Friday, April 29, 2011

page fb yang macam kena jer dengan aku!

Kau tak tahu aku sukakan kau, cuma aku takut nak bagi tahu.ayat tak boleh blah!macam kena dengan batang hidung sendiri jer.ni page kat facebook.ramai macam ni kan?suka dalam hati ja sebab kalau luah,takot kena reject.tak pun kena cop perigi cari timba.memang kesian betul la.alahh..suka main-main jer.bukan serius pun..kalau serius,tu dah nak jadi kapel!


Dah takde orang,baru nak ajak aku!!.aku memang cukup pantang kalau da orang macam ni. macam post aku yang ni ja.klik sini.asal muka susah ja cari aku.kalau senang,buat tak tahu jer kat aku.cuma kalau aku buat tak tahu jugak time dia diorang senang or susah,dia nak cakap apa pulak..????


Ko tak suke aku?ade aku kesah? aku memang tak kisah kalau kalau tak suka kat aku ke tak. aku tak kacau hidup orang lain tapi kenapa pulak ada yang tak suka aku..?aku ni jenis tak kisah kot sebab tu diorang terasa aku buat tahu kat diorang.maybe..???


time sekolah dulu, kitorang seterika milo fuze pastu makan!.aku rajin jugak buat macam ni time duduk kat asrama.guna iron hakmilik sendiri,so tak kisah sangat.kalau dalam loker dah habis stok makanan,mula la buat snek sendiri.milo fuze pun jadi la..


saya tengok awak tak bermakna saya suka awak.masalah betul kalau ada orang perasaan ni.asal tengok jer dah kena cop suka.aisehh..mungkin orang tengok sebab ada 'something wrong somewhere' ke..sebab tu aku jarang perhati orang bila berjalan.jalan straight jer..


Saya suka dia, tapi saya takut dia tak suka saya. sebab tu aku diam ja.buat-buat tak tahu ja.berkawan macam biasa.kalau ada jodoh,ada la kan..??

gedik tak semestinya gatal

Gedik normal la tu.Aku pun kadang-kadang gedik jugak tapi dengan family je.Dengan kawan-kawan jadi gila-gila.aku pernah tulis post pasal jenis-jenis geng kat sekolah.diakui mungkin yang berkelakuan macam tu nak dapat publisiti murahan.atau ada alasan tersendiri yang hanya mereka saja yang tahu.di facebook pun ada page anti budak gedix!!.ramai juga yang LIKE page ni.aku hairan jugak.maksud gedik ni apa ye?


bagi mata aku,mungkin gelagat yang manja atau mesra terlebih.kawan-kawan aku pun kadang-kadang boleh jer bergedik dengan aku.gedik tersorok la..haha..kalau da yang gedik tu tak semestinya menunjukkan dia gatal.lelaki dan perempuan sama ja.asal gedik jer,tunjuk jari kat perempuan.amboi..!mungkin salah satu cara nak menunjukkan yang dia ramah dan boleh bergaul dengan semua orang.aku meluat dengan orang macam ni..?ada la sikit-sikit tapi tak semua sebab ada yang baik walaupun behavior 'kureng' sikit.mintak maaf kalau ada yang terasa tapi aku akui juga,aku pun kadang-kadang gedik jugak!hahaha..

Thursday, April 28, 2011

tips dari MR.Khairul:Nak tingkatkan follower/viewers

Aku hari ni rajin blogwalking sungguh.Aku main redah jer blog mana yang ada post terbaru. Aku ada follow blog seorang ni.Mr.Khairul..bezz blog dia.nak pergi blog dia,klik sini.macam-macam benda yang dia kongsi.Mr.K ni selalu guna ayat-ayat yang kadang-kadang buat aku tersengih kerang busuk. Sebab tu aku selalu ternanti post entry terbaru dia macam aku tunggu post dari abg ben shaari. Tips nak tingkatkan follower dan viewers tu post terbaru Mr.Khairul. Aku baru baca jer.Memang betul apa yang ditulis tu.Aku ni jarang nak fikir fasal jumlah viewers ni.Macam ada kaitan dengan post nelly pulak..blog nelly pun my favaroute list jugak (bukan nak bodek ye..ni kenyataan).

Aku ni jenis main tulis jer apa yang terlintas kat kepala aku. Kadang-kadang ayat aku pun main redah sesuka hati sesedap rasa jer tapi masih bertapis la.Aku pun tak ambil peduli kadang-kadang nak mai baca post aku ke tak..itu dulu.sekarang dah ok sikit cuma upgrade sikit jer kot.Aku masih perlukan bantuan untuk terus berada dalam dunia blogging ni.Bezz apa..macam-macam info boleh dikongsi bersama.Bukan setakat cerita pasal diri sendiri jer, banyak benda boleh dicerita.Aku kena belajar lagi nak tingkatkan mutu dan kualiti blog aku ni.Kot ada siapa-siapa yang ada cadangan..hehe..bolehlah diusulkan ye.. ok selamat malam!

Wednesday, April 27, 2011

pengalaman interview spa..kenapa rasa lawak jer time interview?

Hari ni aku kena interview untuk SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).Kami 1 famili bertolak agak awal ke Pulau Pinang sebab takut traffic sesak kat Jambatan Pulau Pinang nanti. Nak interview kena tepati masa.Oleh sebab aku dah tahu bangunan tempat aku interview nanti,jadi aku relax sekejap padahal hati dah memang cuak gila..!Pukul 7.45 aku daftarkan diri dan pergi ke bilik 11 aras 7.aku hairan sebab tak ramai orang pun.aku dah mula bajet yang datang interview ni beratus la (kononnya la).Aku sempat berkenalan dengan seorang gurl ni. sebaya dengan aku so boleh beramah mesra sikit.Pukul 8 pagi,aku masuk bilik tu untuk buat peperiksaan khas (minat).soalan lebih kurang yang cikgu kaunseling buat untuk tahu tentang minat kita.Aku jawab dengan ok dan habis 25 minit kemudian.Baru aku perasan yang dalam bilik tu cuma 10 orang ja.Takkan sikit ni jer kut (bermonolog dalam hati).Aku ingat beratus la tadi.bilik 12 pun sama jugak.kiranya hari ni 20 orang ja yang datang untuk interview.Habis jawab peperiksaan,time untuk interview pula.Aku kena no giliran 5.Awal lagi bagus sebab tak la cuak sangat.habis awal,cabut lari pun awal jugak la.

Dalam dok tunggu turn,aku sempat berkenalan lagi..(terlebih mesra alam pula aku ni). Seorang girl dari bukit mertajam (mrsm pdrm kulim) dan seorang lagi mai dari kulim jugak (smk air merah)..kami bersembang la punya syok.hilang sikit cuak dalam hati ni.Kami share apa yang patot untuk dikongsi bersama.Tak rugi pun kalau berkongsi ni.Macam dah kenal lama kami ni.Hampir sejam aku tunggu,sampai giliran aku.Aku masuk dalam bilik interview dengan gaya sopan terlebih dan control cun sikit (lawak ja)..

en.spa:perkenalkan diri anda
aku:pokpekpokpek....sekian..
en.spa:kamu berminat dengan bidang apa?
aku:......penolong pegawai farmasi
en.spa:kenapa kamu tak mintak jururawat?
aku:saya tak minat.tak sesuai dengan jiwa saya.saya lebih prefer farmasi
en.spa:kenapa tak minat?kerjaya nurse ni lekeh sangat ke..?sebab kamu budak mrsm,so tak boleh mintak jadi nurse?
aku:pokpekpokpek....saya lihat ada bidang lain yang lebih sesuai dengan saya berbanding dengan nurse ni.
en.spa:kamu macam menghina jer kerjaya nurse ni..?
aku:..(blurr)..(bila masa aku cakap macam hina ni..?)...err...bukan macam tu.memang saya lebih suka kerja dengan makmal dan bahan-bahan kimia ni..(harap tak putar belit cakap aku)..

fuhhh,,soalan killer punya dia kasi.saja nak buat aku serba salah gila-gila.ni soalan diluar silibus bidang aku pulak..

en.spa:kamu ni pandai buat robot ni.guna lego yang adik kamu dok main ke..?
aku:(ada ke patut..hehe..)..mana ada.saya gunakan lego khusus untuk robot jer.
en.spa:macam mana kamu gerakkan robot untuk berfungsi?
aku:pokpekpokpek.....guna motor dan software yang tertentu...(aku hampir terlupa sebenarnya..)
en.spa:ohhh....bagus-bagus...

Hampir 30 minit aku diinterview..orang lain hairan sebab aku keluar dengan muka sengih semacam ja.Yang lain keluar muka frust.Nak buat macam mana..dah aku ditanya soalan yang agak pelik dan tak ada kaitan dengan bidang yang aku mohon.sebenarnya 2 orang penemuduga.seorang lagi pn.spa..dia tanya apa?lebih ke arah minat aku laaa...pasal farmasi ni memang kurang nak ditanya..so,bila ditanya soalan killer yang agak diputar-belitkan, relax dan jawab dengan tenang.mereka nak test jer tu kita boleh jawab ke tak..ambil tahu tugas yang kerjaya kita mohon..walaupun aku dah hafal semua tugas bidang yang aku mintak, dah tak ditanya,nak buat macam mana...berdoa supaya lulus dan diterima saja..(^^,)



Sunday, April 24, 2011

bila tak suka sangat pun susah

Selamat pagi semua..semalam ingat nak update blog tapi aku sibuk bercuti dengan family di Pulau Pinang.berkelah tepi pantai memang santai la.tapi jalan raya jangan dok kata apa-apa la. memang sesak ditambah dengan pemandu yang memandu macam orang kena sawan.geram melanda sekejap walaupun aku tak drive pun.hehe..ok2 kita teruskan dengan entry post hari ni..let's start it!

pernah tak kita tak suka kat siapa-siapa or benda..?mesti ada kan..walaupun kita tahu sikap ni tak elok untuk diamalkan tapi kita kadang-kadang tak mampu nak halang perasaan ni. kita mula rasa tak suka bila sesuatu benda tu atau orang itu buat kita jelik dan menyampah.mula-mula jer tak suka,tapi lepas tu syok pulak.tak kira la benda ke,orang ke...mesti ada punya!aku nak sentuh beberapa sikap tak suka kepada orang dan benda.mungkin ada yang terkena kepada diri anda kan...

1)Tak suka lelaki or perempuan,tapi lepas tu......

Banyak benda macam ni selalu berlaku.mula-mula tu jangan dok kata la.tak boleh jumpa sikit,mula ada aksi perang teluk dan sebagainya.ada saja benda yang tak puas hati kat orang tu.ada saja topik yang tak boleh dibawa berbincang.kadang-kadang kita gunakan medium tertentu untuk melahirkan rasa tak suka tu.padahal,rasa tak suka tu lah yang membuatkan kita makin rapat dan suka.sebab apa..?selalu berjumpa dan bertekak,mesti kena bukak mulut nak bercakap.bila bercakap,keluarlah aura yang boleh memikat hati.haa...kan betul tu. sebab tu orang-orang tua selalu pesan, "jangan benci sangat,nanti depa (diorang) tu la yang jadi bini/suami hampa (korang).ada yang tergelak rasanya bila baca ni. jangan terkejut kalau orang yang kita tak suka sangat-sangat tu jadik aweks/pakwe kita atau suami/isteri. aku macam tu jugak.cuma kawan biasa jer.normal la kalau gadoh sebab tak bersependapat. tapi ada jugak mulut kata tak suka,tapi hati....hehe...paham-paham jer la..!



2) Tak suka pink tapi lepas tu....
Aku macam ni la.dulu aku 'hate' sangat-sangat pink.Nak jadi minah stylo,suka hitam..kira tak layan la warna pink-pink ni.kalau dulu,blog aku ni versi gothic.hitam putih ja.tapi sekarang.. ada pink pulak.dulu,aku tak suka orang panggil aku 'minah pinky'.poyo rasanya..dulu laa.. sekarang orang nak kata apa-apa pun,aku senyum jer..betul apa.pink ni warna lembut, mendamaikan jer..kalau suka pink,tak semestinya orang tu lembut terlebih...kan3...??


3) Tak suka alat make up,tapi lepas tu......

Ni lagi satu..nak nampak minah brutal la..alat make up pon tak layan.kata kat orang pulak aku ni.sama ja dengan aku ni.aku memang susah nak pakai bedak compack ke,lipstik ke.. celak dan maskara pun jangan haraplah boleh dipakai kat mata aku ni.rimas tahu..aku layan lipbalm ja.tapi sekarang,suka pulak.aku dah start membeli barang-brang make-up. cuma lipstik belum lagi kot.aku nak termuntah bila bau lipstik ni.pelik kan..?aku pun tahu la.dari dulu lagi..hehe..so siapa yang kata tak mahu pakai alat make-up ni,jaaga-jaga la.sebab mungkin nanti anda mula gila membeli nanti.hehehe...


So macam mana..?aku dah rasa..jangan tak suka sangat,nanti tersuka pulak..!

Thursday, April 21, 2011

teringat masa panjat gunung jerai!

Hujung bulan April ni,bebudak form 3 dan form 5 maktab aku nak naik gunung jerai untuk memenuhi syarat graduasi mereka.tahun lepas aku dah kena 'kerah' naik dah.tahun ni kami ex-merbok dijemput untuk mendaki bersama-sama junior..errr..mintak maaf kot.aku dah tak sanggup naik gunung jerai lagi.ngeri dan penat yang melampau!hahahaa..terok betul aku ni.itu baru gunung jerai,bukan gunung everest lagi.hehe..oleh sebab junior-junior aku bakal nak naik sana nanti,aku nak cerita pengalaman aku yang agak seram dan entahh laa..aku tak terkata apa-apa..

mula-mula pendakian memang agak menyeronokkan sebab tak ada jalan yang berbukit lagi.mendatar jer..memang sejuk la.heran..belum sampai kaki gunung lagi tapi dah sejuk. seram sejuk kot time tuu..hehe..sampai pertengahan kira-kira 6000 km meter lagi,bebudak laki kelas aku dah lesap.tinggal kami yang gurl cuma 10 orang..tapi masih ok lagi sebab kami daki dalam kelompok yang ramai.diikotkan cerita,selepas aku panjat tebing yang amatlah curam,lebih kurang 90 degree..perghh..terpaksa la kena mintak bantuan abang jpj untuk naik atas.tahan muka la sekejap..kejap-kejap,bila time part seramnya..??

ni gambar aku ambil atas gunung jerai..hampir nak sampai ke
puncak tapi tak boleh naik la.pic agak blurr
sebab aku masih penat gila time tuu..tangan pun ketaq semacam!

kisah seram aku kat gunung jerai bermula bila kami kena lalu satu jalan seorang saja sebab ada pokok tumbang dan melintang jalan.aku ni dah la badan cumil skit.kena golek atas pokok tu pulak.buat malu den jer.haha..lepas aku panjat pokok tu,aku tengok orang lepas aku hilang..toleh belakang pun tak da orang.jantung aku time tu tak perlu kata la.. memang tahap denyutan nadi tu memang tinggi la.aku buat apa..?takkan nak tercegat tepi gaung yang dalam tu kot.jalan la perlahan sambil pasang telinga kot-kot dengar suara orang. benda ni aku tak cerita kat kawan-kawan aku pun cuma aku pernah bagitaw aku pernah jalan sorang-sorang dalam hutan!nasib aku baik sebab jumpak cikgu bio aku masa form 4.cikgu aku tengok sambil senyum dan dia suruh aku jalan straight jer..biar betul?cikgu buat apa dok atas batang pokok tumbang tu..????????
aku lupa pic ni aku ambil time bila..
di tempat perkhemahan kami kot..
lawa kan..?time pagi ni..sejuk jer..

sambung bab cikgu bio aku..aku musykil time tu.nak ikot ke tak..?aku jalan straight jer la. memang aku betul sebab aku tengok dah ramai yang beratur panjang nak naik curam 120 degree pulak..kali ni guna tali pulak..hehe..rupa-rupanya cikgu bio aku tu tahu ada ramai budak tak sampai lagi sebab halangan pokok tumbang tu laa..hahahaa..bikin saspen jer.haha..


tengah bersiap nak turun balik maktab la..
rinduu katil aku..hehe..

ramai kan..ni baru form 3 dan form 5..
ni kes nak balik.muka hepi semacam jer..

kenangan sampai bila-bila..
tak tahu bila nak naik lagi..
rasanya tak lagi kot..naik ikot trek boleh laa..
hehe..

Wednesday, April 20, 2011

perlu ke geng di sekolah...?

aku tahu aku dah abis persekolahan.tapi saja nak cerita sebab tetiba jer nak bercerita.kenapa perlu ada geng or senang citer berpuak-puak..soalan ni tiada kaitan dengan siapa-siapa.just nak berkongsi pendapat berdasarkan pemerhatian aku.adik aku selalu dok bercerita pasal budak-budak sekolah dia.dalam kelas dia ada geng cap 'gedik'.telinga aku ni la kena dengar luahan adik aku.buat aku semakin meluat jer dekat budak kelas dia tu.aku saja buat survey sikit di facebook.perggh..aku tengok pic album diorang pun dah juling sat.macam ni ke bebudak zaman sekarang..?tu baru geng gedik..aku tengok dari sudut lain pulak.geng bajet otai.otai untuk benda baek-baek tak apa la jugak.ni siapa yang buat poblem paling banyak kat sekolah,dia la otai segala otai kat sekolah.so banyak la geng ditubuhkan untuk dapat gelaran tu.apa la spesis macam tu ada jugak ke.buat hal tak kacau orang lain tak apa la jugak.ni tak..bikin orang lain susah jer..mungkin pemikiran tak matang lagi kot..kesian.haha..

geng pandai..?apa kes pulak geng macam ni..aku tak tahu la tapi kawan aku kata geng macam tu cuma ada ahli-ahli yang skor bagus-bagus dalam akademik.aku tak tahu pulak ada geng macam ni sebab dulu aku tengok kawan-kawan aku biasa-biasa jer.mungkin kawan aku tu ada terasa hati dengan mereka ni sebab tak jawab soalan yang dia tanya kot. macam tu la kot.aku no komen pulak.bagi aku,kawan yang kurang boleh dalam akademik ni patot dibantu oleh kawan-kawan yang pandai ni.baru sama-sama berjaya..kan,.??tapi aku kes lain la.aku study mamybe last minit kot or soalan yang lembaga buat tu bukan piawai aku untuk menjawab.hahaha..macam-macam hal.salah sendiri nak salahkan orang lain pulak..

lastly..perlu ke geng kat sekolah ni...?macam tak perlu jer.kawan jer dengan semua orang. tu baru sekolah,belum lagi di u nanti.skop tu aku tak merasa lagi so tak tahu la macam mana keadaan di sana.dah masuk nanti baru tahu la..kadang-kadang kalau ada geng ni,ada jer yang suka buat hal sendiri.ada yang boleh join dengan semua orang.macam aku.aku tak tahu la geng ke apa tapi bagi aku kawan-kawan yang rapat dengan aku adalah kawan baek.tapi orang lain pikir kami geng la kot.apa-apa pun,kami no hal kalau suruh kerja berkumpulan sebab kami satu bacth memang unite..!

Monday, April 18, 2011

cinta tepuk sebelah tangan..??

sekali lagi aku dihimpit soalan macam ni..rimas la jugak.sebab apa..???
biar kat aku la nak bertepuk berapa pun..kesah betul.bukan apa...
aku kureng berminat dengan hubungan yang seriuz lagi..suka-suka macam tu jer..
ada jodoh,ada la kan..don't worry laa..semua ada jodoh masing-masing..
cuma lambat or cepat jer..betul kan..??tapi aku dengar ada orang kata...
~jodoh kena cari..kalau tak cari,mana nak dapat..ahhhhh...sekali lagi aku konfius..!
entah la..kalau dok cari nanti,kata perigi cari timba..[betul ke ni?aku hentam jer ni..]
lantak lorhh nak kata apa pun..asalkan aku hidup tak ada siapa nak kacau..
bikin gue panas ke..tapi kalau nak beri nasihat,aku boleh terima jer..bukankah baek tu..
heheheee..siapa kata aku tak da perasaan jelez..?ada sikit-sikit la..hehe..
jelez tengok kawan-kawan aku kebanyakan dah berpunya..tapi aku tak nak amik pusing.
nanti ada la jugak.hahahaaa...bak kata kawan aku,"cari kat u nanti..hehe.."
so cinta bertepuk sebelah tangan..??alahh..benda kecik jer..riex sudaaa..
walaupun ada sesetengah yang marah dan sakit hati kan..kan3..??
ok laa..sekian untuk pagi ni...
when we are fall in love,
everything are sweet,right..??hahaha...

Sunday, April 17, 2011

interview??lemah laa..

hari ini sampai lagi tawaran tapi untuk interview punya..
interview untuk s.p.a..aku try mintak jer tak sangka dipanggil pulak.
dah nama rezeki..walaupun result tak segempak mana pun..huhu..
tapi aku masih tak faham kalau lulus sesi temuduga ni,kena belajar di mana?
aku tak kena masuk u ke..?tapi aku pi jer temuduga ni sebab nak cari pengalaman.
nanti kena interview untuk cari kerja nanti,senang sikit sebab dah tahu.
walaupun di sekolah aku dulu dah buat moke interview..pasal kerjaya la.
markah yang aku dapat time moke interview ni boleh tahan laa..70 lebih.
ni sebab lidah aku kelu time buat group discussion..first time kot..
sesi tengah hari pulak tu.hahahaa..tapi memang bezz..boleh apply segala
nasihat yang panel juri bagi untuk interview nanti..mesti ramai nanti..
haaaah..satu lagi yang buat aku lemah.aku tak boleh berhadapan dengan ramai orang..
kecut perut siot kott..hahahaahaaaa...ok2..aku kena buat preparation.
walaupun sekadar suka-suka jer..hehe..ok the end for tonight..




nervous..!huhu..

genap 18 tahun..!

17 April 2011..hehe..befday aku laaaaaa..saja nak gitaw gitu.
so 18 tahun..masih muda ye..sweet 18 kata kawan aku..
tenkz to izana sebab buat post special untuk aku.terhatu kott..huhu..
oleh sebab aku sambut befday aku awal dengan ayah aku minggu lepas,
so hari ni tak ada apa-apa la..tapi hari jugak aku kena hadiri mesyuarat..
macam ceo pulak aku ni.ye2..aku bagitaw jangan gelak ye..heheheeee...
mesyuarat agung pibg sekolah adek aku yang darjah 2 tuu..aiyaaa..
befday gurl kena pergi mesyuarat macam tu?aku ni bukan spesis pergi mesyuarat sekolah.
hurmm..kena teman mak aku la sebab ayah aku kerja.so tak boleh pergi.
pergi jer la..kot ke dapat cabutan bertuah..tak pun makanan..ish3..apa la aku ni.
asyik pikir pasal makanan jer.hahahaaa..ok2..hadiah..???aku dapat apa erk..
jeng3..rahsia..akan diberitahu kelak yep..hehee..
ok the end for morning today..!