Tuesday, January 31, 2012

Segmen : Jom Berkenalan dengan Sahabat Blogger

Assalamualaikum...






Hari ni nak join segmen oleh Miss Shiema..jom ramai2 join ye..klik je banner 2 ok?^^,


Meh nak memperkenalkan diri ni..


::Saya budak biasa ja.Hidup pun biasa-biasa ja.Tak da yang luar biasa..simple girl..^^
::Umur tahun ni masuk 19 tahun dah..terasa diri semakin tua sebentar.uhuk3!!
::Seorang pelajar dalam asasi sains hayat.Masih terkejar-kejar cita-cita nak jadi dokter.Tu pun kalau rezeki nak jadi la..huhu
::Peminat Super Junior...E.L.F yang setia tapi bukan kategori peminat fanatik gila2 punya..
::Kaki twitter..sebab super junior ja punya pasal...
::sukakan lukisan tapi tangan keras nak melukis..-_-"


That's all about me..simple2 sudeh..hehe...tenks shiema invite me utk join..^^,

Sunday, January 22, 2012

Padah:Bawak buku lebih,habuk pun tarak!

Assalamualaikum...




Lepas seminggu.....


Buku ke mana,study pun konpem tak jugek..Habuk pom tarak..cuti-cuti ni,pi jalan-jalan la dengan famili.tak pun,melepak dengan member-member yang dah lama tak jumpak. Mesti tak ingat dekat buku-buku dah la..Termasuk saya.Bawak buku balik Kedah dah dekat berkilo.Sampai dah rasa heret bagasi penuh dengan batu ja.ececehhh..kononnya nak study la time cuti seminggu ni.Bajet u know..-_-"


Saya jamin balik u nanti,satu keja tak berjalan punya kecuali timbul kesedaran nak ubah result exam jadi yang lebih baik dari sem lepas.Poblemnya,boleh ke??Hehe..saya tengah cuba disiplinkan keja-keja yang bertimbun-timbun ni.Tapi godaanya sangat kuat!


~"Pas ni nak tengok We Got Married(Leeteuk & Kang Sora).Shot best gila kot.."
~"Adoihhh..episode Running Man ni ada Siwon (Suju) plak sebagai guest.Tal leh lepas ni".
~"Live streaming untuk Seoul Music Awards???Wajib tengok ni.Line wifi tengah laju.."
~"Adik ajak main kungfu pulak.Kesian pulak..main ja la..kakak yg baek.."
~"Huaaahhh..ngantok pulak nak study.Tidor sambung esok je la.."


Dan nak sampai seminggu dah cuti,ni la jawabnya....-_-"






Ok...mula la nak sakit ni,sakit tu...alasan tak boleh nak ciapkan keja,kan3???haha..
Penah ja dulu saya buat macam ni.Ye laa..macam sangat main-mainya.Sok ada kelas tutorial,mula la gabra (cuak terlebih-lebih) cari kawan-kawan nak pinjam ketas tutorial. Alaahhh..tak payah nak kelentong..saya dah biasa buat macam ni terutama subjek fizik.Tp tu dulu lerr..sekarang tak dah..^^,




Terasa???Tak pa2..besa la tu..dah penah buat kan???hehehee...saya memang segan gila kalau mintak dari kawan ni.Tapi terdesak sangat,terpaksa buat tebal 5 inci doeh..Tapi ada yang cakap,MENIRU PUN SATU PEMBELAJARAN!tu kalau ikot cara yang betul nak meniru pun..so konklusinya,jangan malas2,jangan tangguh2 keja..nanti diri yang susah..bawak balik buku,jangan lupa study ye..hehe..

Thursday, January 12, 2012

Dihalang masuk persembahan gara-gara badan chubby..:(

Assalamualaikum...


Masa saya Darjah 6,kira-kira tahun 2005,kelas saya kena buat persembahan khas untuk majlis penyampaian hadiah yang terakhir buat kami semua.Ye laa..pas tu kena masuk sekolah lain dah. Memang time tu,semua bersemangat nak buat persembahan depan mak bapak ngan cikgu-cikgu.Nak bagi semua kenang kat kami la.Kononnya la.bebudak punya pemikiran. paham2 je la.Hehehee..


Satu hari tu,guru kelas saya buat perjumpaan kelas.Sebab nak tentukan persembahan kelas kami nanti.Guru kelas saya time tu guru muzik.Memang terbaek la katakan.Cikgu saya nak kami semua buat tarian Ulik Mayang dengan lakonan sikit.Saya dengar pun teruja kot. Sapa tak mau join.Menari kot.Haha.Bebudak lagi...pas tu,kami semua dok bincang pemilihan penari-penari nanti.Semestinya  7 budak perempuan akan terpilih nak jadi puteri-puteri. Dan saya dah agak,mesti puteri ke-7 lawa and cun punya laa...digandingkan dengan jejaka mantap kelas saya time tu.Perghhh..sepadan beb!Hehe..Yang saya terkejut ala-ala beruk sikit tu, bila ada seorang girl yang sebut nama saya untuk jadi penari nanti.Memang saya terkejut beb.Tak sangka ada pencalonan upenya.Ngeh3..ok perasaan femes.SORIII..Yang tak syoknya kannnnn............>>>>>









Luka hati saya beb..malu pun ada time tu.Budak2 lelaki macam tak cukup mulut ja nak gelakkan saya.Cesss...jahat betul.Seharian saya bad mood.Balik rumah,saya nangis kat mak ngan ayah saya (bajet manja..sowieee lagi.hehe..).Tambah menyedihkan,setiap kali kawan-kawan saya practise buat persembahan kat dalam bilik muzik,saya jenguk kat tingkap belakang (bangunan setingkat ja).Saya dengan dua tiga orang kawan saya yang tak terpilih macam apa lagi,mengendap tersorok-sorok dengan tingkap. Kami yang tak menari ni kena cuci makmal sains.Menyedihkan bukan..OK jangan nangis.huhu..bila cikgu nampak kami tengah mengendap,terus kena sound."Oit,yang dok kat tingkap tu,pi cuci makmal!".Time tu cikgu sains saya ada sekali tengok depa practise.


Kami ni lari la lintang-pukang masuk makmal balik.Semua muka sedih ja.Sapa tak sedih beb.Nak join,tapi tak boleh.Nak tengok kawan-kawan practise,kena halau balik. Saya time tu tak kata apa-apa.Diam ja la..Dah memang tak layak sebab chubby kan,nak bising buat apa..Tengok time majlis nanti la jawabnya.Ada jugak kawan baik saya yang terpilih tu ajak tengok dia menari,tapi segan laa..semua hebat-hebat belaka.Saya ni kelebihan apa pun tak dak..Tapi lepas tu,saya tak kesah sangat pun.Sebab time majlis anugerah cemerlang tu, nama saya banyak disenaraikan sebagai penerima hadiah (ok tak sengaja nak bangga diri kat sini.soriiii lagi sekali..hehe).Kira terubat la sikit hati ni.Sekurangnya ada jugak hadiah yang saya boleh tunjuk kat mak ayah saya kan.Hehe..


Sampai sekarang,saya tak marah pun dekat cikgu saya yang cakap macam tu kat saya.Jauh sekali nak terasa hati ke apa ke..Tapi saya berterima kasih lagi kat beliau sebab dah tolong saya bagi dapat Math A.Saya memang lemah gila math2 ni.Subjek yang masuk kategori 'KURANG SUKA' la katakan.Cikgu saya just nak bagi persembahan tu nampak perfect ja. Bila saya pikir balik time tu,mana ada puteri yang chubby..time tu la..bebudak lagi.hehe..So macam tu la cerita saya time jadik budak sekolah rendah.Ingat kot.Pahit sikit,sebab tu susah nak lupa.Hahaha...ok jokes only..tenkiu for reading my post.saranghae..!^^


p/s:seram pulak bila dengar lagu Ulik Mayang..meremang bulu tengkuk kot..~~~

Sunday, January 8, 2012

Monday, January 2, 2012

Wednesday, December 7, 2011

Cakap besar:Deactivate FB sehari ja.


Assalamualaikum..

Semalam,saya dah deactivate FB buat kali kedua.Tapi kali ni,ni yang paling sekejap dan tak sampai 24 jam pun,dah activekan balik.Haishhh..susah benor nak disiplinkan diri ni. Dulu,boleh la tahan lebih kurang sebulan deactivate tapi kali ni,tak menjadi la. See?? FB ni memang boleh buat jadi ketagih tau.Tapi saya tak la parah sangat sampai selalu nak on9 siang ke malam dan malam ke pagi2 buta.Ohh no...lebih baik tidor.Hahaha..

Saya tak sampai hati nak deactivate ni bukan apa.Banyak maklumat-maklumat yang terkini dipost dalam group PASUM. Nanti terlepas pulak.Tak apa laaa..hadkan diri ni bila nak on9.. 

Tak ada benda dah nak cakap atau bergebang.Kekeringan idea pulak malam-malam ni. Just nak tulis kat sini,kalau dah tak mampu nak buat,jangan paksa diri nak buat.Haha..Macam kes saya ni.Tak mampu nak deactivate fb,tapi buat jugak.Last2,on9 balik.. apaaadaaaaa... cakap tak serupa bikin ja.Ngeh3..

Saya hepi jugak hari ni.Tak sangka rupanya saya dah menang satu contest yang saya dah join hari tu.Tenks to abang Jalal..terharu seyhh...hehe..



p/s: Melintas idea di kepala,nak design tshirt sendiri..*tetiba"

Sunday, December 4, 2011

Ok..Dah jadi robot lepas ni.

Assalamualaikum..


Ok.Minggu ni dah start rutin hidup yang sesak dan meletihkan.Kelas lab dan kelas tutorial dah start macam biasa jugak selepas 2 minggu ada masa free and kuliah saja.Kena balik pukul 5 macam selalu,bukan pukul 1 dah.Nak ber-online2 pun maybe tak sempat.Apatah nak update blog pun,memang sangat jarang2.Nak layan cerita korea pun,lagi-lagi la tak boleh sebab akan melekakan saya dan buang masa tanpa disedari. Ye la, bila tengok cerita korea ni, memang kalau boleh nak habiskan semua episod dalam 1 malam ja.TUDIAAAA....terok benor la..Haha.


Blog ni maybe hanya akan dilawati hujung minggu ja.So akan ketinggalan la post2 kawan-kawan ni.Kalau boleh,saya nak jauhkan lappy saya ni masa minggu yang ada kelas. Tapi cuti-cuti pun,tak macam cuti daaa...siang malam bersengkang mata menyiapkan tutorial yang banyak.Kalau boleh,saya nak hadkan masa saya dengan lappy ni.Sebab2:>>


::Bila on9,memang akan melekat lama sangat sampai tak sedar dah berjam-jam mengadap benda alah ni.buang masa yang agak berharga.hehehe..


::SEMESTER 2 ni sangat bahaya.Sebab ni adalah sem last dan result nanti bakal menentukan masa depan yang bakal ditujui sama ada bakal menjadi seorang doktor  atau pun tak.So,kena study betul2.Tak boleh nak main2 sangat dah.Haha.


::Saya jenis bila on9,keja tak akan jalan even buku dah ada kat depan mata.Bohong la kalau kata boleh study dan siapkan keja bila mengadap lappy.Sebab aura nak ber-on9 ni lebih kuat daripada aura buku-buku.Hehehehe...


::Nak update blog,tak ada stories yang nak tulis.Apatah lagi,nak bergebang,lagi la tak da idea.


::Nak insafkan diri.Result semester 1 agak teruk kot sebab kena attend kelas tambahan. So, tak mau berulang lagi for sem 2.Ni kes tak study betul2 dan banyak on9.Ish3..tak tahan dengan godaan lappy ni.


Banyak sebab2 tu.Dah nampak panjang benor post ni hah.Ye la..mana tau kan..lepas ni,post pendek2 ja.Nanti rindu pulak dengan post panjang2 saya ni.Keh3..(tak da sapa nak baca post ang la weyh..bajet pasan gila...(-_-"). ok bye.see in the next post!haha..(^^,)


Oooo yaaa...meh singgah blog dah jadi follower saya ke 300..blog miss one~muni (nama penulis blog macam tu.hehe..)..tenks ye..huhu...


p/s:kalau boleh,selalu la singgah blog ni.Tak la sunyi ja kan.Hehehe...tq 4 reading!

Friday, December 2, 2011

Susah sangat ke nak lupakan dia?

Assalamualaikum..


Ada benda yang dah buat saya jadi geram.Pasal perempuan.Even,saya sendiri pun girl tapi bila tengok others girl buat benda yang tak sepatotnya,rasa geram tetiba.Terutama yang baru love break.Haisshhh..susah benor ye nak lupakan dia?


Girls...
Kalau lelaki tu dah mintak break,maknanya dia dah tak mo kat kamu or dah rasa tak serasi.Jangan still mengharap lagi macam orang tunggu bulan jatuh kat atas riba ja.Buang masa ok.Daripada dok bersedih memanjang sampai orang yang tengok pun dah naik menyampah,baik buat benda yang berfaedah dan bagi manfaat kat diri sendiri.Lagi satu, banyakkan berdoa agar dapat jodoh yang lebih baik daripada dia..(^^)


Girls...
Jangan la buat something yang akan menampakkan diri kamu tu seorang yang terhegeh-hegeh. Sori untuk bahasa yang agak lantang but this is true..Apa la agaknya kalau lelaki tu pikir kalau si ex-girl ni asyik dok mesej2,calling2??Ok la kalau nak kata dah jadi kawan. Tapi ada ke yang pikir sebab atas dasar kawan or nak try balik sambung ikatan yang dah putus tu?Kalau dah sayang sangat2 sampai susah nak lepaskan lelaki tu,memang konpem la nak lelaki tu jugak kan?Sampai dah tak nampak orang lain?Susah2 kalau macam ni..padahal lelaki tu dah cari pengganti,right??


Girls...
Plissssssss...jangan jadi PLAYGIRL!!Tak payah la dok pikir kalau lelaki boleh jadi playboy, why not girl?Ni tak,frust melampau-lampau sampai nak balas dendam balik kat ex tu,apa kes,sis??Dah tak ada jodoh,terima je la..Maybe Allah dah aturkan jodoh yang lebih baik. Apa yang saya nampak,banyak girls yang kapel dengan banyak lelaki sebab nak tunjuk kat ex dia yang dia masih laku and rugi break dengan dia.Cesss...pemikiran cetek betul.Ni apa yang saya tau la.Kalau sebab lain,tak tau la pulak kan..


Mintak maaf banyak-banyak kalau terasa di hati atau menusuk di hati dengan kata-kata saya kat atas ni.Sebab dah tahan sangat dok pendam dalam hati ja.Saya tulis ni sebab benda ni berlaku di depan mata.Siapa dia?Biar la rahsia..Harap dia dapat berubah dan fokus dengan study.Tak payah dok pikir dengan benda-benda macam ni overdose sangat.Dah macam orang meroyan pun ada jugak tapi tak nak la dia jadi macam tu.Harap sedar sendiri..




p/s:Hari ni mulut terlebih bisa daripada biasaaa.....hati tengah panas la katakan.Mintak maaf..

Tuesday, November 29, 2011

Super Junior wins 3 awards in MAMA 2011!

Assalamualaikum..


Memang super hot la tadi.saya tengok live streaming Mnet Asian Music Awards 2011 (MAMA 2011).saya dah jangka yang super junior akan menang besar malam ni.sebab depa memang da best!woww..1st time saya post pasal Super Junior..hehehe..jangan nak termuntah kat sini pliss..just joke.nasib baik Leeteuk tak buat drama air mata masa terima awards tu.. tapi member lain dah meleleh air mata time amik awards album of the year.touching~~


Awards yang Super Junior dah menang:
- Best Male Group
-Singapore's Korean Singer Populariting Award
-Album of The Year-Mr.Simple


gambar sebelum MAMA 2011 start
TAHNIAH SUPER JUNIOR..FIGHTING!!

p/s:artis lain tak amik tau pun..soriiii..~~hehehehe..


Friday, November 25, 2011

Sue ask me to talk about 'him'.

Assalamualaikum..


1st at all,nak bagi amaran awal.Ni post yang boleh buat sesiapa yang baca akan termuntah segala warna.Haha..my fren,Sue Chang cadang (cabar) kat saya untuk buat entry post pasal someone.cesss....Sebab nak update,tak tau nak tulis apa.No idea.Ok2 post ni tak dak kaitan dengan cintan-cintun segala bagai.


Saya selalu kadang2 dok usha seorang mamat poyo style ni.Alaaa...satu group la katakan tapi tak sama kelas.Nasib baik.Haha.Kalau tak,tak jadi keja la nanti.Saya tengok,dia ada gaya tersendiri. Bajet macho pun ada jugak kadang2.Sekali imbas tengok,pergghh... macam Airel Zafrel.




Rasanya,saya suka mamat tu sebab dia ada iras-iras Airel kot.Ngeh3..Lagi satu,orang tu dah ada makwe laa...haishhh..macam mana saya tau?Of course kat FB.Selalu jadi stalker kat page dia.Tu la.Tak private lagi FB tu.Status in relationship gitu tau.Memang cun la awek dia.Padan la dengan orang tu pun.Sama hensem,sama cantek. Tapi rasanya,orang tu pun ada skandal dengan girl kelas dia.Oppsss...haha..kantoi sudaah.. Malas nak tau gosip2 ni.Huhu..


Sue Chang and Adawiyah,seriously aku tak tau nak gebang pasal dia.Ni kes menyahut cabaran la ni.Haha.Sebab aku tak minat serius pun mamat tu.Hahahahahaa..tak macam korang berdua..dah berpunya.huhuhuuuu....


p/s: Penah jadi kes macam ni ke time dolu-dolu??hehe..