The Stanza of Life

HOME ABOUT SOLACE LINKS INSTAGRAM FACEBOOK

















© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
Edited by Dahlia Daffodil
kisah saya dan cikgu


::TADIKA KEMAS KELADI::

-saya time kecik memang nakal..tak pernah dengar cakap cikgu.kalau dilarang jangan berlari,saya berlari jugak..tapi bila time belajar,saya jadi seriuz.bila masa main,saya mengalahkan Incredible Hulk.main redah jer termasuk kawan-kawan gurl saya. sebab saya selalu masuk geng lelaki.kuat sikit..tapi 6 bulan ja saya bersekolah tadika sebelom saya berpindah ke Kulim..tapi,terima kasih cikgu sebab saya dapat mengenal ABCD an 1234..

::SK KULIM (BANDAR)::

-masuk sekolah rendah,saya jadi pendiam.sebab suasananya memang lain dari yang lain.saya tengok muka cikgu-cikgu disitu memang garang.padahal,tak pun.mainan perasaan jer.memang sekolah tak besar mana pun tapi saya sangat suka sekolah di situ.cikgu-cikgu memang caring habis laa..saya belajar sampai UPSR.jumpak kawan-kawan yang memang sekepala laa.kami jadi kamceng sampai sekarang.. terima kasih cikgu sebab sudah mengajar saya sampai dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

::SMK SULTAN BADLISHAH:: (06-08)

-yang ni lagi pelik sebab jumpak subjek baru lagi.geografi dan sejarah.saya ingat subjek ni susah la sangat tapi senang jugak rupanya.persekitaran memang sangat baru sebab sekolah ni sangat besar jugak.masuk hari 1st sekolah,boleh sesat doe. hehe*.masuk kelas time form 1,memang jadi skema habis.lepas dua tiga bulan, tak skema pun..haha..saya bersekolah disini sampai PMR.form 1 sampai form 2 sekolah petang.boleh bangun lewat sikit.masuk form 3,sekolah pagi..adoii..kus semangat sekejap..apa-apa pun,terima kasih cikgu sebab dah mengajar saya sampai dapat result PMR yang cemerlang..

::MRSM MERBOK::(09-10)

-1st time masuk sbp.masuk asrama pulak.memang cuak la sebab saya dengar macam-macam versi cerita pasal asrama.tapi sebenarnya biasa jer.seronok pulak. masok form 4,memang sedia maklom aliran sains ni memang kena fokus betul-betul. cikgu-cikgu disini sedikit tegas tapi sporting.pengalaman disini memang mengajar saya jadi manusia berguna.bab-bab rohani,semangat setiakawan,dan sahsiah memang tak dapat nak dilupakan..macam ada semangat baru yang bertiup dalam diri.terima kasih cikgu sebab dah mengajar sampai kami 1 bacth berjaya dalam SPM..dan mengajar kami tentang istilah hidup berdiri di atas kaki sendiri..

::terima kasih cikgu::
::maafkan kami cikgu::
::halalkan ilmu yang diberi cikgu::
::kami sayang cikgu::


Labels: ,

©