Thursday, April 25, 2013

Hiatus for some days...



Aku busy sikit.. So memang malas nak update blog time macam ni. 

Busy buat pa? Some business? Hahahaa ^^,

Dan aku terasa sikit dengan seorang blogger ni. Aku komen kat 1 post dia. Benda betul dan aku rasa aku patut tulis kat kotak komen tu.

You know what? Dia marah.. Memang jenis tak boleh nak ditegur ea? Umur bukan budak-budak lagi tapi mentaliti tahap budak tadika. Siap boleh cakap pulak,aku terasa sebab tu aku komen macam tu?

Heh! Malam sikit..Aku tak kisah la hang nak cakap apa pun. OK chill??

Belajarlah terima teguran sebab kita bukan perfect sangat pun :)) 

Tak pa..tak pa.. Aku ni style cool.So buat dek je la.Hahaha.

Lepas habis hiatus ni,aku nak tulis pasal pengalaman di MRSM Merbok,sekolah aku dulu. Aku rindu la weyh. Aku nak balik sekolah macam dulu tapi tak mau amik SPM,boleh dak?

Sebab time sekolah la,time paling best sekali terutama duk hostel ni.Hurmmm :'(

Ok sekian.. Annyonghi gyeseyo :))

Tuesday, April 23, 2013

Kasih sayang antara monyet dan kucing :')





Monyet ni dah amik kucing ni sebagai anak angkat. Ni berlaku kat Ubud's Monkey Forest 

di Bali.

Menurut jurugambar, monyet tu tak suka bila dia nak ambik gambar  dan cuba lindung 

kucing tu daripada kamera. 


Binatang pun tau nak sayang sesama sendiri,even bukan dari jenis yang sama.. Terharu 

aku tengok gambar ni :")

Sekian.. Annyonghi gyeseyo :))

Monday, April 22, 2013

Girls,it's not over!




Hai!!

Hari ni aku nak borak-borak pasal girls. Kadang-kadang,bila duduk saja sambil kira bintang kat bantal aku,aku pikiaq balik pasal benda-benda yang dah berlaku keliling aku. Yang pahit,kelat,manis,masam..Semua ada..

Well..Aku nak tulis pasal girls and a break love.

 Aku tengok, bila putus cinta ja,girls yang paling overdose tahap kecewa dia. Aku tak tau nak respon apa time tu. Serius sebab aku bukan doktor cinta a.k.a Mr.K. Ahakss!  Mostly girls yang aku tengok, murung sampai berhari-hari.Tak dak semangat. Study entah ke mana. Suka menyendiri tatkala yang lain tengah lepak santai ramai-ramai. Senang nak detect la kalau orang tengah break love.Even tak mention pun.Kekeke..


Girls, kita ada maruah. Jangan sampai boys pandang rendah kat kita. Ayat aku tak dak piawai sikit.So maaf. Awat aku cakap macam tu? Ok sebab aku tengok bila boy said,lets break up,and girl tadi menangis macam nak banjir dan merayu-rayu dekat boy tu. Ohhh pelisss! Dah orang reject tu,terima la hakikat yang boy tu tak sayang kau lagi. 

Aku serius kesian jugak kat girl yang macam tu. Setia sangat pun susah jugak padahal boy tu, entah-entah tak sampai seminggu,dah cari pengganti. Heh!Boyssss..... -_-"

So tak payah la nak jadi kera sumbang sampai berhari-hari dok menyepikan diri bagai. Tu belum yang jenis update status. Konpem penuh timeline FB mahupun Twitter. Ayat sedih ja baca pun. Macam tak dak hal lain nak buat dah dek sebab melayang sangat perasaan sedih tu. 

C'mon girls!

Be strong ok? Ya aku tau..Mesti ada yang cakap,"Eleh..kau tak pernah break ke?"

Aku memang ada teman special dulu. Lama jugak aku bertahan dengan dia. Tapi kalau dah tak serasi dah,patut ka still bersama lagi? Boleh serabut kepala aku.So breaks. Aku ok ja. Tak tau nak rasa apa. Sebab kawan-kawan and famili still ada untuk aku lagi :')


Jangan la sampai yang ambik tindakan ketidakpandaian gila dengan buat benda-benda yang tak patut. Sangat terserlah tahap ketidakcerdikkan anda di situ. 

Sampai tak nak masuk kelas (kes mata macam drakula sebab nangis berjam lamanya.. kekeke), makan tak mau, mandi kalau tak mau jugak,kawan dengan kambing la. Haahahah. Jokes :))

So setakat tu ja kot.Aku menulis pasal ni sebab aku pun girl jugak. Aku paham benda-benda macam ni. Dan aku tak mau la boys gelakkan kat girls ni sebab dok terhegeh-hegeh,merayu bagai kat diorang. Rasa syok la ea girls buat macam tu? Aku rasa macam nak sepak ja kalau ada boys yang hanya pikir "GIRL HANYA UNTUK HIBURAN"

Dah tak mau,dah bosan,boleh campak girls ketepi je ehhh? 



Girls,kalau break up,its not over yet! Allah lebih tau pasal jodoh kita. Dan maybe dia bukan jodoh yang ditentukan untuk kita. So chill babe!

And boys,nak tau something tak?

Girls kalau dia sayang sangat kat someone tu,dia akan setia sampai la jadi suami yang sah. So jangan mainkan perasaan girls ok? 

Sekian.... Annyonghi gyeseyo ^^,


p/s: Apasal aku jiwang sangat malam ni? Seraammmmm...hahaha :))



Sunday, April 21, 2013

16 Fakta Menarik Mengenai Bayi!



1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.


2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak 


wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.


3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 


tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.


4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.


5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.


6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.





7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan 

digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.


8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh 


membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.


9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh 

membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.


10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding 


dengandegupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.


11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa

16-20 nafas seminit.


12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.





13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.


14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.


15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan 

dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.


16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut 


akanhilang dengan cepatnya.


Baby sangat cute kan? Hehehehe.


Ok sekian..Annyonghi gyeseyo ^^,



Hiatus time for movies!





Hai!!

Aku memang malas nak pi tengok movie bagai ni kat cinema. Thats why aku tak berapa nak tau sangat the latest movie. Kalau orang update kat blog pasal movie or cerita terbaru,baru la time tu aku godek-godek kat Google untuk download.

Contohnya,cerita "Sebenarnya,saya isteri dia" kat TV3 tu. Banyak blogger yang cerita pasal ni dan ada link untuk downlaod or tengok online. Aku tengok episod 3 terus. Rasa macam best. Aku cari link untuk download untuk episod 1 dengan 2 pulak. Nampaknya,memang tiap-tiap minggu hari Jumaaat 9 malam,aku akan terpaku depan tv. Sebab dah ter"addicted" nak tengok episod seterusnya :))

Aku akui Izzue Islam nampak sangat comel dan hensem dalam cerita tu. Why aku tak nampak dia sebelum ni? Even pernah datang Kolej 12 UM dulu,aku tak terasa nak pi tengok diorang sebab hati aku tengah melekat dengan Big Bang time tu.Hahahahaa.

Time final exam week sem 2 dulu,hati aku membuak-buak nak tengok movie. Time makan tengah hari ja,aku dengan semua rumate berkumpul depan laptop aku dan layan horror movie. Tengok time siang tak takot sangat. Kami layan Paranormal Activity 1 sampai la Paranormal Activity 4. Empat hari berturut-turut kami tengok. Lepas habis,sambung study. 

Nak release tension,bak kata rumate-rumate aku.Hahahahaa.

So aku tengah survey filem-filem da latest kat Cerita Master. Tapi mostly filem Melayu la pulak. Bukan aku belagak tak tengok cerita melayu tapi pasal cinta-cinta ni,aku tak berapa nak layan la. Jiwa kureng romantik sikit. Ecececehhhh.. ^^,

The Hunger Games, Upside Down, G.I Joe:Retaliation,Evil Dead,and so on..Tu semua cerita yang aku tak tengok lagi. Tahan hati ni tau daripada tengok time exam. 



Ehhh sat. Bukan cerita Upside Down tu filem romantik ke? 

Memang la tapi filem tu ala-ala fantasy ok. Dua dunia yang berbeza. Macam best so aku bantai ja tengok nanti . 

Nak tengok filem terbaik 2012?Boleh rujuk blog ni---> Shafiq Hashim

Ok sekian..Annyonghi gyeseyo ^^,

p/s: Tak sabar nak tengok filem terbaru Pierre Andre dengan Ustaz Azhar Idrus :)


Saturday, April 20, 2013

Alahai sedihnya kawan macam ni..




Lama tak menulis pasal bab kawan ni. Ok aku ada cerita. Moga jadi pengajaran buat kita :)

Bila kita berkawan ni,macam-macam ragam yang kita boleh jumpak. Macam-macam jenis perangai pun ada jugak. Tapi tanpa kawan,jadi kera sumbang la jawabnya.

Tapi aku agak kecewa dengan seorang kawan ni. Kawan aku tu girl. Lawa dan baik. Memang agak rapat la dengan aku. Kadang-kadang kalau ada test,kami study sekali. Tapi semua tu sebelum dia ada someone special. Sejak dia ada pakwe,semua berubah sekelip mata.

Aku ingatkan bila dah ada kekasih hati tu,dia still ok dengan kami. Kira pandai bahagi masa antara kawan dengan pakwe.Aku silap rupanya. Dia lebih mementingkan lelaki tu. Kat mata dia,just lelaki tu. 


Sekarang ni,masuk kelas pun lambat. Balik kolej pun lambat. Aku malas nak pikiaq pasal kawan aku tu sebenaqnya tapi bila tengok dah macam teruk ja,aku dengan kawan baik dia lagi sorang try la bagi nasihat kat dia. Tapi macam cakap dengan batu. Cakap dengan kucing pun,dia miau lagi tau. 

Bukan sekali nasihat,dah tak larat nak bilang berapa kali kami talk dekat dia. Exclusive lagi tau. Tapi macam angin yang kabarkan saja kata-kata kami tu. Tak dak yang masuk dan melekat kat hati dia.Dan aku paling pelik sekali,awat dia lebih pentingkan lelaki tu? Why?why??

Bila dah fedup sangat,aku dengan kawan-kawan yang lain buat tak tau ja sekarang. Ok la kami ni just kawan.Tak layak nak bagi nasihat kat dia sebab dah ada "suami" la katakan. tapi dia tak rasa ka kami ni still amik berat kat dia? Kami nak jaga dia dari terlibat dengan benda-benda tak elok. Tapi kawan aku tu macam dah tak nampak semua tu. Mata hati dia dah buta dengan cinta.


Aku tak larat dah nak terus layan kawan macam ni. Sedih tau. Kita cakap, buat tak tau. Time susah nanti,kawan-kawan la ang cari jugak. Time gaduh dengan pakwe,tau pulak nak mai bilik aku,sampai menangis bagai. Nasib dia jumpak kawan aku yang lagi sorang tu. Kalau dia mai jumpak aku,memang aku buat tak layan ja. 

Tapi memang aku buat tak tau sangat pun. Bila cakap baik-baik, tak mau dengaq. Ohh lupa lagi.Aku ni just kawan ja.Sedar tu.Tapi aku memang tak suka kalau time dia dah ok dengan lelaki tu,kami ni konpem dia buat macam tak nampak je. Bara hati aku time tu.

Well...aku dengan kawan-kawan yang lain just mampu berdoa ja agar dia berubah. Kami tak kisah dia nak kapel dengan sapa pun,serius tak kisah tapi kami amik kisah pasal diri dia tu ja. Tu ja..Aku rasa dia still beruntung sebab ada jugak yang nak amik kisah pasal dia. Kalau orang lain,aku tak tau la. Buat hal sendiri la kot jawabnya.


Sori sebab post yang panjang lebar ni. Bila dah lama sangat terbuku kat hati pun,makin sesak jiwa pulak aku rasa. Aku tak dak niat pun nak buka aib kawan aku tu tapi ni la poblem remaja sekarang. Selalu sangat ikot cakap hati.

So hargai kawan-kawan sekarang.Sebelum mereka start buat tak tau ja,then baru la sedar, YOU'RE ALONE RIGHT NOW

Ok dah..Annyonghi gyeseyo :)


Smart betul...




Dah macam roller coaster versi kayuh basikal dah aku tengok. Tapi macam rugi space sebab boleh 6 basikal ja. Ermmmmm -_-"

Sekian..Annyonghi gyeseyo ^^,

p/s: Style la jugak @_@


Thursday, April 18, 2013

Lelaki Berkaca Mata Hitam :))



Hai!

Aku dulu suka dengan lelaki yang selalu pakai cermin mata hitam. Entah la sebab pa. Maybe nampak smart? Hahahaha.. heh!

Maybe lelaki-lelaki ni akan nampak style dengan pakai t-shirt berkolar especially warna putih dengan digayakan dengan cermin mata hitam. Pergghhh..serius smart!

Izzue Islam.. comel +smart.  Tetttttt!!

Pakcik Shah Rukh Khan :))

Heechul (Super Junior)

Arjun Rampal

Mir (MBLAQ)

Siwon (Super Junior)

of course la my GD!Hehehehee..

Aku punya profile picture pun pakai spec hitam. Even anime ja pun tapi still nampak macho! Hahahaha ^^,

Sekian :))



Wednesday, April 17, 2013

I'm already 20th years old today :))



Hai ollz..




Today (17 April 2013), aku dengan rasminya dah berumur 20 tahun. Alhamdulillah.. Dah 20 tahun aku hidup di muka bumi Allah ni dan masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus menghirup udara dan menjalankan ibadah sebagai hamba-Nya.

Even dah masuk umuq 20,tapi aku still rasa macam budak-budak lagi. Well, awet muda. Hahahaha. Sori terbajet "muda" sat. Tak salah kan nak perasan sorang-sorang kat sini?




G-Dragon wish befday kat aku. Ko hado?Hahahaha.. *berangan terlebih sudeh*

Thanks to famili,kawan-kawan dan pensyarah yang wish befday kat aku. Baik wish kat fon,macam Fatin ni,or twitter..Huhuhu. Terharu :')

Only one in fb:
Wish from my lecturer :)

From twitter:





Aku hanya dapat wish sikit ja sebab aku dah disable befday aku kat fb. Tindakan bijak aku rasa. Sebab tu dapat membuktikan, sapa yang betul-betul ingat kat aku. Huhuhuhu...

Alaaaa..tak kisah pun. Aku bukan penting sangat pun sampai nak kena ingat befday aku. Kalau k-pop idol tu,hah! Sanggup tunggu tengah malam,nak treading kat twitter. Itu realiti ^^,



Thats all..Oh yea! Aku dapat special gift daripada famili aku. Dan aku dapat sebulan lebih awal. Apa dia? Adaaaalaa..Kekekekkeke ^^,

Terasa nak tulis pasal prank befday yang pernah aku join plak. Hahaha. Tengok la kalau aku rajin :))

p/s: Anyone nak bagi aku gift?Hehehehehe ^^,


Monday, April 15, 2013

Doodle in Winter Cloth *Edisi Bajet Gila*



Halooooo guys and girls..

Time cuti panjang macam ni,aku dah mula naik boring. Sebab tak dak assignment yang nak disiapkan. Hahahaha. Poyo sungguh aku di situ. Maap :))

Dalam dok membaca buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, aku terasa nak melukis. So aku bukak la Paint Sai yang dah lama terperap dalam lappy aku ni.

Terdetik kat hati aku nak lukis girl dalam winter fashion. Kira ala-ala doodle la jugak even tak nampak seperti yang sepatotnya. Dulu aku rajin pa lukis doodle. 

Dulu la rajin. Sekarang dah malas.


Buruk bebenor aku tengok. Tu pun ada hati nak letak jugak dalam blog. Huh.Kalau Kimi Jamai tengok ni,konpem dia gelak kat aku. Hahahahaha.

Errrr...aku rasa aku tak pandai buat corak-corak bagai. Thats why baju doodle ni kosong. Simple is better mehhh.Kekekeke.

Ok dah. Sori melalut kat sini. Bye :))

p/s: Meriah benor kaler yang aku guna. Hidup kena ceria beb. Peace! ^^,