakan kemudian la. Lepas balik daripada cuti raya haritu, aku ada lawatan jugak hari Khamis (15/8/2013) tapi dekat area Seberang Perai dan Nibong Tebal ja. Tempat yang aku pi kat sini ni memang sangat "best" la. Tu pun kalau aku rajin,aku tulis la pasal tu. 

Dan aku nak pesan la. Kalau time baca entry aku pasal lawatan tu, jangan baca sambil makan. Ada unsur yang tak patot untuk dilihat time makan. Sampai sekarang, kepala aku still dok terbayang site tu. Ehh banyak gambar yang aku nak kongsikan dengan hampa semua tau.

Esok jugak la,program yang aku conduct selama sebulan ni akan dilaksanakan. Even ada poblem yang tetiba ja muncul,kena cool dan rilex ja untuk solve poblem tu. Jadi Pengarah Program ni memang mencabar segala benda. Tapi aku memang banyak belajar la untuk jadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dan untuk conduct sesuatu program tu jugak. So hampa semua doakan noh supaya program aku tu berjalan lancar dan berjaya.

Ohh yeaaa..nama program aku tu "Recycle Day: Don't Trash Our Future". Penat aku memikir untuk bagi nama program tu tauuu.. Eleeehh..bajetnyerr aku ni. Takdak nak pikiaq sangat la kan. 

Ok yang tu ja kot. Sori la aku cakap macam pa lagi. Nak pi blogwalking konon, tapi hampeh.. Aku try la sebab aku memang busy semedang. Tak tau la awat aku rasa macam penat gila untuk sem ni. Macam tak cukup kaki dan tangan untuk buat kerja dan pi sana-sini. Rasa bersalah gila sebab selalu sangat membazirkan masa untuk benda yang tak pekdah. Ya memang betul la,masa sakan dok kejaq aku. Dan banyak benda aku tengah siapkan dalam masa yang singkat tapi selalu tertangguh. Hate this situation so much! Aku tak pandai nak disiplinkan diri aku beb!


So sekian.. Assalamualaikum :))

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Mememberku!!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo..!

Aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua kawan-kawan yang mengenali aku tak kira di Malaysia or perantauan sana. Maafkan aku kalau dalam dok menulis kat blog ni ada yang terasa hati mahupun hati tu jadi kecik. 

So Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin :))

p/s: Zain comel ja nyanyi giyomi dalam Setia Hujung Nyawa Raya semalam. Nak pujuk bini punya pasal.. Heehehheee :D

Tuesday, August 6, 2013

Friday, August 2, 2013

Kegilaan kembali menerjah!!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo!!

Selesai sudah 3 minggu yang buat aku temengah-mengah dan semput. Kaki macam tak cukup tanah ja nak berlari ke sana-sini selesaikan macam-macam hal. Test yang berderet-deret setiap hari setiap minggu memang buat jiwa aku kacau sat. Tu belum lagi hari nak final exam nanti. That why la aku tak sempat nak bukak blog ni.

Cuti balik raya ni memang heaven gila.. Bebas sat kepala aku dari serabut dengan aktiviti persatuan mahupun assignments. Balik rumah ni jugakla aku dapat makan nasi time sahur. Kalau kat kolej, standard la roti Gardenia sapu dengan mentega and tabur dengan gula. Alhamdulillah aku dapat jugak bangun sahur dan makan apa yang ada.



Aku rasa,balik cuti hampir seminggu lebih ni memang tangan aku rajin ja nak update blog. Kerja assignment tak ada la katakan untuk dibuat balik ni. Sebab balik ja kolej raya ke-6 nanti, ada dua tiga lawatan jugak la yang kos aku kena pi. Paling jauh sikit, pi Selangor dan Negeri Sembilan. So lecturer kasi rilex puas-puas dulu. Heheheeee..

Well, tu ja kot untuk malam ni. Ok wasalam :))

p/s: Aku akan datang menerjah blog-blog hampa nanti. Nantikannnnn... ^^,




Sunday, June 30, 2013

Not a new story :)



Assalamualaikum... and annyeonghaseyo!!

Aku busy sikit time ni. Tak sangka jadual untuk sem ni lagi padat dan semput bila tengok. Banyak presentation dan assigments yang tengah dok menanti. Problem dengan kawan dah kurang sikit untuk sem ni sebab aku nak jadi orang yang suka think positive.  Even kadang-kadang sakit hati jugak tapi sabar je laa..

Life must be go on!!

Tinggal lagi satu sem ja sebelum pi praktikal. Time ni la kena pulun betul-betul untuk skor yang terbaek. Lecturers banyak sungguh bagi tips dan nasihat yang bagi naik semangat. So aku jadi motivated sikit. Dan sem 3 ni jugak la last untuk Kor. Lepas ni tak payah la turun setiap petang untuk kawad dan sebagainya.

Yang tu ja kot. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Tak dak cerita menarik lagi ni. Ok bye..

Annyeonghi gyeseyo..... :)



Thursday, May 30, 2013

The Amazing Place in World 2






Annyeonghaseyo!!

 Aku nak bagitau something ni. Aku dah lulus test komputer kali ke 2! So dah boleh belajar bawak keta lepas ni. Hehehehe.. Aku nak sambung part kedua tempat-tempat yang memang best. 

Tulips in Snow, Jeremy Ranch, Park City, Utah

Corkscrew Falls, Hocking Hills, Ohio, USA

House of Axel Munthe, Capri, Italy..

Waterfall in Transylvania, Romania

Niagara Falls, Canada

The West Side of Taihang Mountain, Shanxi Province in China


Spring flowers on a hillside, Hokkaido, Japan

Cherry Tree Pond, Sakura, Japan
Lawa ohhh tempat ni terutamanya Cherry Tree Pond ni. Boleh jadi tempat pi honeymoon nanti. Oiii gatalnya! Hehehehe.

Ok yang tu yang sempat aku kongsikan. Nak banyak lagi,hampa google la sendiri noh ^^,

Kalau aku rajin,aku akan kongsi pulak aksi lawak haiwan. Ok sekian.

Annyeonghi gyeseyo :)