Wednesday, April 30, 2014

Tuesday, April 22, 2014

Aku sudah gila dengan "A"



Assalamualaikum.

Ok lemme story. Got crazy with "A"?? Siapa pulak A ni.. Well aku start gila dengan A ni time study week untuk final exam baru-baru ni. Kerja gila la orang kata. Suruh fokus dekat study tapi fokus kat benda lain. Haramicides betul. 

Ni semua kerja rumate aku introduce A dekat aku. Hacks betul la. Introduces time tak kena. Cer lepas final exam ke, boleh la aku nak happy enjoy ever dengan A ni. Aku mampu untuk menahan nafsu daripada berpoya-poya sakan. Exam first, then you, A.. Hahaha.

Ok la..ok..A ni stand for ANIME!! Dulu aku beriya tak mau layan anime sebab konon "cerita untuk budak2".. Sekali aku tercopy 1 folder cerita anime daripada rumate I ni, and layan time makan tengahari. Well you know, layan anime ni macam layan drama korean jugak. Tengok sekali, nak tengok episode seterusnya. I'm addited ok. Serius!


Gakuen Alice



Angel Beats!


Kamisama hajimemashita


Kore wa Zombie desu ka



Ouran High School Host Club



Pretear

Semua cerita ni dah lama dah tapi aku baru nak melayan. Dah nama pun baru terjebak kan. Aku rasa aku syok tengok anime ni sebab character lelaki dia hensem2 and girls dia comel! Hehehe.. anime kat atas ni yang aku baru habis tengok la. Kalau hampa nak melayan anime jugak time bored, boleh la pi website Watch Anime. Semua tajuk ada.

Ok yang tu ja. Aku tengah habiskan edit gambar semua lawatan akademik my course yang belum diceritakan lagi. Dah basi punya cerita tapi untuk bakal-bakal junior lepasan SPM ni kan,mana nak tau dapat pilihan course aku ni ke,boleh la rujuk blog akak ni. Ihiks! 

Assalamualaikum :D 

p/s: Lagu kat blog ni OST from Pretear. Saja nak gitau tu je ^^,



Wednesday, April 16, 2014

Aku nak masak jugak even tak sedap pun :P




Assalamualaikum.

Dah nak hampir seminggu kat rumah ni. Aku macam orang tak dak arah. Study sikit-sikit ja apa yang patut untuk praktikal kat airport dan seaport untuk 4 hari bulan depan nanti. Aku harap cuti aku ni diisi dengan benda yang bermanfaat.

Aku blogwalking blog seorang girl ni, Alia Laila. Se-Kulim and sebaya, 93's okeyhh. Hehe.. Aku tak kenal dia sangat tapi kenal "bakal suami dia" yang sama batch masa sekolah kat MRSM Merbok dulu. Ececehh..doa aku tu. Moga kekal sampai ke akhir hayat. ^^,

Alia ni suka masak rasanya. Aku jadi jeles tetiba sebab aku kalau masak ni, nampak sedap tapi bila rasa je, perghhhh keciwa tuan hamba. TAK SEDAP! Bertambah jeles bila baca entry INI dan INI. Huwarrghhh.. sedapnya!! Ajarkan beta, boleh? Hehee.




Takpa..takpa.. Aku terjumpak satu page kat FB ni. Alia ada share jugak kat post dia. Page Buku Resepi ni memang sesuai la untuk sapa-sapa yang nak try masak masakan yang macam-macam jenis. Aku belek punya belek page tu tadi,nampak senang la. Nampak je, belum try buat lagi. Hahaha..

Konpem tak jadi seperti yang digambarkan dalam resepi tu. Hentam sajalaa labu..

Mak aku pun cakap, "Try la masak yang simple-simple dulu kalau rasa tak ok lagi nak masak yang hebadd2 punya.." 

Deep mak.. Deep. Huhuhuu..

Ok tu ja aku nak membebel pun. Nanti aku sambung lagi. Nak sambung layan anime. 

Assalamualaikum.. ;-)




Saturday, April 12, 2014

I'm free..Semester break!!


Assalamualaikum..

Wa sudah habis exam dan tapi tak senang duduk bila memikirkan nasib result guwa tu. Gila tak cuak sebab last payperr semalam sangat semput untuk aku nak jawab. Harap lulus ja. Tak mau repeat-repeat ni. Menyusahkan dan tak boleh pi praktikal nanti.

So ada sebulan lebih ja cuti semester ni. List siap dah tapi nak buat or tak jer. Ikut kerajinan dan kemalasan pada masa yang sama. Cuti kali ni lebih kepada rehatkan kepala dan luangkan masa dengan famili sebelum busy dengan praktikal nanti. Cuti 10 hari jer untuk setahun T..T

Ohh yeah, aku kena hantar praktikal ke Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar. So ke Perak la kite setahun kat sana. Bagi aku, bertahun lamanya tuu.. Traffik blog ni dah makin down cecah tanah beb. Nak naikkan balik tu yang susah tu. Faktor malas sekali lagi dipersalahkan.

Lappy aku ni banyak anime dan movie. Baru copy daripada rumate la katakan. Novel baru banyak tak sentuh lagi. Kucing pun nak manja-manja dengan aku jugak. So nanti-nanti la aku pi blogwalking balik blog hampa nooh..

Sekian. Assalamualaikum :D




Tuesday, March 18, 2014

Change my dekstop with..



Assalamualaikum..

Have a nice day! Aku tertangguh lagi cerita pasal lawatan yang kena naik flight tu. Banyak hal yang kena setel. So tu yang buat aku busy. Traffic blog ni makin lama makin kurang. Salah aku jugak sebab terhegeh-hegeh sangat nak update. Huaaahuaa..

So semua masih lagi menunggu kabar berita daripada MH370.. Banyak teori yang timbul sejak flight ni hilang dari radar. Al-Qaeda la, teori konspirasi la.. Macam-macam lagi. Aku berdoa agar MH370 ditemui dengan cepat dan semuanya selamat. Satu dunia menantimu.

Aku pun dah nak final exam next week. So aku pun edit la 1 one my pictures masa atas flight aritu.. 



All in one picture.. saja kasi semangat sikit ^^,

Ni last semester aku mengadap notes, buku bagai.. After this, aku dah start praktikal selama setahun. Nervous ok, nervous! Setahun tu bagi aku, masa yang agak lama.

So all da best to all yang akan exam nanti. Good luck and hope I can get 4 flat for this semester. InsyaAllah... :)

Sekian.. Assalamualaikum..


Friday, February 14, 2014

What a nice day..

Untitled


Assalamualaikum..

Seminggu ni, kos aku pi buat lawatan ke suatu tempat ni. Agak jauh jugak la sebab kena naik kapal terbang. Hari ni baru aku balik dari sana. Kami pi sana 10 Feb aritu. Penat gila. Sebab banyak aktiviti yang kena buat.

Penat bershopping jugak. Cewahh.. Hahaha.

Nanti la aku cerita. Balik dari lawatan ni, banyak pulak report kena siapkan. Nasib lerr.

Sekian :))





Saturday, February 8, 2014

#5 Story: Minggu aktiviti yang super sempoii..!




Assalamualaikum..

Setelah bertangguh agak lama, baru ada masa nak cerita pasal minggu aktiviti kat MRSM aku ni. Minggu aktiviti ni buat dalam masa seminggu (masuk sem baru, memang ada minggu aktiviti ni) dan memang kami tak belajar langsung time tu. Heaven ok sebab tak serabut dengan buku. Hahaa. Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru dengan Badan Wakil Pelajar (BWP). BWP ni ala-ala lebih kurang Majlis Perwakilan Pelajar la kat universiti. Aku just jadi biro kepada exco makanan je. ^^,




Aku suka bila ada minggu aktiviti ni sebab bebas pakai tshirt. Aku dah la malas nak iron baju sekolah bagai. Serius ambik masa yang lama. So dari pagi sampai malam, ada ja acara yang best. Aku tengah cerita pasal minggu aktiviti masa aku form 5 sebab time ni la aku mula suka amik gambar. So nampak tak kemain excited muka kami?? Rest otak kejap daripada mengadap buku yang bikin stress. Heheheee..



Ok ni pertandingan mereka cipta kenderaan masa depan guna bahan kitar semula. Dua homeroom akan bergabung dan kongsi idea untuk mereka. Of course la aku join. Hehe.. ni la kenderaan masa depan kami. Dah macam skate board tapi boleh duduk,terbang guna fire extension dan dengar lagu yang hanya guna voice detection. Imagination yang sangat tak boleh blah! Kami dapat no 3 tau. Hehehe





Ni dah masuk pertunjukan silap mata. Memang ramai la tengok. Siap boleh sembur api. Aku nak try tapi kena minum minyak tanah then sembur kat bara tu, cancel niat guwa. Tak pasal-pasal aku telan terus nanti.




Char keow teow free meh!! Berebut ok nak try rasa masakan Cikgu Rozaidi a.k.a cikgu sejarah. Aku tak sempat nak makan sebab dah ramai sangat so kongsi je dengan kawan aku. Makan sikit ja sebab muka kawan aku time tu dah macam nak kata aku, " Aku makan pun tak cukup". Hahhaaha




Bonda pengetua kami! Sedap ohhh karipap bonda buat. Sapa nak makan karipap ni, kena try buat karipap sebijik. Oleh sebab nafsu makan aku nak jugak membaham karipap sebijik dua, aku cuba buat sampai la jadi. Hehehe..fuhhh! Senang ja nak buat ^^,



Aku tak ingat apa benda ni tapi ni pameran from student. Terpegun guwa sebab aku minat jugak la bab yang ada kaitan dengan robot ni. 




Cantik tak? Memang kreatif la.. Biasalaa..budak yang amik subjek seni kot yang lukis poster ni. Kalau dah ada bakat, semua jadi lawa. Kalau aku yang lukis, belum tentu nampak macam poster. ^^,


 Kami sempat bergambaq lagi dengan junior. Sebab dah form 5, so memang berbaik-baik la dengan junior. Diorang semua ni 1st bacth dan masuk time diorang form 1 lagi. Time ni diorang dah form 4. La ni semua dah masuk universiti. Dah besaq dah semua :')




Tengok gambaq atas ni. Budak homeroom aku, Ali Khuzaifi dah macam orang sampah ja aku tengok. Malam tu ada malam fesyen untuk semua homeroom. So kena ada model dan temanya futuristik. Tapi kena pakai bahan yang diberi iaitu plastik sampah, paper aluminium dengan kotak. Ni la model homeroom aku. Serabai..serabai.. hahaha



Kami ada pertandingan memasak antara homeroom. Menu utama ialah ayam. Yang baju biru tu la cikgu homeroom kami a.k.a abah kami, cikgu Azizul. Hehehe..muda lagi tau. Kami masak dalam lab KH je. Kemain sebab nak guna oven so kena ada electric source. Siapa sangka kami menang no 3 mengalahkan homeroom yang berpuluh tu. Haha.. 



Ni la masakan homeroom aku.. Ayam tiram herba. Kami bakaq 2 ekor ayam tapi kena hantar kat juri satu ja. Nampak happening je kan. Time kat dewan makan untuk juri taste masakan, macam-macam rupa masakan derr.. Terliuq aku tengok pun. Ayam Golek la, BBQ la, chicken chop pun ada! Wahh dahsyat...!

Ada banyak aktiviti lagi tapi oleh sebab aku ni kadang-kadang nyanyuk tu boleh tahan pelupanya, so tak tangkap gambar la. Acara sukaneka, explorace, Boys and Girls Night (buat asing-asing, tak campur lelaki dan perempuan), Night Walk, dan banyak lagi la. Aku cerita mana yang ada la noh.

Even nampak biasa-biasa ja dan tak meriah macam MRSM lain, tapi aku enjoy setiap moments tu. Tu semua kenangan time sekolah. Ohhhh.. throwback gila aku ni. Maaflaa.. terasa nak balik sekolah ja dan jadi budak sekolah balik. Tapi tak mau amik SPM. Hahaha.

Ok la.. tu je kot. Assalamualaikum.. :)

Baca cerita ini jugak:

#1 Story: Merbok..Here I come!
#2 Story: Tugas sebagai pelajar bermula!
#3 Story: Form 5 yang super busy + Sukan pertama
#4 Story: Eww..muka zaman hingusan!

Thanks for reading ^^,



Saturday, February 1, 2014

Apahal aku mimpi DS Najib ni??Ahhh tidakk!!




Assalamualaikum.. ^^,

Aku nak kongsi satu mimpi dengan hampa ni.Perghhh..aku tak tau la mimpi ni nak list dalam kategori mana sebab konpius dengan genre dia. Hahaa.. Seram pun ada, lawak pun ada, khayalan pun adaaa..!

Ok lemme start. 

Aku masuk kelas macam biasa pagi tu. Masuk kelas ja, suma dah penuh dengan kawan-kawan aku. Hairan pun ada. Selalunya aku yang paling awal. Then, kawan aku beli makanan dan kongsi dengan aku. Kami makan macam ada pesta pulak time tu. Ramai jugak yang makan. Tetiba ja, pintu kelas terbuka dan aku dapat rasakan aura seram. 




Lelaki yang tak pernah masuk kelas kami, tetiba ja ada depan kelas. Aku bermonolog dalam hati, " Macam pernah nampak tapi kat mana??"

Rupanya-rupanya Perdana Menteri kita beb! Terkejut aku sebab tak pernah aku mimpi DS Najib Razak ni. Why aku mimpi dia ni?Why??? Apa yang aku ingat, memang DS Najib ni garang gila. Yang tak tahan tu, dia boleh tahu nama aku! Lantang ja dia panggil nama aku sebab aku still dok melantak makanan padahal dia dah masuk kelas.

Lepas tu aku tak ingat dia ajar subjek apa tapi dia tulis kat whiteboard tu panjang gila.. Tetiba ja, DS Najib meninggikan suara dia. Haaaaa..time tu la aku terjaga. Terkejut sebab dah pagi.


Serius..aku pelik ja lepas bangun tiduq tu. Nak kata aku mengumpat DS Najib semalam, memang tak pun. Sebut pasal dia pun tak. Mimpi mainan syaitan ni. Ke petanda aku ni bakal PERDANA MENTERI Malaysia untuk tahun akan datang?? Ehhhh.. hahahaha.. memang tak la jawabnya. Mustahil la girl boleh jadi PM. Luar negara boleh la kot ^^,

Sekian tu ja cerita aku. Terasa lawak pulak. Spoil mood nak terus mimpi yang lain pulak. Hehehhee.. 

Ok.. Assalamualaikum :)

Saturday, January 25, 2014

#4 Story: Eww..muka zaman hingusan!




Assalamualaikum..

Sejuk betul cuaca la ni. Pukul 10 pagi pun, terasa macam pukul 2-3 pagi. Aku kadang-kadang pakai stoking dalam bilik. Pastu, sanggul kepala.Dah nampak gaya berpantang derr.. Haha..

Aku suka flashback memories dedulu.. Memang betul la jiwa aku macam era The Beatles. Tak sangka terjumpak gambar masa sekolah kat MRSM dulu. Muka budak-budak habis. Ehh memang la.. nama pun budak sekolah. Aku curik gambar2 ni kat page group geng aku. Ececeh..bukan gang sangat la tapi bestfriends.




Nampak tak muka excited tuu? Maklumlaa.. dah merdeka habis SPM. Yeahh!! But now, semua dah terbang bawa haluan masing-masing. Aku sendiri tak cukup kaki tangan nak habiskan study aku ni. Penat tapi tu la dugaan dalam hidup ni.




Kami kawan baik sejak Form 4. Homeroom kami pun dekat-dekat ja (CA09 & DA09). Kalau ada event yang melibatkan aktiviti dengan homeroom, mula la masing-masing gaduh-gaduh manja tapi sekejap je la gaduh pun. Sapa tak sayang homeroom beb..Hehehe

(Homeroom = keluarga pelajar)

Hajar = UTeM
Asmieza  = UiTM Merbok
Izana = UiTM Pulau Pinang (dah habis praktikal. Tunggu nak graduate)
Wanie = UKM
Fatin Fitri = University of Alexandria, Mesir.
Aku = tercampak di UiTM Pulau Pinang




Time kat maktab, kami jaga sesama kami. Study, makan, jalan-jalan, gaduh.. semua buat sama-sama. Asal malam hujung minggu, lepak makan maggi sambil bergosip. Kadang-kadang kalau homework or latih tubi subjek banyak sangat, memang bertapa dalam kelas sampai malam. Aku prefer study dalam bilik aku ja. Haaha..






Seriusly..ni suma memory ok. Masing-masing dah besaq panjang dan boleh kahwin dah pun. Jangan lupa jemput aku sudeh ye. Fighting dude! Jangan lupa persahabatan kita. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku time susah dan senang. Love you all :-*

Pictures credit to Asmieza ^^,

p/s: Semua gambar diambil time habis last payperrr SPM (2010) .. muka hepi tapi dalam hati, sedih ja beb sebab nak berpisah dah..  TT..TT

Sekian.. Assalamualaikum.. :)

Baca ini jugak!

#1 Story: Merbok...Here I Come!

#2 Story: Tugas sebagai Pelajar bermula!

 #3 Story: Form 5 yang super busy + Sukan pertama!

Thursday, January 9, 2014

On the way to change myself..weheee!




Assalamualaikum..

Entry pertama untuk tahun 2014 ni, aku saja ja nak tulis pasal kehidupan aku sekarang ni. Aku rasa aku tengah mengubah diri aku ni. Maybe ke arah yang lebih baik kot. Perasaan yang dah macam budak tak cukup umur pun, aku dah lempaq jauh-jauh. Belajar untuk jadi matured. Selama ni still perasan diri ni masih budak-budak lagi. Ngeh3..

Sem 4 ni sem last aku belajar sebelum aku pi praktikal. So kena prepare mana yang patut. Sebab agak tough la nanti life time praktikal ni. Senior aku yang cakap macam tu. Hahaha. Memang busy habislah life aku la ni. Berkajang-kajang assignments dengan test yang berlambak jugak. Lecturer aku pun dah mula terapkan style budak degree kat kami. Serius buat aku cuak ja bila nak sambung degree nanti TT..TT


Aku kalau boleh nak selalu update blog tapi wifi selalu cari pasal dengan aku. Sikit-sikit disconnect. Buat aku bengang ja so better aku tak payah online terus. Hehe. Ngada2. Nak buat camna, wifi dan aku berpisah tiada. Ececeh.. 




Aku ada misi untuk tahun ni. Nak habaq kat hampa semua pun malu so nanti je la ehh. Kalau dah berjaya nanti, akan aku khabarkan kat hampa. La ni dalam proses lagi. Memang ambil masa sikit la tapi kalau ada keazaman yang tinggi, InsyaAllah boleh punya capai misi tu. Iyolaa.. nanti nak kahwin,mesti la kena kelihatan berseri kan. Saja aku tak letak gambar aku yang betul. Nak kasi suprise nanti. Haahaa.. Bajetnya =..="





Saja la aku nak habaq kat hampa. Aku dok layan gila lagu Aku Cinta by Affin Aizat. Lirik dia tu memang ada makna la. Ke aku yang terlebih jiwang di sini? Apa-apa je la.. Ni sebab tertengok cerita Cinta Pandang Kedua time cuti midsem la ni,terus terpikat dengan lagu tema dia. Siap letak kat blog lagi tau. Nak dengar, play ja ok :))




Aku Cinta - Affin Aizat


Saat pertama bertemu
Saat aku melihatmu
Tak terlintas di hatiku
Kau kan jadi milikku
Bisik hatiku padamu
Mengapa ia bertanya
Apakah diriku mampu
Mampu menjadi milikmu
Aku mencinta dirimu
Aku mencinta dirimu
Tanpamu di sisiku
Hidupku tak bererti
Aku mencintaimu
Aku mencintaimu
Rindu takkan berhenti
Tiba waktu mengenangkan semula
Saat manis kau menjadi milikku
Berjanji
Bawakulah selamanya mengharungi
Suka duka indahmu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu


Sekian tu ja kot. Mekaseh singgah sini. Assalamualakum :))