Saturday, November 16, 2013

Omelan ambe je ni -_-"



Assalamualaikum and annyeonghaseyo!


Aku tengah belajaq pasal Japanese languange la ni. Baru belajaq pasal Hiragana. Susah bak ang! Macam mana la budak yang pi further study kat Jepun ni boleh kencang study kat sana. Hahaha.


Saja ja aku study Japanese languange ni. Mengisi masa lapang yang ada. English aku pun terok lagi,ada hati nak study bahasa yang susah. Hehehe. Aku jeles sebenaqnya kat kawan-kawan yang dah boleh kuasai banyak bahasa seperti bahasa Jerman, Mandarin, Korea, France.. termasuk bahasa Arab. 

So aku try la study sikit-sikit bahasa ni even memang susah daripada jangkaan aku. 





Lagi seminggu lebih ja cuti sem aku dah nak habis. Dulu mulut cakap boring la dok lama-lama kat rumah,tapi la ni aku pulak yang tak mau balik kolej. Isshh..tak mau la cepat sangat mengadap notes ni. Seperti biasa, sem 4 ni kena amik 8 subjek lagi. Kira ok la dah tak dak kokurikulum,subjek BEL dan CTU. Heheeheheee ^^,

24 November ni aku ada test JPJ untuk lesen kereta. Wahh aku baru nak amik lesen. Baru ada masa free doeh. So doakan aku supaya lulus dan pegawai JPJ tu tak banyak songeh dan garang. Hahaha. 


So sekian saja coleteh ambe untuk hari ni. Assalamualaikum :)


p/s: Tak sangka best jugak lagu Rindukanlah by Encik Mimpi. Baru tergerak hati nak try dengaq. Hehehe..






Sunday, November 10, 2013

Luahan orang Korea kepada Kpoppers Malaysia dan Indonesia



Pagi ni saja scroll FB..tetiba terjumpak kat dua tiga page shared something yang buat aku hashtag sentap!

Betul ka tak benda ni?





Hahahaa..aku akui memang betul pun apa yang minah tu cakap. Termasuk aku yang guna gambar Lee Min Ho. Terasa? Tak pun..lantak aku la nak guna gambar apa pun. Sekurangnya aku pakai nama Jepun. Bukan Korea. Kahkahkahkah!

Sekian. Assalamualaikum :)

Wednesday, November 6, 2013

Sekali sekala baca buku ni tak salah pun..



Assalamualaikum and annyeonghaseyo..


Cuti sem sebulan lebih ni buat aku makin tak dak kerja yang nak dibuat kat rumah. Nak kerja tapi mak cakap,"Belajaq lesen kereta bagi habis dulu".

Aku ikut cakap mak ja.Hehehee.

Ayah aku suka baca buku style sejarah orang yang terkemuka ni. Aku dah la bukan kaki novel so macam best ja layan buku yang tak masuk genre novel ni.



Dah lama buku ni ada dalam bilik aku sampai berhabuk tapi tak sempat nak baca.. errr sekali dengan malas kot. 

Doktor Umum (Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad) ni buku kesukaan aku!Heeheehe.. even buku ni tebal macam buku Harry Potter tapi lagi best dari Harry Potter. Tak rugi baca pun weyh. Banyak iktibar dan pengalaman boleh dapat melalui buku ni.  

Buku Hari Itu Sudah Berlalu ni best jugak la. Pasal cerita time penulis ni masih jadi wartawan dalam Utusan. Kan tak hidup zaman merdeka so macam celik akal sikit la tau pasal sejarah dulu-dulu dengan baca buku ni.

Thats all..saja nak ajak hampa baca buku yang berunsur ilmiah dan patriotik. Nampak macam boring tapi tak pun. Ikot individu la taste macam mana kan. ^^,

Ok assalamualaikum :))



Tuesday, November 5, 2013

Baekhyun Malaysia?Kahkahkah..


Assalamualaikum and annyeonghaseyo..

Aku tak tau apa nak jadi kat Twitter la ni. Banyak betuk trends yang pelik dan buat aku nak gelak guling-guling. 

Kalau ada yang perasan la kat Twitter,semalam hot trends pasal Sehun Malaysia. Sapa Sehun? Dia kumpulan kpop EXO. Aku pun bukan kenai sangat pun. Tapi hari ni trending lagi. Kali ni Baekhyun Malaysia.

Sapa Baekhyun pulak? Mamat ni pun kumpulan kpop EXO jugak. Sama kes dengan Sehun ni. Yang terlibat nak kata muka sama dengan mamat korea ni tak lain tak bukan mamat Melayu. Kahkahkahkah..weyh bro..buat lawak ko eh.

Mamat yang dimaksudkan ialah ----> INI 


Baekhyun EXO.. *original*


Aku tak kisah pun mamat ni nak kata muka dia sama dengan sapa-sapa mamat kpop pun. Asalkan dia bahagia sudah. Yang aku tengok melenting tak mau mau ni ialah Sasaeng fan (excessively obsessed Hallyu fan). Ye la.. depa ni yang dok kalut bash Baekhyun Malaysia ni. Macam la EXO ni amik peduli..Kekekekee


Aku tau hampa meluat tengok dia tapi pendapat aku kan,tak suka tak payah scroll down tweet pasal Baekhyun Malaysia ka or yang seangkatan dengannya. Tak dak makna pun nak marah-marah dia. Aku tak backup mamat korea celup ni ehh..Tidak sama sekali.. 


Just aku hairan.. sama tang mana aku pun tak tau.Hahahahaha.. Tapi Yoona Malaysia aku percaya sebab memang ada memeh sikit.

Yoona Malaysia.

Dah dah..tak pasal-pasal aku kena bash dengan Sasaeng fan EXO ni pulak..Ahhh kisah apa aku -_-"

Sekian.. Assalamualaikum :D

*baca bio kat twitter Baekhyun Malaysia pun buat aku rasa nak bagi free kick ja*



Monday, November 4, 2013

Macam sengal ja..macam bengang ja..



Assalamualaikum and annyeonghaseyo!

Frust.

Tu la yang dapat aku cakap lepas result kolej keluar. Bengang aku tak dapat kolej. Kesengalan gila aku rasa. 

Salah aku sebab tak dapat kolej ialah TMO (tak mohon online). Ehh dulu tak isi macam biasa ja dapat. Tapi sem depan ni...

Hok aloh.. 

Aku terlupa or aku memang tak tau kena isi..

Ada kawan yang dah isi tapi tak mau tolong peringatkan. Last-last depa dapat kolej. Tak salahkan depa pun.. salah diri sendiri kan..

Jangan salah paham kat aku. Aku tak puas hati ja.

Serius kena buat rayuan pulak.. Dah 3 sem tapi ni la first time jadi poblem macam ni. Kami ni dah la menumpang kolej sebab kolej kat Bertam tak siap lagi.

Cuak aku bila nampak nama kena blacklist.. Mak aku marah aku pulak sebab ralit lupa isi online. Heheehee.. ceq sibuk mak sebab banyak program sangat sampai terabai benda yang penting ni.. :))

Ok sekian luahan hati yang macam cilakak ni.. SORRY 

Assalamualaikum..



Saturday, October 26, 2013

Friday, October 25, 2013

Cerita Aku: Program Anak Angkat EHSAn (OPKIM) Part 1



Assalamualaikum and annyeonghaseyo!!

Minggu lepas,aku baru ja balik dari program anak angkat (OPKIM) anjuran persatuan aku, Environmental Health Student Association (EHSAn). Kira aku sambut hari raya aidiladha dengan famili angkat la. Kami buat kat Sik. Ada 3 kampung yang terlibat: 

1. Kg.Kuala Krik
2. Kg.Betong Dalam
3. Kg.Kenanga 

Aku dapat famili angkat kat Kg.Betong Dalam. Best la weh.Sejuk sentiasa. Maybe dengan faktor yang selalu hujan kot. Kami buat program ni 4 hari 3 malam. Memang sat sangat la. Sepatotnya seminggu tapi nanti ada yang menangis pulak tak dapat balik raya. Hahahaa.

Hari pertama kami sampai tu,aktiviti dengan famili angkat sampai malam. Oh yeah..Aku dengan 3 orang lagi kawan dapat keluarga En.Mutalib. Baik dan ramah dengan kami. Memang layan kami macam anak betul. Nak pi mana-mana pun sebut ja,nanti abah dengan mak hantaq. Hehehe.

Day 2: Hari Kesihatan dan "Search & Destroy"

Pukul 7.30 pagi, kami dah kena berkumpul kat depan Klinik Kesihatan Kg.Betung. Sebelum tu,kami melantak nasi lemak 2 bungkus sorang. Alhamdulillah sedap giler. Abah dengan still baju melayu dan kain pelikat hantaq kami pi klinik. Bila sampai sana,tak dak sorang lagi pun. *sigh*






Pagi tu ja,kami buat senam robik dengan students darjah 6 dan budak2 tadika.Omaiii.. comel tau! Dari jauh,siap lelambai kat depa lagi tapi buat tak tau ja kat aku. Ok taperr.. siap kena buli dengan aku satgi. Huauhuaaa.. *evil laugh*













Selesai aktiviti pagi dengan budak2 yang comel2 belake ni.. aku just tolong mana yang patot dan kacau adik2 tadika ni.Hehehehhee..best weyh!

Petang tu,kami buat "Search & Destroy". Ni aktiviti membasmi pembiakan nyamuk Aedes dengan aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan some groups dan kena pi rumah ke rumah untuk bagi guni dan sedikit penerangan pasal Aedes dan Denggi. Dan satu-satunya group aku ja yang kena bersihkan surau. Sori tak ada gambaq untuk slot ni sebab aku malas nak bawak kamera time kena gotong-royong. Memang tak jalan kerja la jawabnya nanti. Hahaha.

Malam tu pulak,kami buat proram Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Ni untuk students form 4 dan form 5 yang akan melanjutkan pelajaran lepas SPM nanti. MDAB ni macam program pra-diploma for those yang tak dapat lanjutkan pelajaran untuk program diploma,asasi or matriks. Ni la peluangnya dengan apply borang MDAB :))

Day 3: Persiapan raya Aidil Adha.

Hari ni memang best sebab tak aktiviti.Just buat persiapan raya dengan famili angkat. Tapi kami waktu pagi tu,kak angkat kami,kak Manja bawak pi jalan-jalan kat kampung. Apa lagi, naik motor ramai-ramai la. Memang tak la aku nak jalan kaki sebab jauh beb.









Petang tu,kami pi ronda lagi tapi kali ni pi dengan mak dan abah. Kami pi ladang anggur tapi sayangnya dah tutup. Huarghhh.. tak dak rezeki nak masuk sana. Bergambaq kat luaq pagar je la :')







Ok tak pa..ada rezeki,kami singgah lagi..huhuu :))

Malam tu,kami buat ketupat pulak. Kalut sikit la sebab waktu siang dok bersuka-ria.Hehe.. Ehh jadi la jugak kami buat ketupat even errr..sejam untuk siap sebiji ketupat palas. Baru nak belajaq weyh ^^,






Then,sambutan hari raya Aidil Adha di Kg. Betung Dalam ni. Di lain entry la ye.. Panjang sangat dah ni.Ngehngehngeh...ok bye..

Assalamualaikum :))

Next---> Cerita Aku: Program Anak Angkat EHSAn (OPKIM) Part 2

Tuesday, October 1, 2013

Hai final examination..welcome back!!


Assalamualaikum and annyeonghaseyo!

Aku tengah final exam sekarang ni. Paper 1st aku start 25 September minggu lepas. Aku baru selesai 4 papers. Lagi 5 papers yang nak kena pulun ni. So memang aku busy sebab jarak antara exam lebih kurang sehari ja. Memang kena study awai-awai tapi aku ni kepala tak boleh study awai sangat. Paham-paham je la bila aku start study.Hahahaa..

Yeahhhh..thats me -_-"

Students...well u all already know it. Sebulan sebelum final exam bertandang tanpa dijemput, dah berbakul pasang niat nak study awai la,buat notes then tampal kat dinding la. Termasuk aku jugak tapi seminggu sebelum start exam, aku sibuk dok siapkan lab report dengan assignments. So azam tu memang nampak samar-samar sikit. Kira ok la aku pasang jugak niat even nampak macam tak jalan seperti yang diharapkan. Kekekeeee..

Reaction lepas jawab exam.. Damn  me!!

Kalau aku bosan sangat mengadap buku, then aku melukis pulak. Pas melukis, aku upload kat Instagram. Baru buat kan so memang agak jakun sikit. Segalanya nak letak kat situ. Tapi tu bila aku bosan gila la. Tak bosan sangat,aku pi tidoq. Kepala macam nak meletup sakan. Sekian.. :))

p/s: Doakan aku beb..Moga aku dengan kawan2 boleh jawab dengan baik untuk final ni. Wish good luck kepada yang menduduki final examination jugak! ^^,